Catatan Peribadi : Al-Fatihah Untuk Mama - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 31 October 2018

Catatan Peribadi : Al-Fatihah Untuk Mama


Assalamualaikum...

Berikut adalah catatan saya sepanjang arwah ibunda saya yang tercinta terlantar selama 21 hari di Perak Community Specialist Hospital... Kepada sahabat-sabahat yang mungkin tertanya-tanya kemana menghilangnya saya, saya jemput kalian baca catatan ini ya... Terlebih dahulu saya ingin memohon seribu kemaafan kepada sahabat-sahabat di sekolah kerana terpaksa merelief kelas saya, kepada ibubapa & murid-murid kelas 5 Delima, maafkan saya kerana terpaksa meninggalkan kelas hampir sebulan lamanya... rakan-rakan jurulatih, mohon maaf kerana tak dapat turut serta dalam sesi bengkel dan lain-lain individu yang mana saya terpaksa menolak beberapa bengkel yang perlu saya sertai, saya mohon maaf...

Luka di Kaki 

Dalam bulan Julai, mama saya luka di kaki kanan yang mana kaki tersebut memang dah pernah di operate buang kesemua jari 7 tahun yang lalu. So, bila luka, memang kami panic sebab mama saya hanya bergantung dengan kaki tu je selama ni untuk berdiri sebab kaki kiri dah dipotong separas lutut. Mama start buat treatment di Klinik Greentown, Ipoh. Dressing setiap hari & cuba buat rawatan hyperbaric beberapa kali namun tak menampakkan hasil yang baik. By the way, klinik ni memang famous dan bagus dalam wound treatment. Cuma mungkin bukan rezeki mama nak sembuh berubat di sini. 

Ulang Alik KL-Ipoh Setiap Hari

Beranjak ke bulan Ogos, luka tak menampakkan ciri-ciri nak baik jadi mama decide untuk buat rawatan di Pusat Rawatan Luka Kencing Manis di KL. Saya turutkan. InsyaAllah setakat ni kalau bab kesihatan dan permasalahan mama, jarang saya tolak... sebab saya terlalu sayangkan dia... Yes, memang berat, tiap hari balik sekolah, saya berulang ke KL. Sebab apa berulang alik Ipoh-KL? Sebab saya bekerja dan anak-anak bersekolah di Ipoh ni... Nak tak nak saya terpaksa tunggu lepas waktu sekolah untuk bawa mama ke KL. Buat rawatan dan pulang pada malam yang sama. 

Ada yang tanya, kenapa tak tinggalkan mama di KL. Kaki kiri mama dah dipotong separas lutut dan kaki sebelah lagi pulak luka. Macam mana la saya nak tinggalkan dia di KL sedangkan dia sendiri pun berkerusi roda dan mengharapkan bantuan orang untuk mengurus diri. Keadaan mama saya pulak semakin hari semakin lemah sehinggakan dia tak mampu nak bangun.. Setelah lebih kurang sebulan berulang alik ke KL, mama semakin lemah. Progress luka OK tapi dia yang lemah.. Mula batuk-batuk.. Tak lalu makan, tak larat nak bangun...

Mama Masuk ICU

Sabtu, 6 Oktober 2018, mama mengadu sesak nafas dan nak ke hospital. Hati saya risau bukan kepalang, Allah je yang tahu. Doktor sahkan dia sakit pneumonia, disamping luka di kaki tu... Jantung pun dikatakan lemah. Macam biasa kalau mak ayah sakit, memang saya tak senang duduk. Maaf kepada rakan-rakan yg terpaksa relief kelas saya... saya tak mampu pergi kerja. Tak sampai hati rasanya nak meninggalkan dia di hospital. Tambah-tambah kat ICU pula. 

Saya memang tidur di hospital, balik rumah lebih kurang sejam untuk ambil pakaian je.. Alhamdulilah saya bersyukur Allah bagi saya rezeki untuk menjagam ama. Dalam ICU, since ni private hospital, they allowed me to help. Saya bantu dan layan seperti di rumah. Salin pampes, beruskan gigi.. siapkan dia pagi2... saya tau ini akan jadi memori saya nanti. Saya cuba jaga dia sebaiknya, walau saya tahu, dia jaga saya lebih dari itu. Umur saya dah 36 tahun tapi mak saya masih hantar makanan ke bilik saya kalau dia tengok saya tak makan. Bila dikenang, sumpah saya sedih sangat-sangat. Dialah orang yang paling risau bila saya sakit. Allahuakbar! 😭

