Assalamualaikum. Hai semua!
Seronok betul bercuti sekolah dalam bulan Ramadhan ni kan. Hehehee... Walaupun ada di antara kita yang sibuk menyemak kertas peperiksaan, tanda buku, kelas tambahan dll aktiviti, tapi masih lagi boleh dikira kita bekerja dalam keadaan selesa terutamanya apabila semua kerja-kerja tu kita boleh buat di rumah sesambil tengok TV, jaga anak, masak-masak dll... :D
Guru-guru akan ada masa lebih kurang hanya 10 hari untuk mengajar dalam bulan puasa kali ini. Saya juga sedang berkira-kira untuk merancang aktiviti bagi murid-murid saya agar mereka belajar dalam keadaan seronok disamping memudahkan saya agar tidak perlu banyak bercakap, hanya facilitate dan mereka tahu apa yang mereka perlu buat... Pendek kata tak payah nak bebel banyak-banyak. Bulan Ramadhan bukanlah alasan untuk kita tidak mengajar sebaliknya pada saya dengan merancang aktiviti yang simple tapi bermanfaat untuk murid-murid adalah sesuatu yang menguntungkan. Bukan sahaja kita kurang penat dan stress, tapi kita juga dapat mengekalkan mood belajar dikalangan murid-murid yang semestinya mengantuk kerana bangun awal untuk bersahur. Kebanyakkan mereka ni baru bertatih dalam mengerjakan ibadah puasa. Saya bercerita tentang murid-murid sekolah rendah. Mungkin bagi pelajar-pelajar sekolah menengah, mereka lebih matang dan berbeza sedikit dengan konteks di sekolah rendah. Antara aktiviti yang saya rasakan sesuai dijalankan sewaktu bulan Ramadhan ni adalah:-
Nak bahan? Boleh download dari link yang diberikan oleh Projek BBM Cikgu Mama Generous betul cikgu ni... Design dia semua meletops! Cantik! 😍
Download Pek Ramadhan percuma di http://gg.gg/puasa2017
Banyak bahan dalam Pek Ramadhan ni... 31 mukasurat semuanya... Memang awesome!
Aktiviti-aktiviti yang saya senaraikan hanyalah cadangan sahaja. Boleh pick yang mana dirasakan sesuai. Kalau tak sesuai, abaikan... Memandangkan saya guru Bahasa, jadi mungkin kecenderungan aktiviti yang saya senaraikan semestinya untuk aktiviti Bahasa juga lah... Hehe... Apa pun, ada juga aktiviti yang sesuai untuk subjek lain. Pandai-pandailah...
Okay semua, saya nak sambung buat kerja sekolah... Banyak keja ni... Huks! Take care,everyone! Bye!
Nota kaki: Be careful about your intentions. Correct them if they are wrong. Always remember that our deeds are rewarded according to our intentions behind them. So try to do everything you do with Allah and the teachings of Islam in mind. - Dr. Bilal Philips
terima Kasih Informasinya
ReplyDeletehttp://smkwalisongo2depok.sch.id/
Terima kasih, Raihan.. kerana sudi melawat blog saya. ☺️
ReplyDeleteterima kasih sumbang idea baik ini.
ReplyDelete