Hai semua! Dah dapat jadual? Dah dapat buku pengurusan & takwim sekolah? Rasanya semua guru dah terima tugas masing-masing kannn... Hehe... Tahniah ya! Semoga anda semua dapat menggalas tanggungjawab dengan baik tahun 2018 ni... Make sure tahun 2018 lebih baik dari 2017!
Ingat! Tak semua orang layak menjadi pendidik dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang dipilih olehNya untuk menjadi guru. Jalankan tanggungjawab dengan baik, semoga Allah memberikan setinggi-tinggi pahala untuk kita semua... Ameen.
Saya ingin berkongsi pengalaman dan pendapat kepada guru-guru yang terpilih untuk memegang kelas pada tahun 2018 nanti... Ada yang PM saya menyatakan perasaan risau apabila terpaksa menggalas tugas sebagai guru kelas untuk kali pertama. Pesan saya, chill sahaja! Awak hadap je la.. Haha... Takde apa yang nak dirunsingkan, insyaAllah... Saya doakan yang baik-baik sahaja.
Semoga Allah permudahkan urusan kalian menggalas tanggungjawab sebagai guru kelas. Guru kelas ni umpama Mak/Ayah murid-murid wooo... Mesti ada sesuatu talent anda yang pentadbir nampak, sesuai untuk jadi guru kelas! Hehe...
Okay, berikut adalah sedikit tips dari saya... Sudilah kiranya untuk membaca ya...
Pertama, just make sure kelas korang tu bersih... Kalau rajin dan ada modal, cat lah dinding... tukar mood katanya... :) Kalau tak, guna apa yang ada saja, touch up sikit kasi cun... sudah!
Kedua, yang ini penting! Korang make sure kerusi meja cukup dan selamat untuk digunakan. Jangan pulak kerusi patah kau biarkan dalam kelas... Nanti tak memasal pulak budak jatuh terlentang! Haha.
Okay, ketiga ni... cara saya... Saya suka pakai fail untuk kumpul segala borang-borang yang dikutip dari murid. Macam-macam borang jadi korang boleh guna separator untuk pecahkan borang-borang tu mengikut tajuk. Selain itu, saya juga gunakan fail poket untuk saya kumpul segala surat ketidakhadiran murid ke MC ke...
Yang keempat, sediakan senarai nama murid untuk diedarkan kepada guru-guru lain yang mengajar kelas korang... Kalau malas nak taip, sila dapatkan dari APDM atau SAPS ya...
Kelima, yang ni pun penting... Kan dah cakap tadi, korang ni umpama mak/ayah kepada murid-murid tu. Jadi sangatlah perlu untuk korang dapatkan nombor telefon terkini mereka. Bukan apa, senang kalau ada apa-apa berlaku, korang boleh call je mak ayah mereka ni... Nak wujudkan Whatsapp Group pun bagus... Ni saya share kan tips untuk Whatsapp Group Kelas...
Keenam, sediakan carta yang relaven untuk tempek kat kelas korang... Kalau nak carta, memang ada banyak dalam blog saya ni, print, laminate, tampal! siap!!! Simple dan relaven untuk kelas, lebih kemas, cantik, mudah, sedap mata memandang! Fokus kita pada PdPC...
Download : Carta Bertemakan Rockstar Comel
Ketujuh, tampal bahan-bahan yang bersesuaian dengan subjek di papan kenyataan. Kalau rajin, korang laminate bahan-bahan tu supaya lebih tahan lama selain nampak kemas dan cantik. They can be taken from magazines ke, suratkhabar ke, buku ke print ke... tak kisah janji bahan tu sesuai untuk budak-budak kelas tu...
Kelapan, yang ni korang mula lah buat seawal mungkin ye... Make sure kutip semua borang maklumat murid terlebih dahulu, kemudian key in dalam APDM... Ingat! Kalau korang tak key in, kerja ni akan dibawa hingga ke tahun 6... Memang kesian lah kat cikgu-cikgu tahun 6 kena update semua data masa mereka nak sediakan sijil berhenti sekolah nanti... Fuh! Jangan selfish hokehh! Siapkan part korang tau... :)
Kesembilan, boleh tentukan ketua kelas, penolong ketua dan lain-lain jawatan yang difikirkan perlu. Pilihlah murid yang boleh diharap... Mereka ni sepatutnya membantu guru kelas, jangan sampai kau pulak yang pening nak handle diaorang ni... Haha...
Last but not least, sila lah sediakan peraturan kelas... Hari pertama dah boleh baca kuat-kuat dalam kelas supaya murid korang faham... Nyatakan dengan tegas!
Diharap dengan adanya sedikit perkongsian ini dapat memudahkan sedikit tugas guru kelas terutamanya bagi yang baru nak menggalas tanggung jawab ni buat kali pertama. Ukenduit! Hehehee... Good luck, hokehh...
UPDATE 13/3/2022
Sila patuhi SOP terkini sebagai langkah untuk melindungi diri & murid-murid dari Covid19.
Nota kaki: Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. #trustAllah
Thank you so much for your reminder. For a new teacher like me, it is truly a blessing to have good advice from experienced teacher like you. May all your good deeds will be rewarded.
ReplyDeleteYou’re welcome! All the best! 😊
DeleteThanks for your reminder. It's helpful.😊😊
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian bijak anda
ReplyDeleteThis is a very positive post from a positive experienced teacher! Terima kasih cikgu. Saya guru baharu, dan tahun ni tahun pertama saya jadi guru kelas. Saya akan ambil nasihat cikgu.
ReplyDeleteGood sharing dan info. Sesuai untuk semua level kelas.
ReplyDeleteBagus ni
ReplyDeleteBagus ni
ReplyDeleteTerima kasih panduan dannperkongsian ilmu dan bahan.Hanya Allah dapat membalas jasa baik tuan sekeluarga.
ReplyDeletethank you so much dear , may Allah bless you
ReplyDelete