PdPC Jawi : Mengajar dan Belajar Jawi dengan Mudah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 23 December 2017

PdPC Jawi : Mengajar dan Belajar Jawi dengan Mudah


Assalamualaikum semua. Hai!

Cuti berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum kita semua para pendidik kembali ke sekolah untuk bermesyuarat, membuat persediaan dari segi mental, fisikal dan lain-lain perkara untuk menyambut ketibaan tahun 2018. Saya mengharapkan tahun 2018 akan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya... InsyaAllah...

Sejujurnya saya sedang bercuti sekarang ni... Tapi, saya bersyukur saya masih diberikan masa, kekuatan dan kesempatan untuk ber blog pagi ini... Syok gak ber blogging dalam hotel. Hahahaaaa... Syukur... Alhamdulillah!

Baik, hari ini saya ingin berkongsi tentang beberapa perkara tentang jawi. Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut, suka saya mengingatkan bahawa saya bukanlah seorang yang hebat dengan jawi. Sekadar tahu membaca jawi sahaja, tak lebih dari itu. Jadi, saya mohon, sekiranya terdapat kesilapan tentang perkongsian saya hari ini, sila maklumkan kepada saya ya supaya saya boleh perbetulkan segera. 


Anda boleh menggunakan aplikasi ini di dalam PdPC. Maksud saya bukan anda yang guna tetapi murid-murid anda... Beri mereka perkataan/ayat rumi dan minta mereka convert (tukarkan) ke dalam bentuk jawi... Aktiviti ini dapat melatih murid-murid untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan jawi. Setakat ini saya memang sangat berpuas hati dengan aplikasi ini. Sangat mudah digunakan! Terima kasih kepada pengasasnya, saudara Nik Muhammad.

11/2/2019 - Saya baru menerima maklumat dari rakan FB Amri Othman yang jawi converter ni ada kesilapan dari segi ejaan. Ejaan kurang tepat mengikut DBP katanyaa... Huhu... So, kena double check spelling ye.


Anda boleh mendapatkan pelbagai font jawi di sini... Ia dikongsikan oleh saudara Mohd Zamri Murah. Sebelum download font, anda dibenarkan untuk preview tulisan jawi tu terlebih dahulu.


Download keyboard jawi di sini. Anda boleh membeli sticker untuk keyboard bagi memudahkan anda menggunakan keyboard jawi ini. Jangan bimbang, saudara Mohd Zamri Murah telah pun menyediakan gambar bagi memudahkan anda menampal sticker jawi di atas keyboard sedia ada anda.  


Bunga Jawi ini dikongsikan kepada saya oleh saudara AzizAli AzizMostafa

Cara bermain Bunga Jawi adalah seperti dibawah:-

Pernah lihat Teka Silang kata Jawi?
Mulakan dari ruangan yang hampir dengan nombor sambil menulis ke arah tengah bunga, setiap nombor merupakan permulaan kepada dua patah perkataan:
Satu mengikut arah jam dan yang satu lagi arah lawan jam.
Isi setiap kelopak dengan huruf-huruf hingga seluruh bunga dipenuhi.
________ Peraturan + Petunjuk _________

Perkataan mengikut arah jam dan lawan arah jam yang akan membina sekuntum bunga adalah:-
1. Perkataan yang berlainan tetapi sering digunakan.
2. Kesemuanya sama panjang.
3. Dikawal oleh sesuatu petunjuk untuk membentuk bulatan yang mempunyai huruf yang sama.

_________ Matlamatnya _________

1. Membina lebih banyak perbendaharaan kata yang penting dengan usaha dan masa yang sedikit.
2. Membina sistem ejaan yang betul dengan bantuan rangakaian huruf yang berfungsi mengesan kesalahan dan membetulkan ejaannya.
3. Menekankan perbezaan antara perkataan yang hamper sama bunyinya.
4. Menambah kefasihan lidah dengan bantuan petunjuk.
5. Meningkatkan kecekapan daya ingatan dan kepandaian melalui penggunaan gambar-gambar.
6. Menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam perhubungan.
7. Memberi kesoronokan kepada semua di dalam dan di luar kelas.
_________
Selamat Mencuba (copy paste dari group telegram Fon Jawi.)
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang Bunga Jawi, anda boleh join group telegram Fon Jawi.








Yang ini lebih advanced di mana anda boleh mencipta sendiri font jawi atau apa-apa font rumi yang lain. So, kalau anda memang kreatif dan nak uji kemampuan anda menghasilkan font sendiri, bolehlah cuba bina font sendiri di sini ya...


  • Marker Pen khas untuk tulisan jawi



Saya tertarik dengan perkongsian Ustaz Abdul Wahab baru-baru ini dimana beliau telah mengubah suai pen marker mata rata saiz 10mm kepada 11mm... Pen ini popular dikalangan ustaz/ustazah dimana ianya amat sesuai untuk pengajaran yang melibatkan tulisan jawi/khat. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pen yang telah diubah suai (diraut menjadi mata bersaiz 11mm) tersebut, bolehlah whatsapp beliau di link berikut : http://wasap.my/60193936269 Pen ini terdapat dalam 3 warna asas - biru, hitam dan merah dengan harga RM15/sebatang. Boleh di refill seperti biasa. Mengapa saya katakan pen yang diubah suai ini bagus? Kerana matanya lebih condong dan tulisan akan jadi lebih cantik dan mudah digunakan untuk menulis.
Yang ni contoh game yang saya pernah buat semasa relief kelas jawi. Budak main dalam kumpulan masing-masing...  Selain tu, saya pernah nampak seorang rakan FB saya kongsikan murid beliau buat aktiviti jawi menggunakan garam... Garam/pasir diletakkan dalam bekas leper, kemudian murid menulis huruf jawi menggunakan jari... Bagus idea ni. Sesuai untuk murid tahun 1,2... 


Sekian sahaja perkongsian saya pagi ini... Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda mengajar jawi disamping dapat meningkatkan kefahaman murid-murid dalam pelajaran jawi. Bye, gaise! 😊


Nota kaki : Rumput tak pernah mengeluh meski terinjak. Ia kuatkan diri untuk terus tumbuh. Lagi dan lagi.

3 comments: