Koleksi Teks Ucapan Pelbagai Acara - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 8 February 2016

Koleksi Teks Ucapan Pelbagai Acara




Guru-guru yang dilantik menjadi emcee (pengacara majlis) selalunya terdiri dari orang yang sama sahaja. Bak kata orang, jawatan ini sudah jadi seperti jawatan tetap sehingga berpencen! :) Kebolehan mengendalikan majlis adalah merupakan bakat semulajadi yang tidak ternilai dan anda patut berbangga jika anda selalu dipilih untuk mengacara majlis-majlis penting di sekolah. Bukan semua orang mampu menjadi emcee yang baik.


Pengacara majlis yang baik selalunya akan menjaga suara, penampilan, intonasi - perlu jelas dan baik, mampu bermain dengan emosi sekaligus menghasilkan suara yang seolah-olah 'kena' dengan apa yang diucapkan pada ketika itu, misalnya, sewaktu mengendalikan majlis perpisahan bagi meraikan guru-guru berpindah, seharusnya suara yang dilontarkan akan lebih mengendur bagi mewujudkan suasana 'kehilangan'. Dengan permainan emosi yang baik, suara emcee juga dapat memberi kesan kepada audien sekaligus mewujudkan perasaan sedih, hiba, gembira dll. Selain itu juga, sebagai pengacara majlis, anda tidak boleh cepat panik. Hal ini kerana, anda perlulah sentiasa bersedia dengan perubahan-perubahan teks mengikut acara pada waktu sebenar. Semestinya pen dan kertas kosong menjadi peneman, bukan apa, jika ada perubahan atau tambahan maklumat, bolehlah dicatatkan terlebih dahulu sebelum diumumkan. Protokol juga adalah elemen yang terpenting dan perlu dititik beratkan. Susunan nama untuk disebut perlulah tepat supaya tidak menimbulkan isu dan mengelakkan daripada anda mendapat malu kerana tidak menjaga protokol dalam menyampaikan ucapan. Be wise ya! :)


Akhir sekali, untuk menjadi pengacara majlis yang baik, disiplin adalah penting. Kenapa? Ini kerana, sebagai pengacara majlis, anda perlu bersedia lebih awal, anda perlu mengendalikan majlis walau apa juga terjadi (kecuali kes-kes tertentu, mungkin boleh dimaafkan!), anda orang yang terpenting pada hari majlis berlansung, jadi, anggaplah, tanpa anda, majlis akan terganggu! :)\


Baiklah, di sini saya ingin kongsikan koleksi teks ucapan bagi pelbagai acara rasmi di sekolah. Untuk pengetahuan semua, teks-teks ucapan ini bukanlah milik saya kesemuanya. Kredit kepada 'Group MC KGM' kerana berjaya menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada guru-guru yang berbakat besar dalam mengendalikan majlis. Mereka telah mengumpulkan skrip-skrip ucapan dan saya telah pun meminta kebenaran mereka untuk membuat perkongsian ini. Saya berharap dengan perkongsian ini dapat membantu cikgu-cikgu yang baru berkecimpung dalam bidang pengacaraan majlis untuk mengendalikan majlis dengan lebih baik. Selain itu juga, anda juga boleh download bahan-bahan tentang etiket dan protokol dalam majlis rasmi di link yang sama.
 

Semoga Allah memberikan pahala yang berlipat ganda kepada guru-guru 'Group MC KGM' di atas perkongsian yang sangat-sangat bermanfaat ini. Ameen..


Selain itu, Encik Mohd. Kamal Iskandar B. Mohd. Shafri juga sudi berkongsi teks ucapan beliau semasa beliau mengendalikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan dan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Johor tahun 2016 untuk panduan kita semua... TQ Kamal! :)


Semoga bermanfaat! :)


Nota kaki: Sabar itu bertahan... Bertahan untuk tidak menceritakan kesusahan kita pada siapapun kecuali Allah. #motivasidiri

19 comments:

  1. terima kasih raihan..perkongsian yang sangat membantu :) :)

    http://sihatcommey.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam.. admin ada kenal dengan mana-mana pihak yang boleh bagi ceramah untuk protokol tak.. saya sedang mencari penceramah untuk bengkel etika protokol ???

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Raihan. Mohon berkongsi teks ini ya.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Raihan. Moga Allah mempermudahkan urusan anda dan keluarga.

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih...
    Terima Kasih...
    Terima Kasih...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih dan syabas atas perkongsian

    ReplyDelete
  7. Sama-sama, cikgu! Semoga bermanfaat! :)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih ya...saya tumpang ilmu ni. mohon halalkan. semoga dipermudahkan urusan saudari

    ReplyDelete
  9. Terima kasih cikgu...saya tumpang ilmu...minta halal..doa saya moga cikgu dipermudahkan dalam semua urusan...aaminn..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih cikgu...saya tumpang ilmu...minta halal..doa saya moga cikgu dipermudahkan dalam semua urusan...aaminn..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian ilmu ..
    Minta share dan halalkan

    ReplyDelete
  12. aslm cikgu, terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  13. Terima kasih cikgu Raihan, setuju dengan kata-kata cikgu, sekali menjadi emcee hingga pencenlah kna pikul tg.jwb tu .. tp xperlh kan sabo jerlh emcee ni kn org.penting (wat motivasi diri sndri)

    ReplyDelete