Dua minggu persekolahan yang erghhh... I'm exhausted! Haha. Rasanya perasaan saya sama jer dengan ramai lagi guru yang lain. Hehe.. Minggu yang melelahkan. Too many things to work on... Phew! Banyak task yang masih belum sempat disiapkan. Lap peluh jap! Huhu... Dalam kesibukkan, sempat juga saya siapkan bahan ni untuk saya masukkan ke sini. Syukur kerana Allah masih memberi ruang dan peluang untuk saya terus berkongsi pengalaman dan ilmu di sini. Blessed! :)
Tajuk ni saya present semasa LADAP di sekolah saya semalam. Niat saya nak menggalakkan cikgu-cikgu dan murid-murid menggunakan Chromebook (CB) disamping memberi pendedahan kepada mereka. Yes! Some teachers at my school memang excited nak guna CB dalam PdPC mereka, tapi... mereka kurang keyakinan dan kurang idea tentang aktiviti yang sesuai dijalankan untuk murid mereka. Ni kira macam suntikan semangat la ni.. chewahh! :D
Baiklah, berikut adalah aktiviti yang saya fikirkan paling mudah dan sesuai dijalankan untuk semua subjek. Ada beberapa aktiviti yang saya cadangkan memang tidak memerlukan pengetahuan ICT yang tinggi. Misalnya membuat carian maklumat di enjin carian google, saya fikir kedua pihak guru dan murid mampu melaksanakan aktiviti ini. Very simple but yet meaningful and fun! Sebenarnya aktiviti yang saya senaraikan ini bukanlah terhad kepada penggunaan chromebook sahaja tetapi juga Netbook1Malaysia dll. Asalkan ada talian internet, aktiviti yang disenaraikan boleh dijalankan dengan jayanya, insyaAllah. :)
Untuk aktiviti menonton video, saya mencadangkan untuk anda memastikan tetapan kualiti di youtube dikurangkan. 144p, 240p atau 360p sudah memadai. :)
Cadangan saya, untuk mengelakkan 'kesesakkan' talian internet, dua orang murid berkongsi satu CB/Netbook. Selain mengatasi masalah kesesakan internet, murid-murid juga dapat dilatih untuk mengamalkan sikap berkongsi dan bergilir-gilir menggunakan CB serta memupuk nilai kesabaran dalam diri mereka untuk menunggu giliran. Sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua. Doakan yang baik-baik untuk saya ya... Hehe :D
P/S: Never underestimate your students' ability. Silap haribulan diaorang lagi 'terror' dari kita.. Huhu
TQ,for the sharing teacher Raihan..I'm very proud of you:)...
ReplyDeleteTq for sharing😘
ReplyDeleteYou're welcome! :)
ReplyDelete