Saat yang mencemaskan di ICU

15 Oktober 2018 - Hari yang paling mencemaskan saya - mama unconscious 8 times, ritma jantung tak sekata. Sepanjang 8 kali tu, 3 kali dia tersedar dengan sendiri, 5 kali Blue Code (Cardiac Arrest), kena renjatan elektrik (Electrical Cardioversion) di dada (jantung), masyaAllah... kuat sungguh dugaan. Hati saya yang menunggu depan pintu ICU ni punya la kecut sekecutnya... Bimbang benda buruk berlaku tapi hati tak bersedia. 

Pukul 11.15 malam, mama pulak disahkan tak mampu tarik nafas sendiri dan perlu dibantu untuk bernafas.. doktor panggil saya dan maklumkan yang mak akan pergi since mama memang taknak buat intubation... doktor kata dia takkan boleh bertahan lama dengan pam manual (LifeSaver Manual Pump Adult Resuscitation Bag with CPR Mask) tu. Saya terus berdoa dan berdoa. Kemudiannya mendapatkan mak saya, minta dia tenang, berzikir serta bersabar dengan musibah yang menimpa.. saya pegang tangan dia erat-erat dan minta dia bertahan & masa tu memang saya tak dapat tahan air mata... teresak-esak ditepi dia sambil memanggil-manggil dengan harapan dia sedar dan respon kepada saya.. Selepas beberapa minit, dia mula terbatuk-batuk.. nafas masih tipis, terus dibantu oleh nurse dengan pam secara manual. Saya terus memanggil nama dia berkali-kali yang mana akhirnya dia tersedar, Doktor terus sambungkan dengan bantuan oksigen dan mama regain semula. Kedua-dua doktor kata Miracle happen! Tak pernah dalam sejarah mereka, ada patient yang berjaya regain semula dalam keadaan itu. Saya bersyukur walau keadaan mama sangat kritikal, tapi saya bersyukur kerana dia masih ada. 

HYPOXIA

19/10/2018 - Sekali sekala mulut mama twitching, lidah macam keras menolak segala makanan yang masuk.. Saya sedih, down... 😭 Pagi ni dalam lemah-lemah tu, terkeluar suara dia complain kat saya yang dia dah tak boleh gerakkan badan. Saya positifkan dia, saya bagitahu yang itu mungkin sementara je.. since dia memang ada infection, doktor bagitau mungkin kesan infection tu menyebabkan dia seumpama paralyze. Doktor bimbang infection dah naik ke otak. Doktor request untuk dia buat brain scan. Tapi doktor jelaskan keadaan mama memang berisiko untuk bergerak keluar dari ICU ke bilik X-ray. Yelah, kat badan penuh wire berselirat sana sini. Saya menangis berkali-kali. Antara risau dengan risiko mama tak survive dalam perjalanan ke tempat X-ray, dengan risiko membiarkan keadaan otak dia tak dirawat. Allahu..

Kalau ikut adik, memang dia tak bagi mak buat benda tu. Tapi instict saya kuat suruh mak buat benda tu. Bukan apa, at least kita boleh pastikan dia betul-betul bebas dari kerosakkan otak, blockage atau infection. Doktor bagitau kalau infection, ia masih boleh dirawat. Doktor akan tambah antibiotik.. jika ada blockage, doktor nak beri ubat cair darah dan kalau ada kerosakan otak, doktor memang awal-awal bagitau, saya kena redha dan berserah kepada Allah.. Alhamdulillah, keputusan semuanya baik. Takde apa-apa dengan otak. Tapi doktor kata berkemungkinan mama kena hypoxia  (kurang oksigen di otak) kesan dari Cardiac Arrest. 

Hari Saya Lambat

20/10/2018 - Tak pernah-pernah saya bangun lewat... Haari ni saya bangun pukul 7. Kelam kabut solat, baca yassin dan call Dr. adlina (makcik saya) minta pendapat tentang masuk tube dalam hidung. Doktor decide nak pasang tube tapi adik saya tak benarkan.. dia ada alasan dia yang tersendiri, katanya tak nak menyiksa mama. Pada saya, pasang tube memanglah menyakitkan tapi at least segala makanan dan ubat dapat disalurkan.. terpaksa call relatives untuk bertanya pendapat. Alhamdulillah saya buat keputusan yang betul. Saya request doktor untuk proceed pasangkan tube kat hidung mama untuk memudahkan dia makan / minum / makan ubat. Nampak ok setakat ni. Oh ye, hari ni pun doktor start tukar antibiotik mana kepada jenis yg lain tetapi masih dalam kumpulan dan kekuatan yang sama. 

