Jika anda mengikuti blog saya, sudah semestinya anda terbaca tentang tulisan saya yang terdahulu iaitu tentang Aplikasi 4D yang Kebaboom Saya tidak menyangka yang tulisan saya itu telah menjadi perhatian 'Apps Developer' yang menghasilkan aplikasi tersebut. Beliau yang berasal dari India telah menghubungi saya melalui email dan yang paling 'best' apabila beliau menghadiahkan saya satu set kad Animals 4D dan juga 3 keping contoh kad 4D planet. Yay! dapat kad 4D free dan dapat kawan baru dari India! Nice to meet you, Chiman!~ Kesungguhan beliau menjejak saya amat saya kagumi dan sejujurnya saya juga sangat terharu.
Macam mana nak guna planet 4D ni? Ok, anda boleh rujuk dari video yang saya letakkan dibawah ini.
Menarik kannnn?! Baiklah, saya akan kongsikan link untuk kalian semua download bagi mendapatkan 3 keping kad 4D Planet secara percuma. Lepas download, jangan lupa print ya!
Download : Kad 4D Planets Percuma
Kemudian, sila download aplikasi di telefon pintar anda untuk anda memulakan aktiviti seronok ini di kelas. Dapatkan aplikasi Planet 4D dari Apps Store atau Google Play. Dah siap download, buka aplikasi, halakan kamera ke gambar yang dicetak, wallaaaa, matahari kini berada betul-betul dihadapan anda! Lengkap dengan nota (dalam Bahasa Inggeris)!
UPDATE
Contoh gambar planet 4D yang diambil semasa Bengkel yang saya jalankan di PKG Manjoi tahun 2018.
Nota Kaki : The size of your audience doesn't matter. Keep up the good work!
UPDATE
Contoh gambar planet 4D yang diambil semasa Bengkel yang saya jalankan di PKG Manjoi tahun 2018.
Sumber gambar : Cikgu Syimee (SMK Raja Perempuan, Ipoh) |
Assalamualaikum cg Raihan...nampaknya skrg ni saya dah jadi peminat setia blog ni... teruskan berkongsi cikgu. Semoga Allah permudah segala urusan cikgu.. Aamin.
ReplyDeleteWaalaikumussalam cikgu. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya di blog ini.. Semoga memberi manfaat kepada cikgu. Doa cikgu amat saya hargai..ameen ya robb..
ReplyDeleteTahniah Cikgu Raihan.... usaha yg hebat.
ReplyDeleteTahniah terbaik. Saya share yer
ReplyDelete