Empat Hari Mencari Cinta : Free & Easy - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 18 December 2018

Empat Hari Mencari Cinta : Free & Easy


Bila adik tanya nak bercuti kat mana, laju je saya cakap, nak pegi Kelantan & Terengganu! Tercengang dia. Nak buat apa ke sana musim hujan ni? Nak ke masjid! Bhahaha... Serius weihh, nak pegi masjid. Trip kali ni nak tenang-tenang je... Tak nak kelam kabut. Nak stop kat mana-mana masjid bila rasa nak stop untuk solat. Actually macam dah lama dah ada perasaan nak buat macam ni. Since mama ada lagi. Masa tu kita orang pegi Kedah dalam bulan Mei, adik ipar ada event kat sana, time tu dah try buat tapi tak menjadi sebab tak sempat. So, sempat singgah kat tiga masjid je... Masjid Negeri, Masjid Al-Bukhary yang tersangat cantik dan masjid kat Bukit Kayu Hitam. Ye ye masa tu target nak jejak at least 7 masjid. Tapi end up dapat 3 masjid je. Huhu. Alhamdulillah, kali ni Allah izinkan... Allah permudahkan... Impian tercapai! Yay! Syukur... Next time boleh repeat lagi. Sambil makan angin sambil-sambil mencari cinta Allah SWT. :)


Motif?


Rasa macam pelik bila orang biasa-biasa macam saya nak buat benda macam ni kannn... Haha. Saya sendiri pun rasa pelik. Hobi baru kot! Hari ni pagi-pagi lagi dah pegi rumah kak Anny, share experience dengan dia. Dia antara orang yang tau tentang keinginan saya ni. Alhamdulillah. I did it, Kak! Yeahhh... 😇

Kenapa pilih Kelantan & Terengganu?

Saya memang pilih dua negeri ni sebab untuk pergi ke Kelantan, of coz saya kena ikut jalan kampung. Bila jalan kampung, maka ada banyak masjid di tepi jalan. Mudahlah untuk saya capai matlamat. Kalau ke tempat lain, ikut highway, susah sikitlah nak jumpa masjid sepanjang perjalanan tu... RnR ada la kan... Hehe. Dari Kelantan ke Terengganu pun masih ikut jalan biasa, jalan lama. Banyak sangat masjid yang boleh disinggah. Selain tu, saya nak menikmati keindahan alam... Nampak pokok-pokok, hutan... binatang-binatang, best je rasa... :)

Antara yang kami jumpa sepanjang perjalanan... Ni dekat-dekat area Royal Belum...
Hari pertama

Percutian kali ni memang lain sikit, hotel pun kami tak booking. Main redah je. Ima pun terjebak skali. Haha... Kami bertolak seawal 5.30 pagi menuju ke Kelantan menggunakan laluan Gerik-Jeli. Saya yang drive kali ni, mencabar juga laluan sini heh! Huhu.


Alhamdulillah, pit stop yang pertama adalah Masjid At-Taufiq, Kati, Kuala Kangsar. Ramai juga jemaah yang solat subuh di sini.

Selesai subuh, kami teruskan perjalanan, berhenti breakfast kat area Masjid An-Nur, Kampung Lawin, Gerik. So, sambil-sambil dorang semua makan, saya singgah sekejap untuk solat Dhuha di masjid tersebut.


Perjalanan diteruskan, Allah izinkan kami sampai ke Masjid Beijing, Rantau Panjang... MasyaAllah, memang cantik binaannya. Terasa macam kat China plak. Cuma time nak solat, tetiba ada lelaki datang pegang vacum... Terkejut gak la... 😂 Mujur dia berlalu pergi bila nampak saya kat situ. Huhu... Kat area parking, ramai gak peniaga jual aiskrim siam... Sedap gak!

Masjid Beijing, Rantau Panjang
Singgah Rantau Panjang sekejap, jalan-jalan cuci mata, beli barang... Kemudian, terpaksa ke bengkel, kereta tetiba buat hal... Hukss... Maka duit pun berterbangan bak dedaun kering... Huhu... Mujurlah tak book hotel, bila budget dah lari macam ni, confirm la saya cari hotel bajet je. Ni hikmah tak booking hotel awal-awal. Boleh la saya adjust budget saya... 

Check in kat G Home Hotel. Ok la, hotel baru. Ada lif. Bersih. View cantik, mengadap sungai Kelantan. Seram jugak bila tengok paras air yang semakin naik masa tu. Haha...