Kawan-kawan datang, saya tak sempat jumpa. Ada yang datang dari KL. Terima kasih banyak-banyak. Saya balik rumah, uruskan rumah, uruskan mendobi pakaian dll. Maklumlah dah seminggu tak balik. Tapi mama baik-baik saja. Walau lemah, masih bercakap sekali sekala dengan saya. Masih respon bila saya bercakap.

Mama dah boleh gerakkan tangan sendiri

21/10/2018 - As usual, setiap hari lepas solat subuh, saya akan terus bacakan yassin di sebelah mama. Setakat ni bila setiap kali saya sebut yang saya nak baca yassin, dia akan mengangguk. Alhamdulillah, pagi ni mama nampak lebih alert. Boleh gerakkan tangan sendiri. Cuma masih belum bercakap banyak. Mungkin sebab dah makan, dah ada tenaga sikit..

ICU ke Wad Biasa

22/10/2018 - Tak tau nak gembira ke apa ke.. mama dah dialih ke wad biasa petang ni. Haritu pun ada juga sehari dialih ke wad biasa dan akhirnya terlantar dlm ICU 15 hari.. 😪Clinically, doktor kata dia dah improve. Cuma keadaan dia yang sangat lemah, drowsy & masih minum susu melalui tiub. Belum boleh makan sebab keadaan dia yang separa sedar. Doktor takut tercekik. Satu lagi, doktor memang nak dia ditunggu sebab takut apa-apa jadi dalam bilik, takde siapa membantu pula. Tambah-tambah pulak mata mama saya dah rosak teruk. Tak nampak. Malam ni nampak dia macam serba tak kena. Dah bacakan yassin few times since maghrib. On yassin kat tepi katil 24/7. Dia mengadu ada orang lelaki ikut dia. Saya anggap dia berhalusinasi. Kesan ubat. Tapi mungkin juga petanda dia nak pergi... dia nampak macam-macam.

Delirium 

23/10/2018 - Mama mula mengalami delirium... Ni part yang agak berat untuk saya hadap. Kena marah, kena jerit.. Tak tidur malam lebih 24jam melayan mama yang bercakap entah hape-hape.. Berhalusinasi.. Tak nak bunyi TV. Annoying katanya. Serba tak kena. Saya consult doktor, memang kesan daripada duduk lama dalam ICU, delirium ni bukan benda pelik yang berlaku. Saya google juga. Selama berminggu-minggu telinga pesakit hanya dengar bunyi mesin... nurse di sekeliling mereka. Jadi nak menyesuaikan diri tanpa nurse dan keadaan bunyi yang pelbagai di wad biasa, agak sukar bagi mereka. Mujur tak lama masalah delirium ni... dan mujur juga dia di wad perseorangan. Kalau tidak mau jiran sebelah marah, tengah malam dia dok bercakap, panggil nurse dll... 

Mama Semakin tenang 

24/10/2018 - Saya nampak mama semakin tenang. Mama pun selalu cakap dia rasa tenang. Alhamdulillah. Nampak macam semakin beransur baik. Hati saya pun tenang tak terkata. Syukur sangat-sangat. Mama boleh makan ikut mulut walaupun kat hidung masih ada tiub, esoknya 25/10/2018, Mak Mah hantar bubur yang dah di blend, mama makan... Cuma sesekali dia complain dia panas. Berpeluh. Saya agak dia semakin sihat. Sebab berpeluh. Atau pun sebab dia tidur atas ripple mattress tu diperbuat dari plastik. Mungkin panas sebab material tilam. Sesekali dia nak pusingkan badan, ke kiri, ke kanan. Alhamdulillah. Saya nampak perkembangan agak positif. 

Doktor kata condition mama lemah tapi stabil. Jadi dia bercadang nak discharge kan mama dari wad. Tunggu Spo2 (oksigen) stabil. Doktor cuba kurangkan kebergantungan mama dengan bantuan oksigen. Physiotherapy ajar mama bernafas seperti biasa. Katanya sebab mama dah lama sangat guna bantuan oksigen, jadi mama macam dah tak reti nak tarik nafas naturally. Nurse ajar saya cara nak feeding guna tube. Dapat ilmu baru! Malam ni, Mama panggil saya, minta saya pegang tangan dia, dia menangis ucap terima kasih kerana jaga dia. Tersentuh sunguh-sungguh hati saya. Tak tertahan air mata. Ya Allah... 😭 Takkan saya terbalas jasa mama kepada saya...


