Google Certified Educator - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 9 April 2016

Google Certified Educator



Sudah lama saya tidak menulis. Ya, bulan Mac yang lalu adalah bulan yang agak 'padat' untuk saya. Mana tidaknya, selepas habis cuti sekolah, kami, guru-guru perlu menghantar buku latihan murid-murid untuk semakan para pentadbir. Menjalankan saringan LINUS di tiga kelas yang saya ajar juga amat merunsingkan saya sebenarnya. Bukan apa, kalau boleh saya mahu semua murid saya lulus dan berjaya. Dalam kesibukan itu, saya pula telah mendaftar untuk peperiksaan bagi mendapatkan sijil tauliah dari Google. Saya terpaksa meluangkan sedikit masa untuk mengulangkaji, membuat latihan secara online dan hasilnya.. Saya lulus dengan jayanya!

Untuk apa mengambil sijil tauliah Google (Google Certified Educator)? Tujuan saya mengambil peperiksaan adalah kerana saya merupakan jurulatih yang sering diundang untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu serta memberi tunjuk ajar kepada guru-guru dalam usaha memanfaatkan pelantar maya Frog VLE dalam pdp. Di dalam Frog Vle itu sendiri terdapat aplikasi google yang boleh digunakan secara optimum. Oleh hal yang demikian, saya merasakan adalah lebih baik sekiranya saya mendapatkan sijil tauliah terlebih dahulu sebelum 'menurunkan' ilmu kepada sahabat pendidik yang lain. Oh ya, satu lagi, saya mengambil peperiksaan ini adalah untuk menguji diri sendiri (challenge myself) tentang kefahaman dan kemahiran saya tentang pelbagai aplikasi Google.

Bagaimana untuk mengambil peperiksaan yang melayakkan kita menjadi Google Certified Educator? Terdapat 2 level peperiksaan; level 1 untuk beginner (walaupun namanya beginner, tetapi amat sukar untuk lulus!) dan level 2 untuk melayakkan kita untuk pergi lebih jauh dalam bidang kejurulatihan. Caranya ialah dengan mengambil peperiksaan secara online! Bentuk soalan adalah aras tinggi dimana mereka menguji kefahaman kita tentang penggunaan pelbagai aplikasi Google. Terdapat sebanyak 20 soalan MCQ dan soalan praktikal yang perlu diselesaikan dalam tempoh 3 jam. Kedengaran tempohnya agak lama, tetapi sebenarnya anda berkemungkinan tidak cukup masa untuk menjawab kesemua soalan!

Alhamdulillah saya berjaya memperoleh kedua-dua sijil bagi level 1 dan level 2 dalam bulan Mac yang lalu. Saya amat bersyukur dalam kesibukan di sekolah, saya mampu melakukannya! Terima kasih kepada rakan-rakan dan keluarga saya kerana tanpa sokongan dari mereka, saya mungkin tidak kemana. I love my family and friends! And, yes, I love my job too! :)

Yay! I am officially Google Certified Educator!

Nota kaki : Leaders think and talk about the solutions. Followers think and talk about the problems. - Brian Tracy

1 comment:

  1. Salam.. cikgu.. boleh x share mcm mana nk mendaftar utk sit exam GCE tu?

    ReplyDelete