Contoh Aktiviti HIP (Highly Immersive Programme) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 2 March 2017

Contoh Aktiviti HIP (Highly Immersive Programme)


Minggu lalu, saya bersama team Kinta Utara diundang ke daerah Perak Tengah untuk berkongsi sedikit ilmu tentang HIP dengan barisan Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Bahasa Inggeris dan wakil PIBG lebih dari 30 buah sekolah. Huhu.. nervous juga nak buat sharing dengan big crowd macam ni... Serius cuak! LOL. Tak banyak pun ilmu yang saya ada... Sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa bersama mereka tentang HIP ni.

Aktiviti HIP bukanlah aktiviti yang baharu malahan aktiviti biasa yang pernah kita jalankan di sekolah seperti 'story telling competition', 'quiz' dan lain-lain juga boleh dijadikan sebagai aktiviti HIP. Apa yang penting setiap program yang dirancang hendaklah disertakan dengan pelan operasi, pelan taktikal dan juga pelan strategik. Jika sekolah tidak mempunyai banyak dana, boleh jer rancang aktiviti yang tidak memerlukan kos yang tinggi. Contohnya, perhimpunan dalam Bahasa Inggeris! Senang kan? Hehe... Nak teks? Nah, ambil di sini ya... Teks Perhimpunan / Doa / Ikrar dalam BI

Apa pun aktiviti yang dirancang, anda perlu bekerja dalam kumpulan. Perlu diingatkan bahawa HIP adalah program yang melibatkan semua warga sekolah termasuk ibubapa. Jadi tidak timbul isu tambah kerja guru Bahasa Inggeris! Semua warga sekolah perlu turut serta dalam program ini termasuk ustaz, ustazah, cikgu subjek selain BI, pekerja pembersihan, jaga sekolah, makcik kantin dll. Untuk membudayakan Bahasa Inggeris di sekolah bukan hanya menjadi tanggungjawab guru Bahasa Inggeris sahaja tetapi semua sekali di sekolah mempunyai peranan masing-masing dalam menjayakan aktiviti ini.

Di sini, saya kongsikan senarai aktiviti yang sekolah saya dan SK Tanah Hitam jalankan untuk program HIP. Mungkin anda boleh melihat dan memilih aktiviti yang sesuai untuk dirancang untuk sekolah anda. Walau bagaimana pun, suka saya mengingatkan bahawa setiap sekolah mempunyai 'klien' yang berbeza. Klien dalam kata lain adalah murid/pelajar/ibubapa/dll. 

Aktiviti yang dijalankan di sekolah di kawasan Damansara pastinya tidak akan sama dengan aktiviti yang di rancang di sekolah-sekolah pedalaman misalnya. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Fahamkan maksud saya? Kita perlu merancang aktiviti yang sesuai untuk klien kita, bukan sekadar 'syok sendiri' ataupun buat program sebab nak ikut program sekolah lain, tetapi ia tidak mengikut aras yang sesuai dengan sekolah kita sehinggakan aktiviti yang dirancang tidak berjalan dengan baik. Cadangan saya, buatlah aktiviti 'fun learning' yang lite-lite gitu... Hehe... Bukan apa, aktiviti seperti itulah yang mudah dilaksanakan disamping menyeronokkan murid.






















Sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Sekiranya anda ingin berkongsi idea, tuliskan di ruangan komen ya.. Saya nak tahu juga apa aktiviti yang anda rancang untuk sekolah anda... Hehe...
Last but not least, terimalah.. haha... gambar kenangan bersama wakil PPD Kinta Utara dan Perak Tengah di SMK Dato' Seri Maharajalela, Kampung Gajah. Makanan kat  sekolah ni sedap! :D


Quote pilihan hari ni... "Jadilah seperti pokok, saat orang membaling batu kepadamu, kau membalasnya dengan buah yang ranum" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna 
Anyway, susahnya nak jadi pokok! Hukk... Masalahnya bukan setakat batu je nak kena hadap, bersedialah dengan orang yang membaling tahi jugak ye! Huhuhuuuu...   

11 comments:

  1. superb programme.... n the best part was when we get to share ideas with perak tengah n LMS....

    ReplyDelete
  2. tq for sharing. good job dear. may god bless you.

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing... Good and nice ideas.. We,in Selangor just started HIP.. And my school, SK Pandan Jaya, Ampang, Selangor had done Young Entrepreneurs Mini Project last two weeks.. Excited to see the pupils selling their food by using English as their communication language.

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing cikgu ieyta! :)

    ReplyDelete
  5. Love your ideas on Hip..tq dear..Allah Bless you!

    ReplyDelete
  6. Nk tanya camne dpt Giant Phonics Snake and Ladder?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh download softcopy dari link ni... http://www.raihanjalaludin.com/2016/12/highly-immersive-programme-part-3.html?m=1
      Hantar softcopy ni kat kedai banner. Tempah utk saiz 10kakix10kaki.

      Delete
  7. inspired! tq for sharing.. May Allah bless u

    ReplyDelete