Cara Menebus Mata Ganjaran Astro - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 24 December 2015

Cara Menebus Mata Ganjaran Astro


Post saya telah menjadi viral di facebook dan beberapa page. Asalnya saya post status ini di sebuah group di Facebook dan di repost oleh cikgu Fazly Hafiz Yahaya. Saya tidak sangka post tersebut telah pun menjadi suatu perkongsian yangbegitu bermanfaat dimana menurut thevocket.com lebih 42 ribu orang telah berkongsikan status ini. 


Ramai pengguna Astro yang tidak tahu tentang hal ini dan betapa ruginya pengguna-pengguna yang tidak menebus mata ganjaran yang diberikan kerana mata tersebut mempunyai had tempoh bila mana pengguna tidak menebus, mata ganjaran akan dilupuskan secara automatik. Bagaimanakah cara untuk menebus mata ganjaran tersebut? Ikuti langkah dibawah:-

1) Pergi ke link ini...


2) Klik pada anak panah (v), klik Login with your Astro ID - Register / Login
3) Wujudkan ID (jika tiada), kena daftar dulu.. Masukkan no akaun astro (sila rujuk bil) dan 
    masukkan lain-lain maklumat yang diperlukan.


4) Pergi ke My Profile... Point kita akan dipaparkan.. 
5) Boleh la cuci mata tengok katalog nak redeem apa..
6) Click pada brg yg nak diredeem..
7) Masukkan alamat untuk pos barang.. 
8) Tekan butang 'Send'
9) Tunggu barang sampai di depan pintu rumah anda.

Sebagai panduan tambahan, barang yang di redeem berkemungkinan besar akan sampai lambat ye... Adakala lebih 2 minggu. So korang bersabar je ok tunggu barang tu sampai... InsyaAllah kalau dah rezeki kita, tak kemana... :) Kalau tak nak redeem barang, boleh redeem movie ke rebate ke... Yang ni boleh dapat on the spot. Untuk rebate, bil bulan depan korang akan ditolak sebanyak mana rebate korang tu... Kalau RM10, maknanya bil akan berkurang RM10. Jadilah dari takde pape kan.. RM10 pun duit! Hehe...

Nota kaki : Enjoy the little things in life for one day you'll look back and realize they were the big things!
😆

1 comment: