Hai semua! Assalamualaikum...
Hari ini saya nak kongsikan ilmu dengan sahabat semua bagaimana untuk menukar gambar biasa kepada gambar yang bergerak dan berbentuk animasi (GIF).
Okay, pertama sekali, anda perlu mengambil gambar banyak-banyak (3-4 keping pun sudah memadai...) supaya setiap pergerakkan dapat terakam. Contohnya, semasa anda berkumpul untuk mengambil gambar secara berkumpulan, minta rakan-rakan anda membuat pelbagai 'pose' yang berbeza dan anda rakamkan gambarnya.
Setelah cukup koleksi gambar yang dikehendaki, pergi ke laman https://imgflip.com/ dan masukkan gambar-gambar tersebut untuk ditukar ke dalam bentuk gif. Paling menarik, anda boleh melakukannya di telefon pintar! Ini contoh gambar animasi yang telah siap. Satu lagi contoh di sini. :)
Langkah 1
Login menggunakan akaun google anda.
Kemudian, klik pada 'Create' dan pilih 'Make a Gif. From Image'
Langkah 2
Upload gambar-gambar yang diperlukan.
Masukkan tajuk untuk gambar animasi ini. Tambah tag jika perlu.
Langkah 3
Sekiranya anda ingin memasukkan perkataan di dalam gambar animasi, anda boleh berbuat demikian. Pilih warna font, saiz font dll. Klik Generate Gif.
Langkah 4
Ok gambar animasi anda sudah siap! Copy link dan sebarkan kepada rakan-rakan anda! Anda juga boleh kongsikan di laman sosial atau download ke dalam komputer anda!
Selamat mencuba! Bye gais! 😊
Nota kaki: Growth is painful. Change is painful. But nothing is as painful as staying stuck somewhere you don't belong...
wonderful blog! keep it up!
ReplyDeleteThanks! :)
ReplyDeletethis is something new to me presented in a simple way. step by step. Thanks!
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu Raihan.. Banyak info yang kami dapat daripada blog ini. semoga ilmu ini dapat dikongsi untuk membantu anak didik kita.
ReplyDeleteYou're welcome! :))
ReplyDeleteTahniah dik ...mohon izin share dik ye..tqvm
ReplyDeleteThanks so much for sharing
ReplyDeleteShare this with your friends ya! :)
ReplyDeleteTAHNIAH DIK..ILMU YANG BERMANAFAAT
ReplyDeleteTqs 4 sharing
ReplyDelete