Memantau Telefon Pintar Anak Dari Jauh - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 25 June 2016

Memantau Telefon Pintar Anak Dari Jauh

Sumber gambar : Google Image
Hello people!

Semalam saya ternampak iklan aplikasi yang bermanfaat terutama untuk ibubapa yang mahu memantau penggunaan telefon pintar/ipad anak-anak. Aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat Parentsware Inc. ini pada saya sememangnya terbaik dan wajar digunakan selagi anak-anak berada dibawah 18 tahun, kita sebagai ibu bapa patut tahu dan mengawasi penggunaan telefon pintar/ipad mereka. Seperti yang kita sedia maklum, dewasa ini, terdapat banyak kes-kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak yang kian terdedah dengan dunia sosial alam maya dan yang terkini adalah kes pedophile. Ibu bapa berperanan untuk mengawasi penggunaan laman sosial seperti facebook dan wechat kerana dibimbangi aplikasi ini boleh mendedahkan mereka dengan dunia luar tanpa had sekiranya tiada pengawasan yang sewajarnya. Gambar peribadi tidak seharusnya didedahkan secara terbuka, malahan pemilihan rakan di laman sosial juga perlu dipantau. Pada pendapat saya, kanak-kanak seawal umur 7 tahun sudah boleh dididik dan diberi pendedahan tentang bahayanya mengenali 'strangers'!

Berbalik tentang aplikasi tadi, dikatakan aplikasi ini boleh mengawal penggunaan telefon bimbit/ipad anak-anak dari jauh.. Ala-ala remote control gitu! Ibubapa boleh mengehadkan penggunaan dengan memperuntukkan masa yang dirasakan sesuai dan apabila sudah cukup masanya, telefon anak akan terkunci! Menarik bukan.. Selain itu, ibu bapa juga boleh set jadual waktu belajar, telefon/ipad akan terkunci dengan sendirinya mengikut jadual belajar yang telah ditetapkan oleh ibu bapa. selain mendisplinkan anak-anak, hal ini diharapkan dapat membantu mengurangkan risiko mereka untuk terjebak dengan perkara-perkara yang tidak sihat. Paling menarik, ibu bapa juga boleh 'block' penggunaan wifi dan internet, jadi bukan kata facebook, segala bentuk aplikasi yang menggunakan internet seperti whatsapp, wechat, permainan online dll secara automatiknya akan terputus sehinggalah ibubapa memberi kebenaran untuk mereka menggunakan telefon semula. Ibu bapa juga boleh 'block' penggunaan aplikasi di telefon/ipad anak-anak. Great!

Baiklah.. Bagaimana caranya untuk mendapatkan aplikasi ini? Untuk pengguna Apple, boleh download aplikasi OURPACT dari Appstore. Aplikasi ini adalah percuma! Boleh rujuk video dibawah untuk info lebih lanjut. Selamat malam semua!


No comments:

Post a Comment