15 Aktiviti Sukaneka yang AWESOME! - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 2 June 2017

15 Aktiviti Sukaneka yang AWESOME!


Assalamualaikum.. Selamat berpuasa semua! :)

Agak bersawang blog ni... Sebulan tanpa sebarang post! Syabas, Raihan! LOL! Hahaha... Memang bulan Mei yang lalu bulan yang sangat sibuk untuk saya... Terlalu padat aktiviti sehinggakan tak sempat nak update blog ni. Memandangkan bulan lalu kita dah pun menyambut hari guru dan dalam kesibukan sempat juga pergi ke Tadika anak saya untuk Hari Sukan, saya nampak pelbagai permainan sukaneka yang dijalankan agak menarik dan kreatif. Budak-budak dan cikgu-cikgu semua nampak enjoy jer... 

Kagum! Hehe... Jadi saya rasa benda yang superb adalah patut untuk dikongsikan di sini supaya senang saya nak rujuk bila-bila diperlukan. Selain itu, saya juga berharap agar post kali ini dapat memberi manfaat kepada semua guru-guru pra sekolah, sekolah rendah mahupun pemilik tadika... Oh ye, tidak ketinggalan untuk orang dewasa, boleh jer ambil idea untuk aktiviti sukaneka ni jika dirasakan sesuai.

Berikut adalah senarai permainan sukaneka yang dimainkan oleh anak-anak berumur antara 4-6 tahun di tadika tersebut. Ada juga saya selitkan permainan tambahan yang saya pernah lihat sebelum ini yang dijalankan di sekolah, atau pun di tempat lain. Okay, here we go...

1) Acara memanah belon
Bahan yang diperlukan:- belon sama banyak untuk setiap kumpulan, pemanah plastik (mainan) yang ada 'suction' tu, cucukkan pencungkil gigi kat bahagian 'suction' tu, double sided tape, polisterin
Cara:- tiup belon banyak-banyak, kemudian lekatkan pada polisterin besar menggunakan double sided tape. Murid panah pada belon supaya belon meletup.
Kiraan markah:- Kumpulan yang paling banyak meletupkan belon, dikira sebagai pemenang. Boleh set masa juga.

2) Acara memancing itik/ikan
Bahan yang diperlukan:- ikan/itik plastik yang dilekatkan magnet kecil dimana-mana bahagian badan itik tersebut, besi panjang untuk dijadikan alat menarik magnet pada itik, bakul untuk letak itik yang sudah dipancing, besen besar dipenuhkan dengan air
Cara:- Murid dibahagikan dalam kumpulan dengan bilangan sama banyak. Murid berlari bergilir-gilir untuk menangkap itik dari dalam besen, kemudian meletakkannya dalam bakul yang disediakan. Murid berlari semula ke barisan, murid seterusnya akan mengulangi aktiviti yang sama.
Kiraan markah:- Kumpulan yang paling cepat selesai menangkap itik akan dikira sebagai pemenang.

3) Acara 'passing' gelang getah menggunakan straw
Bahan yang diperlukan:- straw, gelang getah
Cara:- Murid-murid beratur. Kemudian, murid berlari kearah hadapan dengan straw di mulut (letak gelang getah di check point ini), ambil satu gelang getah, sangkutkan pada straw, pass kepada murid seterusnya tanpa menggunakan tangan. straw bertemu straw, pandai-pandailah alihkan gelang getah tu kat straw kawan. :D

4) Acara mencari gula-gula dalam tepung
Bahan yang diperlukan:- tepung, gula-gula, pinggan/mangkuk untuk letakkan gula-gula dan tepung tu.
Cara:- Murid dibahagikan dalam kumpulan. Berlari ke check point (tempat letak tepung dan gula-gula), mencari gula-gula dengan mulut, tangan harus diletakkan dibelakang badan... dah dapat gula-gula, alihkan ke dalam mangkuk lain yang disediakan. Haha... Tak boleh bayangkan kalau cikgu yang main benda ni. Hahahahaha...
Kiraan markah:- Set masa. Kumpulan dengan gula-gula terbanyak akan menang.

