Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Saya nak berkongsi sedikit panduan untuk ibubapa mendapatkan ID 1Bestarinet agar anda dapat melayari laman Frog VLE sekolah anak anda. Saya yakin, ramai yang masih belum tahu tentang ini, sebab tu saya pilih untuk kongsikan di sini. Kalau anda seorang guru yang mempunyai anak yang bersekolah di sekolah kerajaan, bermakna anda akan dapat 2 ID... pertama ID sebagai guru dan satu lagi adalah ID sebagai ibubapa. Untuk guru dan murid, anda boleh mendapatkan ID anda dari Guru Admin di sekolah.
Nanti mesti ada yang tanya saya, di mana nak dapatkan huddle/dongle yes tu... Okay, sila dapatkan dongle atau huddle yes tu dari booth atau kedai Yes la, kat Seng Heng pun ada... Kalau nak murah, cuba cari kat mudah.com kot-kot ada sesapa yang nak jual secondhand. Satu lagi, kalau line Yes ni OK, laju berdesuppp... dan anda rasakan 200MB tu tak mencukupi, bolehlah langgan line Yes... nak topup pun boleh jer... hehe...
Berikut adalah panduan untuk ibubapa mendapatkan ID dan katalaluan 1Bestarinet. Selain itu, disertakan sekali cara bagaimana anda boleh mengaktifkan ID tersebut. Sila klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih baik.
Download : Nota Interaktif
Download Versi pdf: Nota pdf
Nota kaki: Malam ni takde nota kaki... Not in the mood. Nite!
Wow..thanks for sharing...sgt bermanfaat
ReplyDeleteMohon share ye cikgu? saya akan credit kan kepada cikgu juga...
SIlakan...
Delete