Beriya saya belajar feeding guna tube, rupanya Allah izinkan saya feed mama guna tube ni 3 kali sahaja...

Mama balik rumah

26/10/2018 - Mama dah boleh balik hari ni. Doktor dah tanggalkan semua wire dari badan mama. Cuma masalahnya sekarang mama tak boleh kencing sendiri. Doktor kata mungkin sebab dah 3 minggu pakai tube, jadi perasaan nak kencing secara natural macam dah takde. Terpaksa menunggu dari tengahari sampai ke lewat petang. Tunggu mama kencing dalam pampes. Akhirnya sampai waktu maghrib, doktor minta nurse pasangkan semula tube kencing. Doktor suruh balik dengan tube di hidung dan tube untuk buang air kecil. Saya gembira. At least mama dah ada di rumah. Doktor pesan suruh saya dapatkan finger oxymeter untuk periksa kadar oksigen. Malam tu adik saya hantar mak ke rumah sementara saya bergegas ke farmasi beli oxymeter tu. Sempat saya beli barang keperluan lain dan lauk pauk sikit. Dalam hati memang niat nak masakkan untuk mama. Sampai di rumah, saya siapkan susu dan ubat yang dah ditumbuk halus. Feed mama dan alhamdulillah dia masih okay walau nampak macam tak berdaya. Masih mampu sembang-sembang sikit dengan saya. 

Bila masanya dah tiba, tak akan terlewat walau seminit

27/10/2018 - Saya bangun solat subuh agak lewat. 6.45 pagi. Penat sangat dan kaki saya pun bengkak teruk sebab hampir 3 minggu tak tidur baring. Memang tido atas kerusi je sepanjang di hospital. Kononnya nak rehatkan kaki... Tu yang lewat tu... Sempat saya jumpa mama sebelum saya solat, tegur dia, dia masih ok... 

Lepas solat, saya feed dia dengan susu dan ubat. Pagi ni nampak dia kurang bercakap. Sepatah saya tanya, sepatah yang dijawab. Saya decide nak buatkan dia laksa since dia kata mulut dia rasa tak sedap. takde selera nak makan. Dia setuju. Saya masuk ke dapur agak lama kali ni, maklum la dah hampir sebulan tak masuk dapur, mengemas beriya juga sambil-sambil nak sediakan laksa untuk mama. 9.30 pagi, saya nampak mama mengiring. Tidur. Saya panggil, tak disahut. Saya pusingkan mama, mama dah takde... dalam tidur dia pergi meninggalkan kami semua... Allahuakbar! Mama dah takde... Al-Fatihah untuk mama. 😭😭😭

Banyak yang saya belajar sepanjang 3 minggu di hospital

Terlalu banyak perkara positif yang saya dapat sepanjang 3 minggu di hospital. I learned so many medical terms sampaikan nurse ingat saya pun berada dalam medical line. Belajar bacaan ritma jantung.. Belajar bagaimana handle masalah paru-paru.. Berkenalan dengan alat untuk ditiup.. kalau bola naik bermakna, paru-paru kembang cantik.. Ni ilmu yang saya dapat dari physiotherapy. Cara tepuk untuk keluarkn kahak.. dll Belajar tengok meter, bacaan heart rate, blood presure, suhu, paru2, spo2 (oksigen dlm badan), dll

Oh ya, dalam ICU takde kerusi disediakan, memang kena berdiri sepanjang masa.. and yes, I managed to stand berjam-jam sampai kaki bengkak, untuk mama, apa sahaja.. saya akan buat yang terbaik. Ada sebab kenapa takde kerusi, secara logiknya, sebab dalam ICU ni mereka semua dalam keadaan berjaga-jaga, keadaan bersedia. Tak boleh lambat seminit, nyawa perlu diutamakan.. jadi kalau ada kerusi ke apa ke, benda-benda tu umpama halangan untuk mereka bergerak pantas treat pesakit.

Merasa jadi gelandangan sekejap. Saya dengan anak-anak tidur di ruang menunggu (depan ICU) sepanjang mama dalam ICU. Semoga anak-anak saya belajar bagaimana susah senang menjaga ibubapa yang sakit. 