5) Acara makan buah epal
Bahan yang diperlukan:- epal (ikut bilangan peserta), tali panjang
Cara:- Ikat epal pada tali panjang, kemudian regangkan tali tersebut ikat pada tiang atau batang pokok (jadi macam ampaian kain tu...). Minta murid-murid letak tangan dibelakang badan dan mula makan epal sehingga habis.
Kiraan Markah:- Yang paling cepat habis makan epal tu yang akan menang. Hahaha... Serius susah nak main benda ni... Nampak simple, tapi payah wooo...

6) Acara penuhkan botol dengan air
Bahan yang diperlukan:- Straw atau span, botol dan sebaldi air (ikut bilangan kumpulan)
Cara:- Murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan. Murid berlari kearah baldi yang mengandungi air. Murid mengambil air menggunakan straw/span, kemudian murid masukkan air ke dalam botol yang disediakan.
Kiraan Markah:- Masa ditetapkan. Kumpulan yang dapat mengumpul paling banyak air adalah pemenangnya.

7) Acara menghias makanan
Bahan yang diperlukan:- pencungkil gigi, makanan seperti mi segera, kek, nasi goreng dll, sayur-sayuran seperti tomato, salad, cili, lain-lain makanan yang boleh dijadikan hiasan seperti sosej, keju, mayonis.. pisau, papan pemotong.
Cara:- Murid dibahagikan dalam kumpulan. Murid diberi masa untuk menghias makanan.
Kiraan Markah:- Kreativiti adalah paling utama. Lihat dari segi cara potongan sayur, hiasan sos dll..

8) Permainan kerusi muzikal
Bahan yang diperlukan:- Kerusi (kurang 1 bilangannya berbanding bilangan murid), lagu
Cara:- Sorang kena jaga lagu... Mainkan lagu kemudian stop dan semua kena berebut tempat... Seorang yang tak dapat seat tu dikira kalah.
Kiraan Markah:- Semakin lama semakin kurang bilangan kerusi dan murid. Sampai la tinggal dua orang murid dengan 1 kerusi je... Masa ni penentu siapa yang menang (yang dapat duduk)!

9) Juara longkang
Bermain bowling tetapi markah terendah akan menang! Sebab tu lah namanya JUARA LONGKANG... Best kan! Hahahahaaa...

10) Aktiviti Pancing Tin Minuman
Bahan yang diperlukan:- ranting/kayu (untuk jadi batang pancing), tali yang diikatkan mata kail atau pencungkil gigi yang dilintangkan pada hujung tali, tin kosong
Cara:- Take turn sorang demi sorang dalam kumpulan... Siapa cepat dia menang!
Kiraan Markah:- Kumpulan paling banyak mengumpul tin dikira sebagai pemenang.

11) Acara Mengalih Kacang Tanah Menggunakan Chopstik
Bahan yang diperlukan:- Chopstik untuk setiap kumpulan, kacang tanah dengan jumlah yang sama banyak diletakkan dalam pinggan.
Cara:- Take turn sorang demi sorang dalam kumpulan... Siapa cepat dia menang!
Kiraan Markah:- Kumpulan yang dapat mengalihkan semua kacang dengan pantas dikira sebagai pemenang.

12) Musang Berjanggut
Bahan yang diperlukan:- dulang besar, pelbagai jenis kekacang, beras, cengkih, cili kering dll
Cara:- Setiap kumpulan diberikan bahan-bahan yang telah bercampur aduk. Ahli kumpulan perlu asingkan semua bahan mengikut masa yang ditetapkan.
Kiraan Markah:- Bergantung kepada kepantasan atau kreativiti menyusun bahan-bahan yang diasingkan.

13) Acara Baling Gelung dalam Skittle
Bahan yang diperlukan:- Skittle mengikut bilangan kumpulan, Gelung bersaiz kecil. Ala-ala main kat funfair giteww.. Hehee
Cara:- Minta peserta baling gelung ke skittle.
Kiraan Markah:- Kumpulan yang paling banyak mengumpul gelung, menang!

