PDP : Roda Impian - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 15 April 2016

PDP : Roda Impian


Assalamualaikum dear readers! :)

Teringat zaman praktikum, saya pernah menyediakan 'roda impian' untuk di mainkan sewaktu pdp berlangsung. Bayangkan mengusung 'mounting board' yang besar ke dalam kelas, yang telah saya ubah suai menjadi roda impian, memang amat menyukarkan. Belum lagi bab nak menghasilkannya, dengan beberapa keping mounting board, bolt dan nut, kertas warna dll, memang rumit! Tapi, biasalah, nak dapatkan 'A' untuk praktikum, begitulah hakikat yang perlu  dilalui oleh seorang guru praktikum. Itu cerita 13 tahun yang lalu.

Sekarang, sejak terjebak ke dunia IT, saya tak lagi menggunakan 'roda impian' seperti itu sebaliknya, saya hanya hasilkan roda impian  secara online. Percaya atau tidak, dalam masa 3 minit, roda impian saya siap untuk digunakan! Bagaimana caranya?


1. Mula-mula, pergi ke laman web interaktif Roda Impian dan kemudian klik EDIT/SAVE, isikan maklumat yang diperlukan. Sebenarnya, anda juga boleh meletakkan nama murid-murid anda. Apabila roda berpusing dan berhenti, lihat nama siapa yang terpilih! Maklumat boleh dimasukkan secara copy paste. Ini sangat memudahkan! Copy paste nama murid-murid ke ruangan yang di sediakan, dan klik butang 'submit'! Siappp! :)


2. Sekarang, anda sudah boleh memulakan permainan. Minta murid klik pada roda impian secara bergilir-gilir, roda akan berpusing dan memilih nama secara rawak. Anda juga boleh memadamkan nama murid yang sudah terpilih dengan menekan butang 'Remove'. Ini untuk mengelakkan nama murid dipanggil lagi.

Untuk merasai pengalaman bermain Roda Impian sebenar, anda cuma perlu masukkan butiran seperti jumlah markah, markah bonus dan hadiah (sekiranya ada). Murid-murid sangat teruja melihat roda berputar dan impak bunyi juga akan membuatkan mereka berasa seolah-olah mereka sedang bermain roda impian yang sebenar!

Selain itu, anda juga boleh kreatifkan lagi roda impian tersebut dengan memasukkan tajuk/tema soalan... contohnya untuk subjek matematik, anda masukkan darab, bahagi, tambah, tolak, pecahan dll. Sekiranya murid tersebut mendapat tajuk darab, anda bolehlah memberikan soalan yang sesuai mengikut tajuk yang diperolehi tersebut... faham kan? 😬

Nak bahagikan murid dalam kumpulan tanpa ada perasaan bias? Boleh guna roda impian ni juga. Letakkan K1, K2, K3, K4 kemudian minta murid putar seorang demi seorang bagi menentukan kumpulan. Sekiranya sudah cukup ahli, anda remove kan nama kumpulan tersebut dari roda. Nampak? Kreatif kan! 😂


3. Permainan roda impian ini amat sesuai dijalankan selepas anda habis mengajar sesuatu tajuk. Permainan ini umpama kuiz untuk menguji kefahaman murid-murid. Selain itu juga, ia juga boleh digunakan sewaktu aktiviti kelab dan persatuan di jalankan pada waktu kokurikulum. Bukan itu sahaja, ia juga boleh dimainkan sewaktu aktiviti minggu panitia. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menyediakan soalan kuiz dan 'roda impian' ini untuk murid-murid bermain sambil menimba ilmu. Mudahkan? Jom buat roda impian!

P/S: Saya akan paparkan screen komputer ke LCD. Kadangkala saya hanya sediakan di telefon pintar saya sahaja! Aplikasi ini boleh digunakan pada telefon pintar, jadi tiada masalah sekiranya anda tidak mempunyai komputer/LCD semasa di dalam kelas. Gunakan telefon anda dan benarkan murid-murid membuat putaran roda impian. Oh ya, jangan lupa bahagikan murid ke dalam beberapa kumpulan terlebih dahulu. Tuliskan markah di whiteboard untuk tentukan pemenangnya nanti. Saya pasti, murid anda juga akan sangat teruja bermainan dengan permainan seumpama ini! :)

Nota Kaki: Penat otak (memikir/stress) adalah lebih memenatkan dari penat badan (beraktiviti).

5 comments:

  1. hi..i wonder how to do....can u emel to me? applelady7890@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih info sangat membantu

    ReplyDelete
  3. Saya berminat..roda impian yg guna mounting board tu....bhn apa nk guna kt tgh utk pusing tu...

    ReplyDelete
  4. Asslkm. Saya sgt berminat..boleh tlong terangkan tak yg perlu ltak markah, bonus dan hadiah skiranya ada tu dekat mana Ya?

    ReplyDelete