Kreativiti : Permainan Bahasa Spontan - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 19 September 2016

Kreativiti : Permainan Bahasa Spontan



Hai semua!

Permainan bahasa spontan yang dapat dimainkan tanpa memerlukan sebarang peralatan dan persediaan sememangnya dapat memudahkan guru-guru bahasa untuk 'menutup' atau 'memulakan' sesi pdp. Murid-murid walau selemah mana pun mereka pasti akan teruja dengan permainan yang akan saya nyatakan nanti.

Jangan sesekali kita mengganggap murid LINUS atau murid kelas hujung tidak berminat bermain permainan seumpama ini. Saya telah beberapa kali mencuba dengan murid-murid sebegini dan ternyata mereka juga mampu bermain dengan baik. Disamping mengukuhkan kosa kata, mereka juga mampu meningkatkan daya saing antara rakan-rakan. Masing-masing mahu mencuba. Bagi saya, jawapan yang betul atau salah tidak penting. Yang penting adalah peranan kita sebagai guru untuk menarik minat murid-murid belajar sudah berjaya. Participation! Itu yang lebih penting. 

Saya kurang gemar murid-murid yang pasif sehinggakan kita bercakap dengan dia pun, macam bercakap dengan tunggul kayu. Permainan seumpama ini saya lihat dapat meningkatkan keyakinan murid-murid dengan syarat murid-murid tidak dikecam sekiranya mereka memberi jawapan yang salah. Gunakan kata-kata positif seperti "Good try", Cuba lagi.. dll. Main dalam keadaan yang menyeronokkan ya!

Word Snake (Ular Perkataan)

Permainan ini boleh dimainkan secara lisan mahupun bertulis. Jika dijalankan secara bertulis, saya cadangkan untuk anda gunakan papan putih di dalam kelas. Minta murid-murid berdiri. Guru memulakan dengan menulis atau menyebut satu perkataan dan eja dengan jelas. Kemudian, minta murid-murid menyambung dengan perkataan lain dengan menggunakan huruf terakhir dalam perkataan yang anda sebut/tulis. 

Contohnya :- Ayam - masak - kenduri - ikan - negara - arnab - buaya - awan -

Untuk mewujudkan semangat bersaing dikalangan murid-murid, nyatakan secara jelas yang orang terakhir menjawab akan dikenakan denda. Denda menyanyi, denda yang menyeronokkan.. Ingat! Permainan ini adalah untuk meningkatkan minat murid, sekiranya anda mengenakan denda berat seperti mengemas kelas dsb, ini mungkin akan membuatkan murid tidak minat bermain. Pada masa yang sama, elakkan kawan-kawan mengejek. Beri galakkan dengan cara meminta dia cuba mencari perkataan yang sesuai, sebolehnya beri dia masa untuk menjawab. Denda adalah jalan yang terakhir.

Semasa bermain, minta murid yang sudah menjawab untuk duduk. Anda jangan risau dengan kejujuran mereka. Bila dah ramai-ramai, pasti ada yang menyelit duduk walaupun tak menjawab lagi. Anda jangan risau, kawan-kawannya ramai, pasti mereka akan laporkan kepada anda! :)
Katakan murid anda murid yang kategori 'advanced', anda boleh mengecilkan skop perkataan, mungkin boleh minta mereka senaraikan nama haiwan sahaja, perbuatan, tumbuhan dll.
Contoh:- lompat - tolong - gosok - kendong - (ini lebih mencabar, kan? :) )

Game ni juga sesuai dimainkan secara berkumpulan... Beri kertas A4 kepada setiap kumpulan, mungkin dalam 4-5 orang murid... Minta mereka main dalam kumpulan mereka. Pemenang boleh dipilih berdasarkan kumpulan yang dapat menulis paling banyak perkataan. Nak buat dalam jawi pun ok je... Hehe...



Saya suka main game ni secara lisan nak nak waktu dah dekat nak balik... 3-5 minit lagi nak loceng... Hahaha... Kalau waktu akhir memang best. Siapa yang dapat sebut perkataan & eja dengan tepat, boleh balik dulu... Semua pakat nak balik awal... Semua berlumba-lumba nak jawab. Boleh jadikan aktiviti penutup. 