View dari depan hotel... tengok air sungai tu..
Lepas maghrib, kami ke pasar karat, berhampiran Parkson. Kat sini tak ramai sangat peniaga dan mostly harga barang kat sini lebih tinggi. Saya terkena juga, beli barang yang double price. Haha. Takpe saya redha je. Cuma kat sini kami dapat beli sotong bakar gelek tu... Nice!

Wakaf Che Yeh...
Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Wakaf Che Yeh. Di sini kami makan malam dan shopping sikit. Kat tempat ni banyak tudung, anak patung, makanan, pakaian dll... Macam-macam ada. Seronok juga jalan-jalan kat sini. Sampai midnight juga la kami lepak kat sini. Huhu. Yang pasti harga barang kat sini memang jauh lebih murah...

Hari Kedua

Kami check out dalam pukul 9 pagi, terus ke Pasar Siti Khadijah. Alhamdulillah, kat sini semua peniaganya baik-baik belaka. Berbeza dengan Rantau Panjang, peniaga macam kerek sket... Kat pasar ni, mereka sangat menghormati pelanggan dan saya memang puas hati dengan semua barang yang dibeli kat sini... I can say, takde unsur-unsur up harga ke apa ke... Kalau korang nak shopping, lain kali singgah la kat sini ok... Memang best!

Sapa suka serunding daging moist, basah-basah sket, boleh cari kat gerai akak ni... dalam pasar Siti Khadijah. Sedap! 😋
Kami brunch kat depan Pasar tu je... ada deretan gerai makanan. Serius, murah dan cara dia explain harga makanan memang nampak ketelusan dan kejujurannya. Hakak tu siap friend dengan saya kat FB pulak & bagi kami makanan free. Semoga akak tu murah rezeki. Ameen. Lupa plak nama gerai akak tu. Dia jual nasi ayam & sup. Sedap & murah.

Dari Kota Bahru kami terus ke Bachok, visit tempat viral katanya... Kami ke Pantai Senok, acah-acah fefeeling kat Nami Island, Korea... Memang cantik sangat view tepi laut yang dipenuhi dengan pokok rhu. Kami lepak kat sini lebih kurang sejam juga, menikmati keindahan alam, bergambar & makan-makan. Kat sini ada gerai-gerai yang jual makanan lite-lite giteww... Ada bangku & meja untuk duduk melepak. Tempat ni memang sangat cantik, tapi lokasi agak ke dalam, kena lalu dalam kampung bagai.. Kalau nak datang sini, sila jangan pakai tudung bawal sebab angin kuat weii... Habehhh gambar semua fail sebab tudung kemek. 😂

Pantai Senok a.k.a Nami Island, Bachok, Kelantan
Angin kuat... Bersepah tudung hakak... Hukss.. 😅
Bergerak ke Kuala Terengganu, singgah solat di Masjid Mukim Binjai. Masjid ni terletak kat tepi jalan je, berhampiran Balai Polis Binjai. Sign kat dalam masjid ni semua dalam jawi weihh... Yang tak pandai baca jawi, pandai-pandai la korang mengeja ke nak cari tandas ye... Huhu. 

Masjid Mukim Binjai, Kota Bharu
Pit stop seterusnya adalah Masjid Ulul Al Bab Seberang Jertih, Terengganu. Terasa sedikit rugi sebab tak dapat masuk dalam masjid ni untuk solat sunat. Tengah sakit kepala time ni... So dapat singgah, lihat bangunan dari luar je. Masjid kayu yang memang super duper cantik! InsyaAllah ada rezeki, next time nak repeat ke sini.

Masjid Ulul Al Bab Seberang Jerteh, Terengganu

Bergerak terus ke Pantai Batu Burok, jalan-jalan, dinner dan berICT (Ikan Celup Tepung) kat gerai area sini. Harga? Okay la, boleh tahan, tak mahal tak murah. Risau juga kena 'ketuk', maklum la time cuti sekolah kann... Huhu. Malam tu kami check in kat DJ Citi Hotel. Sama juga, hotel baru, cantik, cuma kena gigih sket la naik tangga. Haha...

ICT
Hari Ketiga

Kami 'brunch' kat Medan Selera KT Walk. Kali ni macam terkena 'ketuk' sket... Apa pun, kami redha je. Semoga abang tu cepat kaya dengan cara yang diredhai Allah.

