Sebagai kakitangan awam, adalah menjadi tanggung jawab kita untuk mengisytihar perjalanan ke luar negara kepada majikan. Untuk mengyistihar perjalanan tersebut, anda perlu mengisi borang permohonan perjalanan pegawai awam ke luar negara atas urusan persendirian. Bukan sahaja untuk aktiviti melancong, malahan, sekiranya anda menghadiri persidangan, lawatan rasmi, kursus dll urusan, anda masih perlu membuat permohonan yang sama. Hal ini adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 Adalah menjadi suatu kesalahan sekiranya anda merahsiakan perjalanan ke luar negara. Selalunya, setiap permohonan pasti akan diluluskan kecuali jika anda mempunyai masalah-masalah tertentu yang boleh menyekat anda untuk ke luar negara. Permohonan mestilah dibuat selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh pergi ke luar negara.
Mengapa penting untuk kita membuat permohonan? Pada pandangan saya, adalah penting untuk kita 'declare' perjalanan ke luar negara kerana tidak lain tidak bukan, pastilah faktor keselamatan kita di negara orang. Sekiranya apa-apa berlaku pada anda semasa anda berada di negara yang dilawati, misalnya letupan bom, kemalangan dan lain-lain bencana, (moga dijauhkan!), segala pembayaran pencen, gratuiti dan lain-lain pampasan adalah berhak bagi waris kita untuk tuntut. Ini kerana, anda telah pun membuat permohonan untuk ke luar negara. Jadi ia ibarat anda pergi 'dengan keizinan'. Bayangkan jika anda pergi ke luar negara tanpa membuat permohonan terlebih dahulu dan sesuatu yang buruk berlaku, nahh.. waris anda tidak layak menuntut sesen pun! Ayat ini sering pentadbir saya di tempat yang terdahulu ucapkan. Betapa ruginya waris, dan anda umpama 'mati katak'.
Selain itu juga, dengan keizinan yang diberi, anda berhak mendapatkan kemudahan perlindungan kesihatan di luar negara berdasarkan insurans yang kita perolehi semasa membuat permohonan. Walau bagaimana pun, insurans ini adalah terhad kepada diri pemohon sahaja. Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2015
Selain daripada faktor keselamatan, saya berpendapat, permohonan ini juga adalah bertujuan untuk memastikan pegawai yang pergi ke luar negara tidak terlibat dengan masalah korupsi. Kadangkala yang terlibat dengan korupsi ini berkemungkinan besar 'menyembunyikan' harta mereka di negara luar. Kita tidak tahu barangkali seseorang pegawai itu selalu ke luar negara kerana dia mempunyai / menguruskan aset tertentu di sana. Jika seseorang pegawai awam kerap berulang alik ke sesuatu negara, mungkin beliau boleh diragui. Untuk menghapuskan keraguan yang timbul, adalah penting untuk anda menyatakan secara jelas sebab mengapa anda ingin pergi ke sesebuah negara itu di dalam borang permohonan misalnya mengikuti kursus, persidangan, melancong, lawatan penanda aras, dll.
Ok, Saya doakan kawan-kawan yang ingin ke luar negara, selamat pergi dan selamat pulang! Apa pun, jangan lupa buat permohonan ya sebelum pergi melancong! :)
Download : Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian/Insurans TERKINI 2015
Nota kaki: Kredit kepada Cikgu Ang Kong Yew kerana memaklumkan tentang borang insurans terkini (2015). Sila download kedua-dua fail ya. :)
Wednesday, 17 February 2016
New
Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian
About Raihan Jalaludin
Educator | Blogger | Influencer
Lain-lain
Labels:
Lain-lain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment