Well... hari ni saya nak share cara untuk tukar password frog vle merangkap password yes ID anda yang anda guna untuk aktifkan telefon yes Altitude tu... Selain itu ID dan password anda juga diguna untuk dongle... Kenapa perlu tukar password? Ini kerana sekarang ni ada banyak kes orang yang tidak bertanggung jawab 'merompak' yes ID dan password cikgu-cikgu dan membuat jualan secara terbuka tanpa segan silu di Facebook, mudah.com dll channel perniagaan. Ini semua gara-gara data 2GB yang cikgu semua terima... Ramai sangat yang rakus nak cari keuntungan dengan cara mudah. Jadi, untuk mengelakkan ID dan password cikgu disalah guna, saya cadangkan cikgu tukarlah password sekerap mungkin. Yes, memang dah ramai yang tahu cara nak tukar password ni, tapi realitinya, masih ramai juga yang belum tahu dan ada juga yang terlupa kaedahnya. :D Oh ya, sekiranya anda terlupa katalaluan anda, anda boleh berhubung dengan frog admin di sekolah anda. Frog Admin boleh membantu untuk selesaikan masalah. Don't worry... :)
**Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.
Bagi yang menggunakan yes Altitude, anda boleh menyemak baki data menggunakan aplikasi MyYes4G. Selain itu, anda juga boleh merujuk kepada jadual billing cycle untuk mengetahui tentang tarikh data 2GB dikreditkan ke dalam akaun anda. Bagi yang tak dapat telefon, anda masih boleh membuat semakan penggunaan data dengan melayari laman www.yes.my
Aplikasi Myyes4G di telefon Yes Altitude |
Sumber : laman 1bestarinet |
Sekian sahaja tutorial untuk hari ini... Take care, everyone. Selamat bercuti! :)
Nota kaki : Don't just thank Allah when everything's going right, thank Him even when things are challenging! - Dr. Bilal Philips
tqvm
ReplyDelete