14) Acara lari bawa aiskrim gergasi
Bahan yang diperlukan:- Skittle (lagi besar lagi thrill... Haha), bola, Beberapa pundi kacang (konon-konon topping aiskrim)
Cara:- Terbalikkan skittle, letakkan bola dan beberapa pundi kacang atau apa-apa bahan yang sesuai atas bola tersebut. Berlari kearah ahli kumpulan membawa kon aiskrim gergasi tersebut.
Kiraan Markah:- Kumpulan yang paling cepat, dikira sebagai pemenang.

15) Dari Mata ke Mulut
Bahan yang diperlukan:- Biskut
Cara:- Semua peserta duduk dengan kepala didongakkan sedikit ke atas. Sekeping biskut diletakkan di atas mata. Peserta cuba alihkan biskut tersebut tanpa menggunakan tangan.
Kiraan Markah:- Siapa cepat dia menang!
Serius, ni aktiviti paling lawak saya lihat viral di facebook baru-baru ini... Hahahahaaa... Boleh try tengok video ni... Hahahahaa...




Sekiranya anda ada cadangan aktiviti sukaneka yang lain, share lah dengan saya dan reader yang lain. Senaraikan di ruangan komen ya... Thanks... :)


12 comments:

  1. bagus idea2 ni semua. nak try lah. terima kasih!

    ReplyDelete
  2. Terimakasih ats cadangannya..hehehe
    Cuba try buat sambutsambut sayang, dua psangan balingbaling belon spe pecah dulu dia kalah, yg takpecah tula the winner. tp masa baling tu mkin lma mkin jauh lah, so dr jarak dekat smpai lah jarak jauh.

    ReplyDelete
  3. menariknya...boleh buat dengan students... :D

    ReplyDelete
  4. Best jgk permainan nie..permainan juara longkang ape bahan²nya

    ReplyDelete
  5. 1.Makan tembikai
    2. Bowling kelapa
    3. Makan ais krim..

