Review : Zul Yahya Steamboat & BBQ, Ipoh - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 5 December 2018

Review : Zul Yahya Steamboat & BBQ, Ipoh


Assalamualaikum semua! 

Alhamdulillah hari Sabtu yang lalu, rezeki saya dapat makan free sepanjang hari. Bermula dengan menghadiri majlis berkhatan anak sahabat saya, Cikgu Zorin, kemudiannya sambung pula ke rumah sahabat yang sorang lagi, Cikgu Kamal, beliau ni pun buat majlis berkhatan untuk anaknya... Clash tarikh plak dedua majlis cikgu sekolah saya ni, tapi apa pun, alhamdulillah, I managed to go to both houses untuk meraikan dan memenuhi jemputan... Yay! :)

Doorgift Kek Sarawak... Nice! Thank you, Zorin! 
Sebelah malam pula, adik-adik pulak ajak keluar makan kat Zul Yahya Steamboat & BBQ ni... Thank you belanja kakak makan! Terima kasih kerana berusaha buat kakak happy. 😅 Semoga murah rezeki... :) Restoran ni terletak berhadapan dengan Restoran Chinese Muslim Abdullah Chan, kat Meru Raya. Berhampiran dengan Mc Donald. Memang ramai, full house weii! Rezeki Zul Yahya melimpah ruah... Alhamdulillah, seronok tengok. Jadi kalau korang nak pegi, saya cadangkan korang call booking table dulu ya... Restoran ni memang WOW! Wow dalam banyak benda!

Islamic Restaurant

Saya suka konsep restoran ni, pekerja semuanya baik-baik belaka. Ada yang berjubah, berniqab dan ada juga yang berkopiah... Oh ya, saya tak nilai melalui pakaian mereka, tapi attitude mereka melayan kerenah pelanggan. Sangat membantu pelanggan especially bab nak order bab kita mintak itu ini, mereka memang layan dengan sangat baik... Tak sombong.

Seperti restoran lain, restoran ini juga memilih untuk memasang lagu sebagai halwa telinga kepada pengunjung. Tapi, lagu yang dipasang adalah lagu-lagu nasyid, lagu-lagu Islamic gitu... Contohnya lagu Alhamdulillah by Too Phat & Yassin... Selain lagu, ada juga penceramah jemputan! Yang ni memang saya rasa WOW sangat sebab bukan senang nak dapat restoran yang kita boleh makan-makan dan pada masa yang sama dapat santapan rohani juga. Fuh! Awesome betul idea Zul Yahya ni... 


Mewah dengan Makanan

Saya pernah pegi kat beberapa restoran steamboat & BBQ di kawasan Ipoh, tapi saya rasa restoran Zul Yahya ni yang terbaik dari segi makanan. Yelah, kita dah bayar harga per head, ada tempat yang mereka akan had kan makanan... Mereka tambah sikit-sikit terutama benda-benda mahal macam daging kambing & udang... Tapi kat sini, makanan memang tak putus-putus ditambah. Ketam, sotong, udang, kambing, ayam, pelbagai jenis siput, nasi goreng, meehoon... macam-macam weihh. Zul Yahya sendiri memang suruh makan sepuasnya asal jangan sampai membazir. Untuk minuman, restoran ni siap sediakan jug untuk kita ambil bawa ke meja sendiri... Memang rasa sangat memudahkan. Bukan apa, kadang-kadang, air ni memang kita akan minum banyak... Terpaksa ambil berkali-kali. Tapi kat sini, ambiklah berapa jug yang korang suka. Asal tak membazir. Dari segi rasa makanan, saya rasa not bad. Mungkin boleh la nak diperbaiki lagi tapi still... okay dan kena dengan tekak Malays saya! Hehe.

Harga Berpatutan

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan makanan yang belambak-lambak... Kenyang dan puas makan! 


Makanan lain

Yes, selain ambil pakej steamboat & BBQ ni, boleh juga order ala carte. Makanan western pun ada... 

Keadaan tempat

Makanan diletakkan dalam kedai dan kita perlu ambil kat dalam dan bawa ke meja untuk dimasak. Air pula diletakkan kat luar kedai, ada macam-macam jenis air yang disediakan, panas & sejuk. Alhamdulillah, tempat duduk selesa. Pelayan sentiasa ada membantu pelanggan. Servis memang tip top!~ Tahniah.

Kemudahan lain

Tandas dan surau berada di tingkat atas. So far kebersihan tandas, okay...

Kepada anda yang memang berhajat nak bercuti ke Ipoh, ni salah satu destinasi yang boleh korang pegi nanti ye... Apa-apa pun sebelum pergi jangan lupa intai-intai Facebook Zul Yahya Steamboat & BBQ dulu tak pun call je terus. Bukan apa, takut la restoran tu tutup ke ada function ke kan... Satu lagi, seats memang limited, sila booking! :)

Nota kaki: A broken heart is the only thing that truly changes people. 

No comments:

Post a Comment