Meneruskan perjalanan ke Masjid Kristal. Takde rezeki nak solat di sini. Masjid ditutup untuk sementara waktu... Renovation! Hukss... Dapat bergambar je la.

Masjid Kristal
Kami decide untuk naik River Cruise & masuk ke Taman Monumen kat Taman Tamadun Islam (TTI). Beli tiket kat Masjid Kristal, harga lebih murah sedikit berbanding beli di kaunter. Ada promo katanya... Alhamdulillah, dapat la save sepuluh dua. Giteww! Hehe. Okay gak naik cruise ni sebab banyak benda yang tour guide tu explain sepanjang 45 minit dalam boat, antaranya tentang warna cabin house bot nelayan, baru la ku tahu yang semuanya ada kod warna yang tersendiri mengikut negeri... Kemudian, kisah pulau Tok Haji Siah, pun agak menarik bilamana pulau tersebut hanya didiami oleh satu keluarga sahaja. Fuh! 😅 Kemudian kami dimaklumkan tentang jambatan yang sedang dibina dan dijangka siap pada 2019 nanti. Jambatan tu boleh diangkat-angkat weihh... Bila kapal nak lalu, jambatan akan terangkat... Perghhh... Hebat! Pertama di Asia Tenggara kotttt! Bravo Ganu! 👏

View dari Cruise...
Dalam Taman Monumen pulak, kami pilih untuk berjalan kaki. Penat gak weihh.. Haha.. Tapi konon-konon nak ambik gambar, kena la jalan... Tram disediakan dengan sedikit bayaran tapi tram tu tak berhenti kat semua tempat. Ada berpuluh-puluh monumen masjid/bangunan terkenal dan bersejarah dalam Islam yang meliputi 21 negara. Boleh tengok struktur bangunan dan baca tentang sejarah bangunan tersebut. Agak-agak penat, kitaorang berhenti lepak tengok video pendek kat dalam beberapa Monumen. Hehe.

Next time datang kalau bawak passport ni, boleh dapat diskaun untuk tram... Hehe


BerKLCC (Keropok Lekor Cicah Cili) @ Gerai Keropok Lekor kat kawasan Losong. Tapi saya kurang gemar keropok kat sini, tak direbus sebaliknya mereka terus goreng je... Lembut tapi tak best. Sorry! Tak ingat plak nama kedai ni... Besar gak kedai ni, siap ada meja untuk kita makan-makan kat situ.

Sambung perjalanan ke Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah. Biar pun hujan, merasa juga solat kat sini... Alhamdulillah! Kat dalam air ada banyak sangat ikan. Memang ada dijual makanan ikan kat situ. Untuk anak-anak, memang mereka enjoy feed ikan kat situ. Seronok tapi tak dapat berlama-lama, hujan agak lebat juga la... Huhu...

Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah
Masjid ni dah dekat dengan Lagun Kuala Ibai, kami lajak ke situ makan ramen, goreng pisang cheese & ais krim gulung. Ais krim gulung kat Ganu murah, RM5 je semangkuk... Puas makan! Peniaga kat situ pun friendly.

Hala nak balik ke Hotel, kami singgah ke Paya Bunga Square @ UTC. Shopping mall baru kot sebab tak banyak kedai kat dalamnya. boleh cross jambatan kat tingkat 2 untuk pergi ke bangunan sebelah. Tingkat 9 ada bowling centre dan Tingkat 7-8 ada panggung wayang.


Hari Keempat

Sempat shopping kain ela kat kedai-kedai bawah hotel. Area saya tidur ni, banyak kedai kain... Dah macam kat Jalan TAR plak rasanya. Huhu... Kemudian, kami singgah solat di Masjid Putih (Masjid Abidin) kat belakang Hotel tu je pun. Kat masjid ni ada ramai juga yang singgah solat. Seronok dapat kenal kakak-kakak anak jati Ganu kat sini. Meneruskan perjalanan ke Pasar Payang.

Masjid Putih @ Masjid Abidin
Selesai membeli belah, akhir sekali adalah memenuhi misi mencari keropok lekor paling awesome... Bhahaha... Khabarnya Keropok Lekor Dynar ni yang paling sedap. Okay, dah rasa. Memang sedap! Recommended! Sebelum tiba di situ, kami sempat singgah 'brunch' kat restoran apa tah... Sedap gak masakannya. Harga pun mur-mur je... Alhamdulillah.

