Assalamualaikum.
Bismillahirahmanirahim... Cuak gak nak tulis post macam ni. Haha... Yelah, selalu orang nampak saya jenis yang 'huha-huha' tetiba tulis post macam ni, macam tak kena je kan... Huhu. Sebetulnya saya menulis ni untuk diri sendiri, peringatan dan panduan untuk diri yang selalu terlupa ni... Huhu... But since saya takde tempat lain nak catat, terpaksalah saya catatkan di blog ini juga... Post tarbiah diri sendiri giteww... Huhu
Alhamdulillah sebenarnya saya ni banyak dipertemukan dengan orang yang baik-baik. Saya je yang tak baik-baik lagi. Haha... Syukur jugalah ada barisan sahabat yang macam ni. Bukan senang wei, orang-orang ilmuwan, yang tulus hatinya nak kawan dengan orang macam saya yang banyak khilaf dan senang cerita, banyak dosa. Huhu... Antara yang saya kagumi adalah sikap mereka ni tak pernah memandang rendah kepada orang lain. Humble, selalu tolong orang, kurang bercakap dan selalu ingat mengingatkan... Yelah, manusia kan selalu lupa. Nak nak orang macam saya ni... Hehe... Sangat terharu bila ada sahabat yang kirim mesej yang baik-baik mengingatkan saya tentang itu dan ini, nasihatkan saya, ada yang tolong doakan, ada yang sudi tolong buatkan solat hajat tat kala saya rasa down... Alhamdulillah Allah izinkan saya menerima bantuan SOS dari mereka-mereka ini... Hahhaha... Sumpah terharu! Kau ingat senang nak bangun tengah malam semata-mata nak buat solat hajat untuk kawan! Kalau saya, entah mampu entah tidak. Terima kasih, sahabat-sahabat semua! Satu lagi most of them yang mana yang terlibat dengan menghafaz Al-Quran ni, seolah-olah takde perasaan. Plain sangat... Serius, saya nak jadi macam tu. Hehe... Sangat wasatiah dalam segala urusan di dunia. Memang layak la jadi penghafaz Quran. Hati mereka hanya pada Al-Quran. Hebat betul.
Salah seorang contoh yang boleh saya beri adalah murid saya sendiri. Memang dia ni datang dari keluarga yang mostly adik beradiknya memang menghafal Al-Quran. Tabik spring kat mak ayah dia. Semua anak-anak hafiz / hafizah belaka. Budak perempuan ni ramai adik beradik, tapi dia ni special sikit. Lain dari adik dan kakaknya. Sungguh saya kagumi murid ini. Kena marah pun dia diam, kena puji pun diam gak, dapat hadiah pun, hanya ucap terima kasih kemudian diam. Macam takde perasaan wei... But I adore her so much. Kadang-kadang saya sampai naik confuse, budak ni happy ke tidak... Hahaha... Rupanya, dia seorang penghafaz Quran. Rajinnya dia menghafaz sampaikan dalam kelas Bahasa Inggeris saya pun dia dok baca sorang-sorang. Mula-mula dulu memang pelik, masa tu dia darjah satu, sekarang dah darjah lima dah... Masa tahun 1 lagi, mulut dia tak henti-henti terkumat-kamit membaca. Saya pelik sebab dia ni tak pandai membaca Bahasa Inggeris lagi masa tu. Apa yang dibaca? Sampailah satu hari, barulah saya terdengar rupanya dia mengaji. Allahu. Bila ditanya, katanya dia sedang menghafal. Terharu. Terus terdiam. Ambik kau... Malu kat diri sendiri. Hebatnya dia nak bandingkan dengan diri saya. Inspirasi ni!
Tentang surah yassin ni, saya memang dah fall in love dengan surah ni lama juga dah. Saya ni tak la pandai sangat nak mengaji tapi surah yassin ni saya rasa paling mudah untuk diamalkan sebab potongan ayatnya yang pendek-pendek dan ada 83 ayat je... Nak menjadikan rutin membaca yassin setiap hari memang suatu perkara yang bukanlah mudah. Ia memerlukan tahap disiplin dan keyakinan yang tinggi bahawasanya anda mampu melakukannya. Selain itu, tolong ingat yang segalanya adalah ditentukan oleh Allah. Ingat tu. Kalau Allah izinkan, sesiapa sahaja walau bukan dikalangan alim ulama sekali pun, mampu melakukannya. Jadi sentiasalah berdoa agar diizinkan olehNya untuk buat benda-benda baik macam ni.
Kalau ada rezeki lebih sedikit, anda mungkin dapat membaca tanpa perlu melihat buku lagi. Caranya bagaimana? Baca yassin setiap hari! Kalau rajin bacalah 2-3 kali, takde masalah... Macam dengar/nyanyi lagu Ed Sheeran... Eh! Lagu-lagu yang korang suka la... Haa... gitulah! Hahaha... Pilih bacaan yang korang suka dan senang untuk korang ikut... Jangan tukar-tukar versi bacaan sebab nanti korang confuse dengan kelajuan, tempat berhenti bacaan dll. Lain reciter lain bacaannya. Saya nak hurai lebih-lebih, saya pun tak pandai. Pilih satu versi bacaan je hokay! Faham kan? Huhu... Pada saya untuk membaca yassin takde restriction masa, baca je bebila free. Jangan tunggu Khamis malam Jumaat baru nak buka Yassin... Baca sampai kau rasa rindu kalau tak baca... Haa giteww! Hehe... Saya suka dengar dan ikut bacaan yassin versi yang kat bawah ni... 13 minit, settle! hehe...
