Tapak RPH - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 21 December 2015

Tapak RPH


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan Tapak RPH yang saya bina menggunakan perisian MS Office Word. Sebenarnya, post saya ini sudah pun viral di Facebook terutama di beberapa group warga pendidik. Amat mudah digunakan, cuma klik-klik sahaja. Saya berharap tapak RPH ini bermanfaat dan dapat cikgu-cikgu gunakan pada tahun 2016. Kebanyakkan sekolah telah pun beralih menggunakan sistem fail untuk RPH, jadi mungkin tapak ini boleh membantu memudahkan kerja cikgu. Siapa kata menaip RPH susah? Tak susah pun cikgu.. Ikuti langkah dibawah.


1) Download link RPH yang diberikan ke dalam komputer, menu tidak aktif jika di mobile mode (handphone)

Versi Arab : http://tinyurl.com/rphraihan3 (di alih bahasa oleh Cikgu Najmatun Haruddin)
Versi Jawi : http://tinyurl.com/rphraihan6 ( di tukarkan kepada jawi oleh Ustaz Anas Ridzwan)

(Oleh kerana dokumen ini ada ruangan drop down menu, ia tidak aktif di mod ‘preview’..jadi cikgu perlu download ke komputer dahulu untuk melihat tapak RPH itu)

2)Boleh klik - klik dan masukkan maklumat.

3) Copy dan Paste standard pembelajaran/standard kandungan dari softcopy RPT/DSKP

4) Taip Objektif dan Aktiviti.

5) RPH Siapppp! Mudah kan?

Tapak RPH yang saya berikan ini boleh di edit mengikut kesesuaian. Jadi, cikgu-cikgu boleh masukkan nama kelas, ubah masa, subjek dan lain-lain lagi mengikut kesesuaian sekolah cikgu) 

Caranya:-

Double click pada kotak yang nak di edit, contohnya MASA, double click kat masa tu dan lihat di menu bar, click pada PROPERTIES..Senarai nama kelas, dll boleh tambah sendiri kalau nak.. Cara nak tambah drop down menu, pegi ke menu bar, klik DEVELOPER, dekat 'Aa' cari COMBO BOX CONTENT CONTROL, selepas itu klik properties untuk edit/tambah dropdown content...

Cara tambah menu drop down


Cara edit kandungan menu drop down

Bagaimana nak wujudkan menu DEVELOPER? Caranya:-

1) buka Word

2) klik FILE

3) klik OPTION

4) klik CUSTOMIZE RIBBON

5) tanda ☑ pada DEVELOPER

Sila rujuk gambar di bawah...

Cara mewujudkan menu developer 

 Sekian. Semoga bermanfaat. Doakan semoga Allah memudahkan urusan saya dan keluarga saya dunia dan akhirat. Ameen..

Nota kaki : Bila seseorang membencimu, dia akan mencari-cari kesalahanmu, sehingga setiap kebaikkanmu pun akan dianggap salah.

43 comments:

  1. Replies
    1. Kongsikan dengan kawan-kawan yang lain juga ya.. :)

      Delete
  2. Mcm biasa..masih x boleh download...huhu...apapun tahniah dan terima kasih cikgu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah settle kan? Dah dpt download dah kan..huhu..terima kasih sbb bersungguh2 nak gunakan tapak rph ni. Semoga bermanfaat ya.. 😊

      Delete
  3. cikgu.. say menggunakan microsoft office for MAC 2011... oder option utk developer.. all the drop down menu.. tidal active.. bleh tunjuk ajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf cikgu.rasanya mungkin tak compatible dgn office for mac.

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian ilmu...semoga Allah mudahkan segala urusan kita semua...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian ilmu...semoga Allah mudahkan segala urusan kita semua...

    ReplyDelete
  6. 😊 ameen.. Selamat tahun baru cikgu2!

    ReplyDelete
  7. Terima Kasih atas perkongsian ini. Moga sentiasa dalam rahmat Allah SWT

    ReplyDelete
  8. assalam...cikgu raihan.tq for sharing the template..saya baru nak beralih kepada rph dlm btk file so sgt sgt membantu.semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan cikgu .

