Resepi Carbonara Paling Simple dan Mudah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 13 December 2017

Resepi Carbonara Paling Simple dan Mudah


Hai semua!

Saya nak share resepi Carbonara versi saya sendiri, yang penting senang dan sedap... Hahah... Oh ye, tanpa MSG ye! Okay, semalam tekak rasa nak makan carbonara, jadi apa lagi, tun tang tun tang... siappp!

Bahan-bahan (2-3 orang makan)

6 batang Crab Stick dipotong tiga (ni nak gantikan dengan lobster ball pun boleh... sedap wei)
6 kuntum Cendawan Shitake kering direndam dan dipotong kecil (nak letak mushroom dalam tin tu pun boleh jer... )
6 ulas bawang putih di dadu halus
secawan susu full cream / susu cair (kalau guna susu cair, agak kurang lemak ye...) kalau korang suka susu banyak, tambah je... ikut selera masing-masing ye...
sekeping Cheesedale
secawan air
2 sudu minyak untuk menumis
garam
gula (sikit jerrrr!)
oregano (sesudu kecil - saiz macam sudu kentang kfc tu haa... )
1 1/2 sudu tepung jagung dilarutkan dengan sedikit air (yang ni untuk memekatkan kuah korang...) 😋
Of coz, spegetti mestilah ada ya...

Cara-caranya

1. Rebus spegetti dan toskan
2. Tumiskan bawang putih yang dah di dadu halus
3. Masukkan oregano, air dan susu
4. Setelah mendidih, masukkan cendawan, kemudian crabstick...
5. tambah garam, gula, cheese
6. masukkan larutan tepung jagung (yang ni agak-agak, masukkan sikit-sikit, jangan sampai kuah korang terlalu pekat pulak...), tunggu hingga mendidih.

okay dah siap, sedia untuk dihidangkan! Senang kan... heheheee...

No comments:

Post a Comment