Perkongsian ilmu kali ini adalah tentang cara untuk kita dapatkan font yang cantik, fancy, pelik dan menarik di dalam komputer kita. Contohnya, font 'Disney', 'Frozen' dan 3D. Tidak lupa juga, font titik-titik (dotted) untuk digunakan dalam menghasilkan lembaran kerja untuk murid-murid tahap satu bagi membantu mereka menulis juga boleh di download masuk ke komputer kita. Untuk menghasilkan poster, lembaran kerja, buku program dan lain-lain, semestinya memerlukan kreativiti yang tinggi serta kelainan terutama dari segi pemilihan warna, rekaan, font dan sebagainya. Saya cadangkan anda dapatkan font dari http://www.1001freefonts.com/ kerana laman web ini menawarkan beribu-ribu font percuma. Ikuti langkah berikut:-
1) Pergi ke http://www.1001freefonts.com/
2) Kemudian, pilih jenis kategori font yang dikehendaki. Contohnya: Dotted
3) Scroll ke bawah untuk melihat pilihan font yang pelbagai dibawah kategori yang dipilih.
4) Setelah membuat pilihan, klik butang download.
5) Klik pada fail yang telah di download.
7) Tekan open.
8) Klik install.
9) Buka MS Word / MS Power Point, klik pada senarai font untuk memeriksa samada font sudah pun tersimpan di dalam senarai sedia ada.
10) Yay! Anda sudah boleh menggunakan font tersebut.
Extra!!!
Anda juga boleh mendapatkan pelbagai font di:-
http://www.urbanfonts.com/free-fonts.htm
http://www.dafont.com/
http://www.1001fonts.com/
Nak bina font sendiri? Try buat kat sini... BINA FONT SENDIRI
Nota kaki : A good man or woman will be honest no matter how painful the truth is. A coward hides behind lies and deceit.
Thank you very much. You really helped me a lot. May Allah ease every single thing for you and may you have a prosperous life ahead.
ReplyDeleteTqsm!may Allah bless u always!
ReplyDelete