Cara Menghasilkan Poster / Cover Depan Cantik & Mudah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 22 February 2018

Cara Menghasilkan Poster / Cover Depan Cantik & Mudah


Halluuuu people!~

Okay, meh belajar cara bagaimana untuk menghasilkan poster ala-ala professional atau pun cover depan yang cantik. Jangan risau, mudah je nak buat. Benda ni sesuai untuk mempromosikan acara di sekolah atau pun korang boleh gak buat untuk teaser andaikata korang aktif membuat aktiviti perkongsian ilmu ke kannn... Selain itu, boleh juga untuk design cover buku ke cover modul ke poster untuk letak dalam kelas ke... untuk dicetak dijadikan banner pun boleh kot... Perghhh... banyak wei design kat sini... Cun gile kottt!

Yes, saya pun belajar buat benda ni semasa saya mula-mula dilantik menjadi Google Educator Group (GEG) Leader pada tahun 2015. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aplikasi ni kepada saya adalah Marcus selaku orang yang bertanggungjawab melantik saya menjadi leader masa tu. Wakil Google ni sangat humble... Banyak yang dia bimbing saya. Alhamdulillah... How time flies! Dah lama ilmu ni terperam... Hahahahaa... Baru hari ni terniat nak kongsikan kepada semua. 

Saya gunakan apps ni untuk buat teaser dan ada juga masanya saya kreatifkan sikit dari poster saya jadikan ia cover / design untuk buku program. Hehehehee... Dalam apps ni ada banyak template yang cun, kita cuma perlu tukar wording je kot... Tu yang best tu. Hasilnya memang awesome dan letops ala-ala professional punya masterpiece wei... Konon-konon berangan macam hebat grafik sajo! Walhal pakai apps je punnn... Nampak?! Hahahaha... Font pun banyak yang fancy dan pelik-pelik... Dah tak payah nak donwload-download font bagai... Bersepah kat situ. Pilih jer mana korang nak... Cantik tau! Serius tak tipu! Untuk aktiviti PAK21, korang boleh try minta murid korang buat poster infografik menggunakan apps ni... Memang cun! 

Okay, first of all korang kena buka laman web https://www.postermywall.com

Kemudian, korang boleh lah ikuti tutorial di bawah ni ye... 


1. Daftar akaun. Boleh guna akaun Facebook atau akaun Google korang hokayy...


2. Klik pada butang Create A Design. Butang My Stuff tu adalah tempat korang tengok hasil-hasil kerja korang yang terdahulu... Kalau first time guna, memang takde la hasil yang dolu-dolu ye... 


3. Pilih kategori yang anda mahukan. Poster tu berkait dengan apa, pilih ikut genre yang sesuai hokay! Kalau nak buat untuk hari anugerah cemerlang, pilih lah tema 'graduation'... giteww...


4. Setelah anda klik pada kategori pilihan, pilihan template akan terpapar dengan banyak sekali... Hoyeahhh! Ni lah masanya untuk anda cuci mata pilih template yang sesuai.


5. Setelah membuat pilihan, bolehlah mulakan kerja edit mengedit... :D


6. Edit perkataan, kedudukan grafik dll... Nak kecikkan ke, nak besarkan ke.. Boleh je... Nak tambah gambar lain pun boleh. Gunakan widget kat belah kiri dan kanan tu ya... Ni saya testing buat poster peraturan kelas tapi tak siap! Kikikiii... 


7. Bila dah siap, apa lagi, download la korang punya hasil kerja tu... Memang ada watermark, tapi kecil je kat hujung bawah kiri poster tu. Saya tak kisah pun tentang watermark tu. Huhuhuu... Hasil tu dalam bentuk jpeg. ye kawan-kawan... :)

8. So, sekarang anda decide samada nak print terus jadikan ia teaser/poster atau pun anda download as jpeg. kemudian gunakan ia sebagai poster softcopy untuk anda war-warkan dalam media sosial Facebook, twitter ke instagram ke... Atau pun anda nak lebih kreatif, jadikan ia cover buku program acara sekolah anda! Hehehe... Bagaimana caranya? Hahahahahaa... Masukkan je gambar poster anda tadi kat template buku program anda di publisher ke word ke... Macam biasa, gunakan menu insert! Siap! Tapi satu la nak pesan, untuk masukkan dalam buku program, make sure semua maklumat dah tepat ye, sebab file kan dalam jpeg. Nanti susah plak korang nak edit... Nak edit, kena edit kat laman  https://www.postermywall.com tu la tau... Jangan plak korang lupa save hasil kerja korang tu kat my stuff tu! Huhu...

Okay gaise, sekian sahaja perkongsian untuk kali ini... btw, kalau korang rajin nak explore, boleh try design poster guna canva.com gak tau... Yang ni pun awesome gak! Take care, gaise! Babai. 💗

Nota kaki: Tahukah anda? A person who feels appreciated will always do more than what is expected dan satu lagi sad truth, yes, memang menyedihkan tapi ini benar sekali, some people will never appreciate you until they've lost you! Belajarlah menghargai selagi masih ada... Pesanan untuk diri sendiri gak ni... Huhu... 

11 comments: