Membawa murid-murid mengikuti rombongan sekolah adalah suatu perkara yang agak rumit di mana guru yang bertanggung jawab perlu menyediakan pelbagai dokumentasi sebelum menganjurkan rombongan. Walaupun penyediaan dokumentasi agak cerewet, namun, keseronokkan membawa murid-murid keluar beraktiviti adalah suatu perkara yang tidak dapat dilupakan dan bakal menjadi memori terindah dalam kehidupan seorang yang bergelar guru.
Pada tahun 2013 yang lalu, saya telah ditugaskan menjadi pengurus rombongan. Walau bagaimana pun, saya telah pun bertukar sekolah dan tugas mengurus rombongan telah dijalankan oleh rakan saya. Berikut adalah contoh surat permohonan yang disediakan untuk membawa murid ke rombongan. Oleh kerana ini kali pertama saya menguruskan rombongan, saya juga membuat carian contoh-contoh surat di blog-blog lain. Saya difahamkan surat permohonan perlulah dialamatkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.
Download : Contoh Surat Permohonan Membawa Murid ke Rombongan
Sunday, 7 February 2016
New
Contoh Surat Permohonan Membawa Murid ke Rombongan
About Raihan Jalaludin
Educator | Blogger | Influencer
Lain-lain
Labels:
Lain-lain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment