Tips Membeli Belah Online - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 4 January 2016

Tips Membeli Belah Online


Online shopping bukanlah suatu perkara asing buat masyarakat moden hari ini. Berbelanja secara online ternyata memudahkan ramai orang disamping tawaran penjimatan yang diberikan kadangkala agak menguntungkan pengguna. Walau bagaimana pun, dalam keghairahan membeli belah secara atas talian, perlu diingatkan bahawa kita masih perlu berhati-hati kerana terdapat banyak kes penipuan yang melibatkan urusan jual beli secara online dilaporkan setiap hari.

Mengapa saya suka membeli belah di secara atas talian? Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk membeli belah kat famous marketplace macam LAZADA, Shopee, 11street, superbuy dll yang mana merupakan antara syarikat perniagaan online yang ulung, yang berjaya mencuri hati saya untuk terus berbelanja dengan mereka.

Konsep seperti pusat beli belah 

1) Pertama kerana LAZADA, Shopee, 11street, superbuy dll membawa konsep sama seperti pusat memberi belah. Kalau kat pusat beli belah, barang-barang diletakkan di tingkat-tingkat yang berasingan. Di online shop, hanya klik pada kategori yang berkenaan untuk mencari barang yang dikehendaki.

Menjimatkan masa

2) Selain itu, untuk menjimatkan masa membuat carian, pengguna boleh menaip terus di 'search box' yang disediakan dan dengan hanya sekali klik, barang yang anda cari sudah pun terpapar di skrin. Paparan itu juga membenarkan anda untuk menyusun mengikut harga dari yang murah kepada yang paling mahal. Di sinilah kelebihannya dimana anda tidak perlu keluar ke kedai-kedai untuk membanding harga, sebaliknya, online shop ni telah pun membantu anda untuk memudahkan anda memjalankan urusan pembelian.

Screenshot : www.lazada.com.my
Pelbagai pilihan cara membuat bayaran

3) Anda diberi pilihan untuk membayar samada secara atas talian menerusi pindahan wang atau melalui pembayaran menggunakan kad kredit. Anda juga boleh membayar secara tunai setelah barang anda sampai di muka pintu rumah anda! Untuk keselamatan, saya mencadangkan untuk membuat bayaran secara tunai. Walau bagaimana pun, pembayaran secara kad kredit / pindahan tunai dari bank juga boleh dilakukan, cuma dinasihatkan agar anda selalu menyemak transaksi anda. Dengan pembayaran kad kredit terpilih (lihat promosi di web mereka) melayakkan anda mendapat potongan harga tambahan! Lebih jimat kan...

Review pengguna lain adalah penting

4) Di LAZADA, Shopee dll terdapat beribu-ribu syarikat bersaing untuk menjual produk mereka. Oleh kerana itu, kebanyakkan mereka menawarkan harga yang lebih rendah untuk menarik pelanggan. Sebagai pelanggan, adalah mustahil jika kita memilih harga yang lebih tinggi. Semestinya, kita akan meletakkan pilihan kepada harga yang lebih rendah. Di sini, review pengguna amat penting! Baca review dari pengguna, kadangkala yang menawarkan harga murah hanyalah untuk memperdayakan pengguna sahaja. Baca semua komen-komen pengguna tentang penjual (seller) dan produk. Di sini, anda boleh membuat ramalan tentang kebolehpercayaan penjual mahupun produk. Dan... jangan lupa, anda juga boleh meninggalkan review tentang barangan yang anda beli tu. Review anda berguna untuk pembeli lain.

Banyak pilihan 'kedai' / penjual

5) Abaikan tentang harga, beli terus dengan seller yang reliable. Lebih terjamin dan memudahkan andaikata ada urusan refund (penggantian wang)/return(pemulangan)/replacement (gantian barang) di masa akan datang. Tapi macam saya katakan tadi, sangat penting untuk kita baca review dan lihat rating mereka... kedai lain / seller lain pun ada banyak yang bagus... pandai-pandailah menilai. :)

Barang oversea pun okay!

6) Banyak komplen tentang pembelian barangan yang akan dihantar dari luar negara. Antaranya adalah sebab kelewatan dan tidak mendapat barang seperti yang dijanjikan. Jadi, kalau dapat, cuba elakkan membeli barang yang akan di hantar dari luar Malaysia jika anda rasa tidak yakin. Walau bagaimana pun, suka saya nyatakan yang tak semua barang dari luar negara ni tak bagus. Saya telah beberapa kali beli barang yang dihantar oleh dari luar negara, alhamdulillah, setakat ni tak pernah mengecewakan... Mungkin rezeki saya la kot. Dapat barang seperti yang dijanjikan dan kebanyakkannya sampai awal dari dari tarikh yang diberikan. Harga pun jauh lebih murah.

Screenshot : www.lazada.com.my
Banyak voucher yang ditawarkan

7) Untuk penjimatan berganda, pastikan anda menggunakan voucher untuk membuat pembelian. Selalunya mereka memberikan voucher potongan harga kepada pelanggan-pelanggannya terutama bagi pelanggan yang membuat pembelian menggunakan mobile apps. Kadangkala potongan harga diberikan sekiranya pembeli sudah pun mencapai had yang ditetapkan. Contohnya, potongan RM10 dengan pembelian RM80 keatas. Ada juga masanya pelanggan diberikan voucher semasa sambutan hari-hari perayaan. Walau bagaimana pun, kebanyakkannya,  setiap pembelian hanya melayakkan anda menggunakan satu voucher sahaja. Jangan terkejut jika saya katakan, ada pelanggan tegar yang sanggup mengaktifkan beberapa akaun demi untuk mendapatkan voucher-voucher yang ditawarkan.

Lain seller, lain masa penghantarannya

8) Jangan risau jika barang yang anda tempah sampai satu per satu ke rumah anda. Ini kerana, penghantaran diuruskan sepenuhnya oleh syarikat yang menjual. Lain syarikat, lain masa posnya. Semak tempoh penghantaran yang dinyatakan.

Baca spesifikasi terlebih dahulu

9) Semasa melihat barang yang ingin dibeli, pastikan anda membaca spesifikasi dan keterangan tentang barangan terlebih dahulu. Membeli dengan hanya melihat gambar adalah suatu tindakan yang perlu dielakkan sama sekali.

Reward

10) Jangan lupa masukkan nombor kad 'BCard' anda untuk mengumpul mata ganjaran. Dapat juga redeem Chatime/tealive bila dah cukup point nanti.. Theheheee..

Mobile Apps untuk memudahkan kita menyemak status barangan yang dibeli

11) Download mobile apps kat telefon untuk memudahkan anda memantau progress pembelian anda. Boleh semak tarikh mereka pos barang, tarikh jangkaan terima barang dll... Selain itu, mereka ni selalu juga menawarkan voucher untuk pengguna mobile apps. Selalu-selalulah semak notifikasi mobile apps anda!

Semak harga dari masa ke semasa

12) Jangan terpedaya dengan SALES. Kalau kita memang dah target nak beli sesuatu, terutama yang nilainya tinggi, elok kita semak dan bandingkan harga terlebih dahulu sebelum sales dan semasa sales. Kadang-kadang ada juga yang naikkan harga semasa sales, nampak murah, beriya ada kupon potongan harga bagai, tapi hari yang takde sales, sama je harganya... Satu lagi, bandingkan harga kat Lazada, shopee, 11street dll terlebih dahulu, jangan gopoh. Kadang-kadang harga postage pun main peranan, dapat bantu kita berjimat seringgit dua... boleh jadi kat tempat lain kita boleh dapat free postage...

Personally, I prefer LAZADA dan terkini SHOPEE (2018) pun saya suka jugak... Asal namanya shopping, saya memang suka je... tak kira dimana walaupun sekadar kat pasar... pun jadi! Huhu.

Akhir kata dari saya, jadilah pengguna yang bijak! Berbelanja mengikut kemampuan. Take care, gais! 😉

No comments:

Post a Comment