    ReplyDelete
  9. Wsalam..alhamdulillah..semoga berjaya menghasilkan rph menggunakan fail dengan baik!

    ReplyDelete
  10. Cikgu, cara nak edit tu tak nampak jelas...kabur.
    saya cuba nak tukar masa...tapi macam tak jumpa je button...hu2.
    minta tunjuk ajar...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wujudkan menu DEVELOPER dahulu ya sebelum edit.. :)

      Delete
  11. assalamu'alaikum..cikgu,versi bahasa arab tu x leh download ker??mcmna erk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. sepatutnya tiada masalah.pengguna MAC sahaja yang bermasalah kerana tidak dpt menggunakan drop down menu. :)

      Delete
    2. assalam cikgu..knapa utk versi bahasa arab dlm choose n item hnya ada versi bm shj?

      Delete
    3. Tapak bahasa arab cikgu lain yg buat..ustazah najmatun. Saya tak pandai arab...dia yg bantu saya buatkn tapak tu. :)

      Delete
  12. cikgu..terima kasih..alhamdulillah..dpt dah..mgkn haritu line down kot..anyway tq kak..

    ReplyDelete
  13. macamana nak buat developer tu ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon rujuk langkah yg terakhir.. Dan untuk mewujudkan developer,pastikan microsoft office up to date. Saya gunakan microsoft office versi 2013. Tq

      Delete
  14. kena guna Microsoft word version tahun bila ek?sorryy tak jumpa nak buat

    ReplyDelete
  15. tak jumpa nk buat developer dll sbb nk tmbah

    ReplyDelete
  16. Sila upgrade microsoft office terlebih dahulu.untuk wujudkan developer menu, perlu guna microsoft office terkini. Dapatkan office original secara percuma disini http://raihanjalaludin.blogspot.my/2016/01/microsoft-office-percuma.html?m=1

    ReplyDelete
  17. terima kasih dengan perkongsian di atas. Moga cikgu dilimpahkan rezeki dan mendapat rahmat dari Allah SWT.

    ReplyDelete
  18. Terima kasih. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu di dunia dan di akhirat. Amiinn.

    ReplyDelete
  19. terima kasih cikgu raihan, Semoga dipermudahkan urusan...Salam dari Kinta Selatan...

    ReplyDelete
  20. Sama-sama. Semoga bermanfaat. Saya dari Kinta Utara. dekat jer tu.. hehe..

    ReplyDelete
  21. Aamiin....terima kasih atas perkongsian. Sgt bermanfaat

    ReplyDelete
  22. salam cikgu..tapak sbjek sains ada x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg BM tu boleh diguna utk semua subjek cikgu... :)

      Delete
  23. Assalam...terima kasih cikgu atas perkongsian..sangat berguna

    ReplyDelete
  24. Wsalam... alhamdulillah,semoga bermanfaat! :)

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian cikgu, semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan cikgu..

    ReplyDelete
  26. asskm w.b.t.cikgu.mudhn ALLAH RAHMATI CIKGU SLALU.TEKNIK CIKGU NAK BUKA BHN NI IKHLAS KRN X BYK SONGEH UTK KAKAK YG VETERAN NI.KKK PAST RPH MENGGUNA TAPAK NI UTK KWN LAIN. ORG PPD OBSERVE PUN PUJI.. TAPAK CIKGU NI.ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah puan..mmg niat saya nak bantu rakan-rakan guru untuk mudahkan kerja. Itu main concern saya.. saya share apa yg termampu. apa pun,terima kasih kerana sudi menggunakan tapak rph saya ni. :)

    ReplyDelete
  28. Tahniah...dan terima kasih atas perkongsian..Moga dipermudahkan urusan cikgu dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  29. TQ CIKGU. I LIKE. AMIN BUAT SEGALA DOA KEBAIKAN BUAT CIKGU.

    ReplyDelete