Tempat mereka proses keropok lekor @ Keropok Lekor Dynar
Dalam perjalanan pulang, saya ternampak Masjid Hadhari, Jerteh... Ya, Allah... Cantik sangat! Malangnya kami terlepas, tak dapat singgah. Kami berhenti rehat & solat di Masjid Mukim Merbau, Tanah Merah.  

Masjid Mukim Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan
Sempat singgah pasar malam berhampiran MRSM Jeli, makan malam kat restoran depan pasar malam tu... Sambung perjalanan ke Ipoh. Saya memandu dari Jeli ke Gerik, mak aiii... Seram tengok jalannya. Gelap gelita, berkabus... Jarak pemandangan memang terhad. Maklum la hujan je.. Walau pun begitu, memang rasa seronok, rasa thrill... Huhu. Rezeki kami berjumpa dengan gajah di tengah hutan Jeli tu. Wow sangat! Haha... Berhenti rehat sekejap kat Gerik, kami sampai Ipoh lebih kurang dalam jam 1 pagi... 😊

Apa yang saya dapat buat benda ni?

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana Allah izinkan saya singgah walaupun sekejap di sembilan masjid berkenaan sepanjang 4 hari perjalanan saya dari Ipoh - Kota Bharu - Kuala Terengganu - Ipoh. Semoga dengan persinggahan-persinggahan ini dapat sedikit sebanyak membentuk rohani dan mendidik diri saya yang selalu terlupa dan terleka ni. Sis cuba hokay! Huhu. Moga-moga Allah tak membolak-balikkan hati & tetapkan iman saya.

Mencari Cinta yang Satu lebih mudah dari nak mencari cinta manusia yang selalu mengecewakan hati coz the reality is... You will never be good enough for everyone even if you tried so hard doing the best. Susah nak cari manusia yang betul-betul ikhlas dan menghargai kita. Mesti ada je tak kena. Manusia kannn... Huhu. :)

Rasa tenang. Rasa berlapang dada. Rasa dekat dengan Allah. Rasa sedar diri & rasa la kehambaan tu... Insaf sekejap! Hukss... Saya bukan siapa-siapa. Semoga Allah mengangkat kesedihan dari diri ini & makbulkan segala doa saya. Aamiin YRA...

Masa yang panjang... Yang ni memang saya perasan, walaupun banyak berhenti di masjid-masjid, tapi masa yang ada, saya rasakan cukup panjang... Selesa je pergi sana sini, takde rasa masa terhad ke apa ke... Santai, tenang... Dapat pergi ke semua lokasi yang memang kami rancang nak pegi... Alhamdulillah.

Tips Untuk Merealisasikan Benda ni... 

Pertama, niatkan dalam hati, nak singgah sedekah / berdoa / solat tak kira sunat ke wajib ke kat mana-mana masjid sepanjang laluan perjalanan. Mintak Allah permudahkan. InsyaAllah, berjaya! Tak semestinya semua waktu nak solat kat masjid, ada masa kita solat kat dalam hotel je... Jangan sampai rasa susah tau... :)

Kedua, ikhlaskan hati mencari redha Allah semata-mata.

Ketiga, buat pilihan laluan yang tepat... Jangan ikut highway, sebab ia akan menyukarkan kita nak cari masjid. Kena exit dsb untuk cari masjid... Bila kita rasa susah, confirm misi akan gagal... Huhu

Keempat, target tinggi. Contohnya, saya nak singgah sekurang-kurangnya 7 masjid. Jadi, setting target untuk singgah dalam 10 masjid...

Kelima, make sure family korang ok dengan idea korang nak berhenti kat banyak-banyak masjid ni... Bukan apa, kadang-kadang mungkin kita mengejar masa dan most of us akan prefer solat jamak kat hotel je.

Keenam, untuk yang pakai make up macam saya, huhu... Sebelum korang keluar hotel, siap-siap ambil wudhu. Segerakan ke masjid agar wudhu tak terbatal... Jangan lupa bawak beg make up korang. Takkan nak jaga wudhu sampai ke petang kann... Impossible. Huhu.

Ketujuh, ibadah kita diterima atau tidak, hanya Allah je yang tahu. Just buat je hokay! :)


Nota kaki : Jangan menyerah saat doa-doamu belum terjawab. Jika kamu mampu bersabar, Allah akan memberikan lebih dari apa yang kamu minta. InsyaAllah... Semoga doa saya diangkat dan dimakbulkan olehNya. Aamiin...

No comments:

Post a Comment