    ReplyDelete
  6. no.9 mcm seronok jew nnti bleh bgi no tepon nk beljr

    ReplyDelete
  7. Semua terima kasih kepada mrs KARINA ROLAND untuk membantu saya dengan pinjaman saya selepas ditangkap oleh orang-orang palsu yang kerang menjadi peminjam pinjaman.
    Nama saya Annika amahle mokoena, saya dari Afrika Selatan dan saya tinggal di bandar Johannesburg. Suatu bulan yang lalu saya sedang mencari pinjaman dalam talian dan saya melihat pemberi pinjaman pinjaman yang berbeza di internet dan saya memohon dari mereka dan semua saya mendapat adalah penipu saya menggunakan lebih daripada 2 syarikat dan saya ditipu semua melalui. Jadi saya berputus asa sehingga saya memutuskan untuk menyemak semula jika saya akan mencari bantuan seperti yang saya cari dan saya menetap untuk mencari syarikat pinjaman legit saya jumpa syarikat ini bernama KARINA ROLAND LOAN COMPANY saya melihat banyak testimoni yang dimaklumkan oleh orang dia tetapi kerana saya ditipu secara serentak saya fikir ia adalah penipuan tetapi saya melakukan apa yang saya diminta lakukan dan saya menunggu untuk pinjaman saya dan Puan KARINA ROLAND memberitahu saya dalam masa kurang dari 24 jam anda dengan pinjaman saya dengan selamat saya tidak percaya sebab saya fikir ia juga satu penipuan sehingga hari itu adalah waktu malam di Afrika Selatan dan saya tidur pagi esok ketika saya bangun saya menerima amaran dari akaun bank saya dan segera saya memanggil pengurus bank saya untuk mengesahkan dan pengurus bank memberitahu saya untuk datang ke bank dengan serta-merta dan saya pergi dengan serta-merta ketika saya sampai di sana pengurus bank memeriksa akaun saya dan melihat sejumlah $ 127,000.00 USD yang Dolar Amerika Syarikat dan saya menjelaskan kepada pengurus saya bahawa saya memohon pinjaman dalam talian dan bank saya pengurus terkejut jika ada masih sebuah syarikat pinjaman sebenar dan legit online saya sangat gembira semua terima kasih kepada MRS KARINA ROLAND saya memutuskan untuk menulis di internet kerana saya melihat orang lain melakukannya dan memberi keterangan tentang syarikat ini sebabnya saya menghantar mesej ini secara online kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pinjaman walaupun anda telah ditipu sebelum memohon dari syarikat ini dan yakinlah bahawa syarikat ini tidak akan membiarkan anda turun. Salam kepada sesiapa sahaja yang membaca mesej saya dan anda boleh menghubungi syarikat ini melalui pos (karinarolandloancompany@gmail.com) atau whatsapp sahaja +1 (585) 708-3478, Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang membaca kesaksian ini, anda boleh menghubungi saya juga untuk maklumat lanjut ..... annikaamahlemokoena@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum
    Data pribadi
    Negara: Indonesia
    Nama: Wahyu Sapto Handoko
    Email: wahyusaptohandoko256@gmail.com
    Alamat: Jl. Sukarela rt.02 / 05 Paninggilan, Ciledug, Tangerang
    Sudah empat tahun sekarang saya telah memberikan kesaksian tentang bagaimana saya meminjam Rp1,2 miliar dari ibu Helen dan beberapa orang meragukan saya karena tingkat penipuan online. Ibu Helen Wilson telah memberi saya satu hal lagi untuk tersenyum karena setelah menyelesaikan angsuran pinjaman bulanan yang saya pinjam sebelumnya, saya memohon kepada Ibu Helen bahwa saya ingin pergi untuk ekspansi bisnis lebih lanjut sehingga saya meminta tambahan Rp3,7 miliar setelah melalui saya proses hukum. pinjaman itu disetujui oleh manajemen mereka dan saya menerima pinjaman saya dalam waktu kurang dari 48 jam di rekening bank BRI saya. Saya tidak memiliki tantangan dengan bank karena Mrs. Helen Wilson dan tim manajemen pinjaman WEMA Finance telah dianggap sebagai pemberi pinjaman yang sah baik di Amerika Serikat, MALAYSIA, INDONESIA dan Rumania, sehingga tidak ada masalah sama sekali.
    Untuk pinjaman apa pun, saya sangat merekomendasikan Ibu Helen Wilson hari ini dan selalu
    Email: (helenwilson719@gmail.com)

    WA: +1-585-326-2165

    Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

    ReplyDelete
  9. Mungkin kedengarannya palsu dan tidak dapat dipercaya, tetapi ini adalah kesaksian saya. Saya tidak pernah percaya pada pinjaman online sampai saya hampir kehilangan proyek saya. Saya bingung dan tidak tahu harus berbuat apa. Sebelum saya memutuskan untuk mencobanya, saya menemukan perusahaan peminjaman uang yang bernama Loan Credit Institutions. Awalnya, saya tidak pernah ingin melakukan transaksi apa pun dengan mereka. Karena saya takut tertipu, tetapi karena masalah proyek saya, saya tidak punya pilihan selain mencobanya dan ternyata sangat memuaskan. Jadi, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk memberi tahu dunia bahwa Loan Credit Institutions adalah perusahaan nyata yang ada dan cinta saya harus membantu Anda jika Anda membutuhkan bantuan keuangan. Jangan sampai Anda jatuh ke tangan orang lain. Hubungi mereka di: loancreditinstitutions00@yahoo.com dan Anda tidak akan menyesal. Sekali lagi, terima kasih banyak kepada Loan Credit Institutions. Tuhan akan terus memberkati Anda karena Anda terus membantu orang yang membutuhkan bantuan Anda. Anda dapat menghubungi mereka di: (loancreditinstitutions00@gmail.com) atau nomor whatsapp: +393512114999. atau whatsapp: +393509313766

    ReplyDelete