PDP : Teaching Writing For Beginners - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 2 July 2016

PDP : Teaching Writing For Beginners


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Untuk mengekalkan keaktifan murid-murid sewaktu bulan Ramadhan adalah suatu cabaran buat saya. Biasalah, murid-murid Tahun 4 dan 5 yang kebanyakkannya masih betatih belajar berpuasa, nampak layu lebih-lebih lagi jika jadual saya satu atau dua jam sebelum balik. Nak marah, kasihan pula.. Maklumlah, berpuasa. Terpaksalah bersabar dengan kerenah mereka.

Otak terfikir-fikirkan aktiviti yang boleh menarik minat mereka untuk belajar tentang angkasa lepas. Tajuk yang mencabar juga. Saya sendiri kurang pengetahuan tentang 'astronauts', 'planets' dan lain-lain sehinggakan saya terpaksa membuat sedikit 'research' tentang itu. OMG! Dalam hati takut juga jika ditanya macam-macam. Pheww..

Saya mula memikirkan beberapa cara yang efektif yang mampu membuatkan murid-murid saya belajar dengan seronok dan berkesan. Tajuk ke-9, Our Solar System, untuk Bahasa Inggeris Tahun 4 dan Space Exploration, untuk Bahasa Inggeris Tahun 5 ternyata tajuk yang agak berat dan membosankan kerana pada saya cerita bulan dan bintang bukanlah sesuatu yang boleh di'goreng' sesedap rasa. Tajuk ini memerlukan pemahaman fakta! Alhamdulillah, aktiviti hands-on yang saya jalankan untuk beberapa hari mendatangkan hasil yang sangat baik! Objektif saya adalah untuk mengajar murid-murid menulis ayat mudah disamping belajar tentang sistem solar, kehidupan seharian seorang angkasawan dan lain-lain yang berkaitan dengan angkasa lepas.


Here we go.. Pada hari pertama (listening and speaking), saya jalankan aktiviti menonton klip video pendek yang saya ambil dari 'youtube'. Kebanyakkan video adalah dalam Bahasa Inggeris. Memandangkan murid-murid saya kurang mahir Bahasa Inggeris, saya akan memasangkan setiap video sebanyak 2 kali. Kali pertama, video dipasangkan tanpa henti. Kali kedua, saya akan 'stop' video beberapa kali dan terangkan dalam Bahasa Melayu. Klip video yang dipilih adalah berkenaan kehidupan angkasawan di angkasa lepas. Seronok juga, saya pun belajar sama. Siap tengok video angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor solat dalam space station! Interesting! Kemudian, saya jalankan sesi soal jawab bersama murid-murid. Soal jawab adalah berdasarkan video yang ditonton. Soal jawab dijalankan untuk menguji kefahaman mereka. Disamping itu, saya juga memberi 'hint' kepada mereka yang mereka perlu menghasilkan suatu projek tentang 'astronauts'. Saya minta mereka catat 'point' penting dalam buku conteng. Ok, tamat 1 jam pdp saya.


Pada hari kedua (sepatutnya reading, tapi saya buat writing.. ), saya bahagikan mereka dalam kumpulan kecil. 5-6 orang satu kumpulan. Saya edarkan kad manila sekeping setiap kumpulan beserta sebatang pen marker. Lain-lain hiasan seperti 'sticker' 'pen bewarna warni' dll saya minta mereka bawa sendiri. Ok, hari ini mereka perlu brainstorm mengikut 3 'subheadings' yang telah saya sediakan; have, are, can. Dengan tajuk 'astronauts', mereka perlu fikirkan dan lontarkan idea mereka melalui 3 cabang tersebut. Kemudian, saya minta mereka catatkan dalam kad manila yang diberikan. Semasa sesi 'brainstorming' ini, saya lihat murid-murid sangat bersungguh-sungguh. Tambahan pula saya memang sediakan hadiah untuk aktiviti kali ini. Jadi, mungkin kerana mahukan 'reward', mereka beriya-iya menulis cantik, kemas dan berkolaborasi bersama-sama ahli kumpulan. Saya memang tekankan yang saya akan pantau 'sleeping partner', andaikata ada yang tidak bekerjasama, kumpulan tersebut akan diisytiharkan KALAH.


Hari ketiga, masih lagi dengan aktiviti menulis (writing). Saya minta mereka membina ayat ringkas menggunakan perkataan-perkataan yang telah mereka tulis. Contohnya, Astronouts are heroic, astronauts have sleeping mask, astronauts can float. Hasilnya, lebih dari 15 ayat dapat ditulis. Macam tak sangka! I was happy to see them working in groups. Semua bergerak, ada yang melukis, ada yang menulis ada yang menghias on that piece of manila card.. Amazing!

Please ignore the spelling errors! :)
Hari keempat, hari untuk mempersembahkan hasil kerja masing-masing. Language Art! Saya panggil setiap kumpulan untuk datang ke depan dan 'present' hasil kerja mereka. Saya minta semua ahli turut ke depan. Nak latih mereka untuk biasakan bercakap dihadapan orang. Di samping itu, saya mahu mereka menyokong ahli kumpulan mereka, semangat berpasukan katanya.. :D Sekali lagi, I was impressed by their presentations. Presentation mereka sangat menarik, they read line by line, dengan hasil kerja yang awesome membuatkan rakan-rakan sekelas mereka tertarik untuk mendengar. Masing-masing menilai dan berbisik-bisik tentang kecantikan tulisan/lukisan/persembahan rakan-rakan mereka.

Please ignore the spelling errors! :)
Akhir sekali, saya mengumpulkan kesemua hasil kerja mereka dan meminta sahabat-sahabat saya untuk membuat penilaian. Guru-guru kagum dengan hasil kerja mereka. Dengan sedikit kesalahan ayat serta ejaan, saya rasa kerja mereka patut dibanggakan dan dijadikan contoh.. Semoga anak-anak murid saya terus sukses mengapai cita-cita mereka.

Please ignore the spelling errors! :)
Nota kaki : Harapan saya agar mereka tidak lupa mendoakan kesejahteraan guru-guru mereka!

2 comments: