Untuk guru-guru yang menggunakan tablet Lenovo dan berminat untuk menggunakan teknik mirroring dalam PdPC, anda boleh cuba guna aplikasi ini... Tak perlu device tambahan seperti chromecast, miracast dsb. Hanya download apps ni kat dalam tablet tu. Saya dah cuba, memang compatible, insyaAllah... Yang ni best sebab korang bukan sahaja boleh connect kan satu device je tapi boleh connect kepada beberapa device serentak... asalkan semuanya menggunakan wifi yang sama. Sesuai la kalau nak guna masa meeting yang kecik-kecik ke kan... bagi je link, minta rakan-rakan guru tengok screen telefon je sambil korang present bahan kat tab korang tu... Okay jom tengok macam maca caranya...
1. First, korang perlu download aplikasi ini dari Google Play Store...
2. Buka aplikasi dan pilih Wifi-Connection untuk Connection type
(Pastikan kesemua device connected pada wifi yang sama)
3. Kongsikan URL yang ada kat tablet tu... Terpulang nak mirror kan kat laptop ke kat telefon lain ke... Buka je browser, taip URL tu...
4. Kemudian kat tab, klik Start Broadcasting
Semua device yang dah masuk URL tu akan nampak screen tablet Lenovo korang tu! Yay!
Boleh baca post saya tentang mirroring yang lain juga ye...
http://www.raihanjalaludin.com/2017/10/cara-mudah-memaparkan-screen-telefon.html
https://www.raihanjalaludin.com/2018/11/aplikasi-mirroring-percuma.html
Boleh baca post saya tentang mirroring yang lain juga ye...
http://www.raihanjalaludin.com/2017/10/cara-mudah-memaparkan-screen-telefon.html
https://www.raihanjalaludin.com/2018/11/aplikasi-mirroring-percuma.html
Semoga bermanfaat! Take care. :)
Nota kaki: In the end, we only regret the chances we didn't take.
No comments:
Post a Comment