Assalamualaikum dear followers and readers... :)
Hari ini saya nak berkongsi kegembiraan dengan kalian semua! Saya dikejutkan dengan email jemputan dan tajaan ke GEG Asia Pacific Top Leader Summit yang bakal berlansung pada 3 Jun 2016. Sejujurnya saya tidak menyangka 'reward' sebegini berjaya saya perolehi. Bayangkan terdapat lebih 100 GEG di seluruh Asia Pasifik dan hanya Top 25 sahaja yang akan ditaja serta diberi jemputan khas seumpama ini. Mungkin saya bukan dalam golongan Top 10 tetapi, berada dalam kedudukan Top 25 juga adalah merupakan suatu yang sangat dibanggakan.
Bukan apa, ini kerana saya memulakan tugas sebagai leader GEG Ipoh belum pun sampai setahun, reward ini memang sedikit sebanyak menaikkan motivasi dan membuatkan saya untuk terus ingin membantu para guru dalam berkongsi ilmu tentang ICT khususnya. Ini pengalaman kali pertama saya mendapat jemputan ke majlis berprestij tinggi oleh Google Educator Group (GEG). Sememangnya saya sangat teruja!
Deep inside, Allah sahaja yang tahu betapa saya terharu mendapat 'reward' ini. :'( Pelbagai onak dan duri telah saya tempuhi sepanjang saya menjadi leader GEG Ipoh. Pernah beberapa kali 'event' saya cuba digagalkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab, namun, atas berkat kesabaran, saya yakin Allah sentiasa bersama saya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan saya - Firman, Ang, Kak Jess, Kak Normie, Amir, Kak Amy, Kak Farida, Aishah, Rina, Ariff, Kak Nana, Kak Baha, Mei, Yassir, Faizal, Diana dan Kak Anny kerana sudi mendengar segala luahan hati, keluh kesah saya sepanjang program saya disabotaj tahun lalu.
Atas nasihat dan motivasi dari kawan-kawan, alhamdulillah, semua 'event' tahun lalu berjaya saya jalankan dengan sebaiknya. Ya, reward ini selayaknya untuk mereka juga! Mereka banyak mendengar masalah saya, banyak memberi moral support yang berterusan kepada saya untuk terus maju dalam mengorak langkah sebagai leader di Ipoh ini. Selain itu, sokongan yang berterusan dari kawan-kawan saya yang lain dalam memberi ruang untuk saya terus berkongsi pengalaman, minat serta ilmu berkaitan ICT memang membuatkan saya ingin terus maju ke hadapan dan berusaha melupakan titik hitam yang telah berlaku.
Ya, sememangnya saya amat terkesan dengan perbuatan manusia yang sengaja menguji kecekalan dan kesabaran saya! Saya berdoa agar mereka-mereka ini diberikan petunjuk dan hidayah dariNya. Semoga saya diberikan olehNya kelapangan dan rezeki untuk menjejakkan kaki ke Singapura bagi menghadiri Top Leaders Summit Jun nanti. Ameen..
Nota Kaki: Tak sabar nak jumpa leader GEG dari seluruh Asia Pasifik :)
Yaaayyy!!!! Tahniah cikgu. Keep it up!
ReplyDeleteTerima kasih, cikgu! :)
ReplyDeleteTAHNIAH...
ReplyDeleteTerima kasih. :)
ReplyDeleteTahniah cikgu raihan....ini semua krn keikhlssan byk membantu SKRJ
ReplyDeleteTahniah cikgu raihan....ini semua krn keikhlssan byk membantu SKRJ
ReplyDeleteTerima kasih kak yati! Sokongan dari rakan-rakanlah yang banyak membantu saya.. Semoga SKRJ terus sukses! :)
ReplyDelete