Cara Mudah & Pantas Menyediakan Sijil (Teknik Mail Merge) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 19 January 2019

Cara Mudah & Pantas Menyediakan Sijil (Teknik Mail Merge)


Assalamualaikum...

Haluuu people! Apa khabar? Lega rasanya dapat cuti extra walaupun hanya sehari kann... Cuti Thaipusam! Yay! Hehe... Walaupun cuti,  saya sibuk prepare watikah pelantikan untuk pengawas ICT sekolah saya. So, alang-alang saya buat sekali tutorial untuk yang belum tahu cara bagaimana kita sebenarnya boleh sediakan sijil yang banyak dengan mudah dan pantas. Actually buat sijil ni tak la susah pun, cuma agak renyah bab nak mendapatkan nama murid dengan ejaan yang tepat. Selebihnya, anda cuma perlukan sedikit kemahiran ICT untuk menyiapkan sijil dengan cepat dan pantas. 

By the way, cara mail merge ni bukan sahaja untuk buat sijil ye... Nak buat surat perlantikan guru masa awal tahun, nak buat surat jemputan kepada ibubapa ke sesiapa ke, surat akujanji, kad ID Frog VLE murid-murid dll pun boleh guna cara ni juga. Dokumen akan nampak lebih kemas kalau surat-surat tu bertaip kan... Okay, jom belajar!

Pertama, anda perlu sediakan nama murid dalam excel.


Kedua, anda kena sediakan template sijil / template kad ID Frog / template surat dll. Dah ada dua benda penting ni, barulah boleh proceed dengan kaedah mail merge...

Ketiga, buka template sijil kat Word. Ikut steps seperti dalam gambar-gambar di bawah...  Maaf! Ejaan perlantikan kat dalam sijil tu salah ye... Sepatutnya 'pelantikan'. Sila ignore ejaan yang salah tu! Baru terperasan bila dah siap tutorial. Hukksss... Nasib baik tak print sijil lagi... Huhu...





**Saya pilih edit individual documents tu sebab kalau ada apa-apa kesilapan atau perubahan, kita masih boleh semak semuanya satu per satu dan edit terus kat sijil tu tanpa menjejaskan sijil-sijil yang lain...


Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga bermanfaat! Take care! Assalamualaikum... :)

Nota kaki: Never allow your 'yesterday' to ruin your 'today'... Keep moving! 

No comments:

Post a Comment