Fokus kepada perkara yang lebih penting

Yang paling penting, bila di saat kita diuji sebegini, sememangnya Allah lah tempat kita mengadu. Patient memang stress out. Yang menjaga tak boleh burn out. Saya cepat-cepat tinggalkan facebook kerana FB ni kadang2 boleh mengundang stress. Yelah, kadang-kadang post kawan-kawan kita, komen dll boleh buat kita tersentuh/sedih/marah dll.. saya tinggalkan (deactive) FB seketika. Satu lagi bila kita dalam keadaan tertekan macam ni, fokus adalah sangat penting. Fokus berdoa, fokus berzikir, fokus menjaga mak, fokus jaga diri, fokus dengan segala yang berkaitan. Alhamdulillah sepanjang 21 hari menjaga mama di hospital, saya sihat je. Allah permudahkan. Cuma kaki saya bengkak sebab tidur dalam keadaan duduk. 

Hal sekolah, saya terpaksa letak ke nombor 2. Saya cepat-cepat google bahan-bahan untuk murid saya dan minta pihak sekolah perbanyakkan dan bagi murid saya buat segala latihan yang diberi sebagai backup sepanjang ketiadaan saya di sekolah. Saya gunakan frogvle untuk assist murid saya.. Share bahan dll. Saya siapkan cepat-cepat segala dokumen/surat/kertas kerja since saya perlu laksanakan program anti dadah pada 1/11/2018 nanti... Alhamdulillah semua selesai dengan sangat baik. Saya cuma serahkan semua yang dah siap kepada rakan saya, cikgu Akmal untuk dipanjangkan kepada guru besar.. TQ, Akmal! Syukur, segalanya dipermudahkan. Saya contact AADK dan mereka setuju untuk hadir. Allahuakbar! Allah mudahkan urusan saya. Satu hari, settle semuanya!

Terima kasih kepada kak Anny Suzany kerana bersusah payah hadir beberapa kali tengok saya kat hospital ni, tolong uruskan bahan murid saya, tolong hantarkan kertas peperiksaan murid untuk saya semak di hospital ni.. Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan. 

Terima kasih, Ustaz Hasnol kerana beberapa kali bantu buatkan solat hajat dan bacaan yassin untuk arwah mama saya. Kepada saudara mara, terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa mendoakan, ambil berat dan bertanya khabar mama dan juga saya. Saya sayang semuanya! Thank you Sarah, Madi, Faizal... sudi datang melawat. Kepada Ima, terima kasih banyak-banyak sebab sudi jaga Aida & Lily, menjadi peneman dikala saya kesedihan. I owe you one! Tq Rizz, selalu motivate akak untuk terus positif. Terima kasih kepada Dr. Joseph, Dr. Ng, team ICU dan team wad 3A kerana menjaga mama saya sebaiknya. Terima kasih juga kepada Kak Pah & Encik Man, staff hospital yang selalu bertanya khabar mama saya. Semoga Allah merahmati kalian semua dan mempermudahkan urusan kalian sebagaimana kalian mempermudahkan urusan saya sekeluarga.  Doakan agar saya terus kuat dan tabah dalam meneruskan kehidupan tanpa bonda tersayang. Sesungguhnya saya sangat terkesan dan berasa kehilangan yang amat sangat. Allahuakbar. 😭 Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hambaNya yang soleh dan beriman. Ameen ya robbal' Alamin... I 💗 you, Ma!



Nota kaki : When you feel all alone in this world, and there's nobody to count your tears, just remember, no matter where you are, Allah knows... Allah knows... - Zain Bhikha


6 comments:

  1. Allahu, kuatnya akak.
    Moga Mama tenang di sana. Syurga menanti Mama tu kak, doa sama-sama. :'(

    ReplyDelete
  2. Allahu, Moga Ann dalam keadaan baik, Moga Allah permudahkan segala urusan Ann, berat mata membaca luahan hati Ann, Berat lagi beban yang Ann tanggung, Allah bersamamu Dear, Moga Allah tempatkan arwah bonda Ann dikalangan orang beriman dan beramal Soleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen.. ameen.. ya robbal' alamin... terima kasih, Kay!

      Delete
  3. Semoga mama puan tenang di sana n ditptkn dikalangan org2 yg beriman..berbangga punya anak yg dapat berbakti kpdnyer..

    ReplyDelete