Dokumen CEFR dan Contoh RPH CEFR Sekolah Rendah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 4 November 2017

Dokumen CEFR dan Contoh RPH CEFR Sekolah Rendah


Hai semua...

Minggu lalu saya terlibat dengan Kursus Curriculum Induction CEFR yang dijalankan selama 4 hari di Kolej Kesihatan Ulu Kinta bersama lebih 100 orang guru dari seluruh daerah Kinta Utara. Ini merupakan kali pertama saya menyertai kursus yang berkaitan CEFR ni... Selama 4 hari dari pagi hingga ke petang, kami diberi pendedahan yang cukup detail tentang perjalanan CEFR yang bakal dijalankan di sekolah nanti... 

Berikut adalah catatan penting yang telah saya buat sebagai rumusan kursus sepanjang empat hari yang saya hadiri tersebut... Mungkin catatan saya ini boleh membantu anda mendapatkan serba sedikit pengetahuan tentang perjalanan CEFR ni. Perkongsian maklumat ini disampaikan oleh Puan Asnida Binti Abdullah dari SK Tanah Hitam. Beliau merupakan Jurulatih Kebangsaan untuk CEFR. Rasa agak beruntung sebab dapat maklumat direct dari master trainer... Hehe... Beliau dibantu oleh dua orang jurulatih, Puan Azrin dari SK Perempuan Methodist dan Encik Lai@Michael dari SJKC Kuala Kuang.

1) Hanya buku Super Minds Students' Book sahaja yang akan dibekalkan di sekolah untuk semua murid Tahun 1 dan 2

2) Sekolah perlu putuskan samada murid perlu beli dan guna buku Super Minds Workbook atau tidak. Ini kerana harga buku agak mahal, lebih kurang RM35-38 seunit. Walaubagaimana pun, buku tersebut boleh digunakan selama 2 tahun... (tahun 1 dan tahun 2)

3) Buku Super Minds ini mengandungi 9 unit. Unit 1-4 perlu dihabiskan semasa tahun 1 dan Unit 5-9 perlu dihabiskan semasa di tahun 2

4) Buku teks sedia ada akan menjadi non-textbook resources dan tidak wajib dihabiskan. 

5) PBS masih diteruskan seperti biasa.

6) Untuk peperiksaan, tidak perlu mengikut format UPSR, sebaiknya mengikut format peperiksaan yang menggunakan pelbagai kemahiran seperti 'matching', 'colouring', 'fill in the blanks' dsb. Satu kertas (Paper 1) sudah memadai.

7) Dalam pdpc, guru dibenarkan untuk combine skills misalnya reading dengan writing... listening dengan writing dll...

8) Untuk RPH, guru perlu menulis dua objektif; pertama adalah 'main objective' dan yang kedua adalah 'Complementary objective'.

9) Guru perlu ikut Scheme of Work (SOW) yang dibekalkan.

Anda boleh mendapatkan segala dokumen berkaitan CEFR termasuk bahan pembentangan, SOW dll di link ini...


Semasa berkursus, kami diarahkan untuk menyediakan pembentangan berkumpulan untuk Penyediaan RPH dan kesinambungan pengajaran (sequence of lesson) yang mana penyediaan rancangan mengajar yang berturutan dan saling berkait antara satu dengan yang lain.... Jadi di sini saya ingin berkongsi tiga contoh RPH yang telah saya dan rakan-rakan sekumpulan siapkan pada hari tersebut. Kami menyediakan RPH berfokus kepada language art, listening dan reading. Ketiga-tiga rancangan mengajar ini berkesinambungan dan saling berkaitan (sequence of lesson). Kami pilih topik Pet Show (Rujuk Buku Super Minds)


RPH:- English Year 1
Topic:- Pet Show
Skill : Language Arts
Skill : Listening
Skill : Reading


Sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini... Sekiranya anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, saya mohon jasa baik anda untuk menyebar luas link blog ini kepada rakan-rakan anda yang mungkin sedang mencari-cari maklumat tentang CEFR ni... Maklumlah, benda baru kan... mesti ramai yang masih kabur-kabur lagi.... Huhu... Selain itu, jangan lupa doakan kesejahteraan dan kesihatan saya dan juga ahli kumpulan saya ya... Heheheee.... Terima kasih! 😇

Nota kaki: Lebih baik berterus terang walaupun menyakitkan daripada menipu dan membuatkan orang tersenyum... I hate liars! KBai... 

19 comments:

  1. Thank you cikgu..Perkongsian yg byk membantu esp. saya..Thanks Ya..

    ReplyDelete
  2. cikgu, boleh kongsikan tapak rph terbaru yang menepati standard CEFR tak?terima kasih di atas perkongsian ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, ini juga salah satu yang saya cari-cari. atau tapak RPH CEFR ini bergantung pada pihak sekolah/panitia?

      anyway, thanks for sharing, cikgu Raihan!

      Delete
  3. Thanks for sharing teacher Raihan...May Allah bless you always...

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing..semoga Allah memberi kesihatan pd cikgu dan rakan2.'

    ReplyDelete
  5. Million thanks for sharing..

    ReplyDelete
  6. ThANK YOU SO MUCH FOR SHARING

    ReplyDelete
  7. Sow yg latest belum ade lg kan cikgu?

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..Thank youuu.. May Allah SWT bless & ease youuu

    ReplyDelete
  9. TAHNIAH dan TERBAIK kerana mempunyai jiwa pendidik yang jati...TERIMA KASIH di atas perkongsian yang sangat membantu...semoga sentiasa terus maju dalam usaha mendidik anak2 bangsa.

    ReplyDelete
  10. thanks teacher. perkongsian yang sangat bermanfaat...

    ReplyDelete