Word Building (Bina Perkataan)

Permainan ini sesuai dimainkan secara bertulis. Sediakan beberapa batang marker pen untuk murid-murid menulis di papan putih. Tuliskan satu perkataan dan minta murid-murid bina perkataan lain dari perkataan yang diberi. Hanya semua huruf dalam perkataan yang diberi sahaja yang boleh digunakan. Tidak boleh ditambah dengan huruf lain. Boleh lihat contoh pada gambar yang saya masukkan ini.

Semua excited menunggu pen untuk menulis! :)
Game ni pun boleh main dalam small group... Macam word snake juga, pemenang dipilih berdasarkan kumpulan yang paling banyak dapat membina perkataan dari perkataan yang diberi...

Hangman 

Sediakan tempat kosong untuk murid-murid mengisi huruf yang sesuai. Bahagikan murid-murid ke dalam kumpulan.  Kemudian, minta murid-murid meneka huruf mengikut kumpulan masing-masing. Jika salah, lukiskan gambar 'hangman'. Berikan markah yang sesuai untuk kumpulan yang berjaya meneka perkataan dengan tepat.

Sumber : Google Image
Kuiz

Kuiz spontan. Minta murid mengeja perkataan, meneka teka teki, menukarkan past tense words kepada present tense, memberikan imbuhan yang sesuai kepada perkataan dan lain-lain yang dianggap sesuai. Kalau ada reward pun ok.. lagi mirid seronok... 😁

Set alat tulis 5in1 macam ni baru RM0.58 https://shope.ee/6fAX5qHEIV






Mind Mapping (Peta Minda)

Letakkan satu tajuk di papan putih dan edarkan pen marker untuk murid-murid menulis (listing) perkataan yang berkaitan. Pasti mereka akan berlumba-lumba menyertai permainan ini.
Contohnya:- Minta mereka senaraikan nama buah-buahan tempatan, haiwan jinak, haiwan laut, haiwan liar, anggota badan, makanan, perkataan yang boleh menggunakan imbuhan 'ter' dll. Kalau murid lemah, mungkin boleh cadangkan mereka untuk melukis sahaja. Ini salah satu cara menggalakkan mereka participate dalam aktiviti yang dilakukan.

Sekian perkongsian dari saya hari ini. Semoga anda semua terus sukses mendidik anak bangsa.

Nota kaki: Didiklah mereka dengan hati, bukan dengan caci maki. Semoga anak-anak didik ini mendoakan kesejahteraan untuk kita di akhirat nanti. Ameen..

9 comments:

  1. Tambahan info... SPELLING BEE pun best juga. Murid eja perkataan yg disebut, murid seterusnya akan come out dengan perkataan yang bermula dengan huruf terakhir disebut(lebih kurang macam word snake tapi yang ni secara lisan/oral)... :)

    ReplyDelete
  2. Good activity to improve vocab.
    Activity lain yang boleh buat:
    - minta murid buat satu jadual A-Z atas kertas dan senaraikan common nouns which start with A.
    - list out at least five words for each alphabet.

    ReplyDelete
  3. Good activity to improve vocab.
    Activity lain yang boleh buat:
    - minta murid buat satu jadual A-Z atas kertas dan senaraikan common nouns which start with A.
    - list out at least five words for each alphabet.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih cikgu FS Bukit Selambau atas perkongsian idea...

    Nak tambah 1 lagi.. boleh try letak dlm frog vle juga. Buat satu site mudah. Guna 2 widget je.. widget notes utk tulis arahan/cara bermain... kemudian gunakan widget wall untuk murid2 memberi respon! Hhehehe... selamat mencuba! ;)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih! Cikgu dah banyak membantu.☺️

    ReplyDelete
  6. Menarik permainan ini ,sungguh best!thank you!👍👍👌👆

    ReplyDelete
  7. Terima kasih cikgu. Sgt membantu

    ReplyDelete