Assalamualaikum semua... Selamat bercuti untuk semua rakan guru! :)
Sabtu lalu, saya telah menyertai International Conference of STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selain keynote, terdapat bilik-bilik yang disediakan untuk pembentang membentangkan hasil kajian yang mereka jalankan. Saya join beberapa sesi perbentangan yang terdiri daripada pembentang dalam dan luar negara. Antara tajuk pembentangan yang saya rasakan menarik adalah tajuk yang disampaikan oleh Ustaz Norazman Bin Ahmat Syafri. Tajuk kajian yang beliau sampaikan adalah 'Penggunaan Kaedah "Bunga Semun" Meningkatkan Kemahiran Membaca Huruf Hijaiyyah Untuk Murid Tahun Dua.' Norazman, yang merupakan pelajar tahun ke-4 di IPG Kampus Sultan Mizan, beliau dibawah seliaan Ustaz Haji Mohammad Kamil Bin Jaafar. Hebat betul, sungguh saya kagumi adik seorang ni... Belum habis belajar dah ada rezeki buat pembentangan di peringkat antarabangsa seperti ini! Bravo!
Selain Norazman, saya juga sempat mendengar pembentangan dari rakan beliau, Ammar Safian, tentang penggunaan popup card dan VR box dalam matapelajaran Sejarah. Saya terlepas satu sesi yang disampaikan oleh adik Hafiz Yatin, yang juga merupakan pelajar IPG Sultan Mizan yang membentangkan sesuatu yang bagus di apply kan dalam matapelajaran Sejarah... Kajian mereka memang mantap! Sememangnya saya sangat kagum dengan kebolehan mereka bukan sahaja dalam melaksanakan kajian, malah, kemampuan mereka menghasilkan projek inovasi yang layak diangkat ke peringkat yang lebih tinggi. And yes, saya baru dapat maklumat yang Norazman berjaya memenangi Inovasi Emas di UKM baru-baru ini. Kalau saya jadi hakim, saya pun akan beri award yang sama sebab saya memang sangat impress dengan projek beliau ni! Hehe...
Apa yang dikongsikan oleh Norazman? Kajian beliau adalah berfokuskan kepada murid-murid tahun dua dalam membantu mereka menyebut huruf hija'iyyah berbaris atas (fathah), bawah (kasrah) dan hadapan (dhommah). Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah melalui soal selidik, pemerhatian dan ujian.
Yang menariknya, beliau memilih untuk menggunakan icon emoji 😮😬😗 dalam pengajarannya. Emoji tersebut juga telah diubah warna (ala traffic light gitu, hehe) untuk menampakkan perbezaannya... Lihat gambar dibawah untuk lebih jelas. Dalam gambar juga anda boleh lihat maksud sebenar bunga semun. Selain itu, beliau juga ada membuat olahan kepada buku Iqra' sedia ada kepada Iqra' yang bewarna mengikut warna icon yang digunakan...Jadi, agak mudah untuk murid-murid menguasai teknik bunga semun bila Iqra' nya pun bewarna sama seperti emoji yang digunakan tu... kan! Hehhe... Beliau juga telah membangunkan permainan interaktif bertemakan bunga semun ni... Murid-murid boleh bermain permainan tersebut sebagai aktiviti tambahan selepas sesi membaca Iqra'.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan CD berkenaan, anda boleh whatsapp terus dengan Ustaz Norazman di talian 011-23164042 atau boleh PM dia direct kat Facebook. Saya memang recommend anda untuk dapatkan CD ni terutama jika anda sememangnya guru Bahasa Arab / Guru Pendidikan Islam. Anda juga boleh gunakan CD ni untuk melatih anak-anak anda yang masih belum menguasai huruf Hija'iyyah. Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar IPG Kampus Sultan Mizan yang telah terlibat dalam pembentangan berprestij seperti ini... Keep up the good work! :)
Salah satu kandungan dalam CD... |
Berikut adalah gambar bersama teman-teman di International Conference of STEM, UPSI yang sempat dirakamkan... Hebat-hebat dorang ni... Kita tumpang ambik aura hebat dorang je ni... Hehe...
💙💚💛💜💗 |
Nota kaki: Always remember that you're not everyone's cup of tea. Baiklah... Lesson learned!
No comments:
Post a Comment