TRICK Menghapuskan Katalaluan (Encrypt Protection) Pada Dokumen MS Office - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 7 April 2017

TRICK Menghapuskan Katalaluan (Encrypt Protection) Pada Dokumen MS Office


Assalamualaikum... Hai semua!

Post saya kali ni adalah untuk membantu anda semua untuk memadamkan katalaluan yang telah diberikan oleh pihak tertentu pada dokumen MS Office termasuk WORD, EXCEL dan POWERPOINT. Memang stress setiap kali membuka dokumen, kita diminta untuk memasukkan katalaluan. Frog Admin di sekolah memang fahamlah, sebab mereka memang perlu hadap perkara ni apabila mengurus ID dan password frog murid-murid. Sebenarnya, ada cara untuk kita lenyapkan katalaluan tersebut tanpa perlu meminta kebenaran dari pemilik asal dokumen. It's just a simple hack yang memang awesome dan praktikal.

Caranya adalah seperti berikut. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas ya...

1. Buka dokumen yang dikehendaki samada MS Word, Excel, PPT. Kemudian, masukkan password seperti yang diberikan.


2. Dokumen berjaya dibuka! Baik, sekarang, pergi ke FILE - kemudian pilih PROTECT DOCUMENT/WORKBOOK/PRESENTATION (bergantung kepada jenis fail yang anda buka).


3. Pilih ENCRYPT WITH PASSWORD


4. Kosongkan ruangan PASSWORD. Padam semuanya ya...


5. Akhir sekali klik butang SAVE. Andaikata anda terlupa untuk SAVE, anda perlu memasukkan PASSWORD lagi sekiranya anda membuka fail tersebut. So, jangan lupa SAVE!


Ok dah siap! Selain memadamkan terus kata laluan, anda juga boleh menukar kata laluan tersebut. Kadangkala katalaluan yang diberikan terlalu panjang dan kompleks, sukar untuk diingat, jadi jika anda merasakan dokumen tersebut perlu untuk diletakkan katalaluan, ubahlah katalaluan yang lebih sesuai dan mudah bagi anda untuk menghafalnya. Senang je kan? Haha.. Selamat mencuba!

**Melalui hasil carian saya di laman google, bagi yang tidak tahu atau memang dah totally lupa password dokumen, anda bolehlah cuba download aplikasi Word Password Refixer atau Word Password Remover. Sekian sahaja dari saya untuk kali ini... Take care! :D

3 comments:

  1. One of your fans.you do alot online coaching..thank you very much,Cikgu Raihan.

    ReplyDelete
  2. Thank you Cikgu. Your coaching help me a lot.

    ReplyDelete