Cara Untuk Memendekkan URL - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 19 December 2016

Cara Untuk Memendekkan URL



Hari ini saya ingin membuat perkongsian cara bagaimana anda boleh memendekkan URL. Kadangkala URL yang panjang boleh menyebabkan kita terlupa atau tersilap taip yang mungkin akan menyebabkan kita tidak dapat 'sampai' ke link yang dikongsikan. Tambahan pula dengan kombinasi yang pelbagai seperti huruf besar, huruf kecil dan nombor juga salah faktor yang memerlukan kita memendekkan URL supaya dapat memudahkan kita atau orang lain mengakses link yang kongsikan.

Memendekkan URL adalah cukup sinonim dengan pengguna-pengguna tegar cloud based drive seperti google drive, one drive, dropbox dll dimana segala perkongsian yang dibuat dengan menggunakan fungsi 'share link' lazimnya akan diberikan satu link khas untuk pengguna mendapatkan bahan yang dikongsikan itu. Link yang diberikan secara rawak itu selalunya mengandungi kombinasi huruf besar, huruf kecil dan juga nombor yang agak panjang dan agak mustahil bagi kita untuk menghafalnya. Namun, apa yang boleh anda buat, sebelum berkongsi link tersebut dengan orang lain, anda bolehlah memendekkan link itu menggunakan beberapa pautan yang akan saya 'list'kan di bawah.

Selain itu, pada pendapat saya, dengan cara memendekkan link juga dapat membantu dalam banyak aspek. Pertama, sudah tentulah untuk mengelakkan kita dari terlupa. Yelah, nak menghafal link panjang-panjang bukanlah perkara yang mudah. Kedua, untuk melihat statistik pengunaan bahan yang kita kongsikan. Ya, dengan menggunakan 'pemendek URL', anda boleh mengesan berapa ramai yang sudah pun mengakses ke bahan atau laman yang anda kongsikan. Ketiga, semestinya apabila kita berkongsi link yang pendek, pengguna lebih mudah untuk mengingatnya. Nak-nak pulak jika anda gunakan custom words yang eye-catching! Lagilah senang orang nak ingat url anda kan! Keempat, tampak lebih professional jika diletakkan dalam surat rasmi. Selalu sangat saya nampak dalam surat-surat panggilan mesyuarat, taklimat, kursus, surat makluman tentang perkongsian bahan kursus dll disertakan dengan link yang sangat panjang dan ini amat menyakitkan mata selain menyusahkan penerima surat untuk membuka link tersebut. Surat pun elok-elok patutnya satu mukasurat je, jadi dua mukasurat sebab bagi link panjang sangat... Kikikiii... Okay lah, mungkin sebelum ni anda tak tahu caranya, so, lepas dah baca post saya ni, please heh, jangan letak link panjang-panjang lagi dalam surat! Ni bukan marah, tapi nasihat... Heheheee... Tak susah, sangat-sangat mudah untuk diaplikasikan. Percayalah... Point saya yang kelima, ada url shortener yang menawarkan servis QR Code, kita pendekkan URL dan pada masa yang sama kita juga diberikan special QR Code untuk link yang kita pendekkan tu. Tak payah susah-susah nak taip link bagai, bagi je QR Code tu kepada sesiapa, mereka hanya perlu scan QR Code menggunakan smartphone, terus akan dibawa ke link berkenaan... Mudahkan? Abad 21 sangattttt! I loiikeee... Haha

Ni antara url shortener yang anda boleh gunakan..
1) goo.gl
Yang ni google punya shortener.. Boleh tengok statistik dan lain-lain maklumat.. Complete dengan QR Code uollsss! Hehee.. I kan pencinta Google, of coz saya suggest uolls untuk guna yang ni! :D
2) gg.gg
Ok, yang ini pula tak boleh nak diletak kat dalam facebook... Tak kira la dalam comment ke atau dalam post... Memang tak boleh. Tak tahulah kenapa facebook banned link gg.gg ni... kesian dia! Heheheee..
3) tiny.cc
4) tinyurl.com
5) bitly.com
6) ow.ly
7) bit.do
Haaa.. banyak pilihan kan! Pilihlah yang mana-mana anda suka ya... Contoh ada di bawah...

goo.gl
** Untuk QR Code, gerakkan cursor ke 'All Clicks', ada tiga titik akan terpapar, klik pada tiga titik tersebut untuk mendapatkan QR Code anda!

gg.gg
** Nampak tak URL blog saya yang panjang ni https://raihanjalaludin.blogspot.com telah dipendekkan menjadi gg.gg/rjblog 

tiny.cc
Sekian perkongsian saya untuk kali ini... Kalau rasa ilmu ni bermanfaat, jangan lupa share dengan yang lain... Biar semua orang pandai, pahala berganda-ganda... :) Ok gaiseee... Selamat menghabiskan saki baki cuti sekolah... Bye!

No comments:

Post a Comment