Next, luruskan niat. Baca yassin hanya untuk mendapat manfaat dan kebaikkan tak kira untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain. Jangan sesekali niatkan yang buruk ya... Kalau ada tak puas hati dengan sesiapa pun, niatkan supaya orang tu diberikan petunjuk dan hidayah sahaja... Yakin bahawa doa orang-orang yang terinaya itu tiada hijab wehh... Pujuk hati. Bab pujuk hati ni memang easier said than done. Terutama untuk orang yang emo macam saya. Haha... Ambil masa. Tapi insyaAllah, lama-lama okay... Doa je.
Kalau rajin, kirimkan (sedekah) bacaan kepada orang lain tak kiralah yang masih hidup atau pun yang dah meninggal dunia. Sangat afdhal jika anda mampu sedekahkan bacaan kepada kedua ibubapa anda setiap hari. Doakan saya dapat buat macam ni gak untuk mama dan abah saya. Bacaan ayat-ayat Quran ni sebenarnya untuk 'mengisi' diri. Ia umpama makanan kepada roh kita. Faham tak ni? Huhuhuu... tengok hakak sembang macam hebat saja eh! Haha... Jangan salah faham, saya tak hebat. Ni semua ilmu yang saya dapat dari ilmuwan-ilmuwan yang saya kenal, saya hanya kongsikan sahaja ya. Ramai yang salah anggap, sedekahkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk yang sudah tiada, anda silap... Bacaan tu boleh je nak bagi kat orang yang masih hidup pun. Kalau rajin, buatlah. Sedekah bacaan Al-Fatihah kat orang-orang yang anda sayang setiap hari. Banyak manfaatnya... Serius! Try la... Nak baca kat orang yang korang benci pun boleh jer... Doakan kot mau dia berubah. Huhu...
Kalau ada keinginan apa-apa, tak banyak, sikit, cepat atau lambat, pasti dipenuhi, insyaAllah. Selagi anda yakin dengan Allah, pasti... Dia akan beri apa yang anda perlukan. Yang penting usaha dan sentiasa beristiqamah. Kalau nak lagi mantap, boleh cuba yassin 7 mubin. Kaedahnya bagaimana? Boleh rujuk di blog ini... Yassin 7 Mubin
Untuk yang berhajat, boleh gak try Yassin 41 dan Al-Fatihah 41 Macam best je... Huhu... Tapenah try lagi ni... Huhu... Tapi sebagai manusia kita kena sentiasa ingat, yang ni pun saya selalu lupa, kena ingatkan diri banyak-banyak kali yang "Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah : 216. Moga-moga apa-apa yang saya sukai itu bukanlah sesuatu yang buruk untuk saya... Ameen... Biasa la kan, the heart wants what it wants! Gitu.. Huks. Terus berusaha & tawakal dengan ketentuanNya. Redha saja. Bila rasa nak give up, akan ada yang ingatkan saya, mesti bersangka baik dengan Allah... Nak redha memang sangat sangat sangat susah. Cakap memang mudah. Tapi percayalah, bila tiba masanya, memang boleh redha. InsyaAllah... Ukenduit! Hihi...
Okay next! Ni antara potongan ayat-ayat dalam surah yassin yang boleh dijadikan amalan...
Ayat 9 :
Untuk menghindari dari orang-orang yang berniat jahat terhadap kita. Kalau dilihat pada terjemahan ayat memang direct dan mudah difaham maksud ayat ni. Untuk pagar rumah pun bagus. Ramai ustaz yang syorkan ayat ni untuk pagar rumah.
Untuk menghindari dari orang-orang yang berniat jahat terhadap kita. Kalau dilihat pada terjemahan ayat memang direct dan mudah difaham maksud ayat ni. Untuk pagar rumah pun bagus. Ramai ustaz yang syorkan ayat ni untuk pagar rumah.
Ayat 22 – 23 :
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 :
Haa yang ni hakak suka! Hehe... Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut orang.
Haa yang ni hakak suka! Hehe... Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut orang.
Ayat 30 :
Untuk keinsafan. Sentiasa percaya kepada kebenaran (Kalau ikut terjemahan ayat, ini yang saya faham lah... )
Untuk keinsafan. Sentiasa percaya kepada kebenaran (Kalau ikut terjemahan ayat, ini yang saya faham lah... )
Ayat 32 :
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Ayat 33 – 35 :
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Apa pun kena ingat ye, semuanya dengan izin Allah...
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Apa pun kena ingat ye, semuanya dengan izin Allah...
Ayat 36 :
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 :
Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 40 :
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu. Allah telah menciptakan suatu ketetapan peraturan sehingga berjalan dengan tertib. Contohnya kejadian siang/malam.
Ayat 41 :
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal – Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal – Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 :
Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 58:Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Dibaca sebanyak 7 kali untuk mereka yang berhajat. Selepas baca, silalah berdoa ye... :)
Ayat 76 :
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Haa.. yang ni sesuailah untuk hakak yang sedang berdukala ni... Hahhah...
Ayat 79:Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Haa.. yang ni sesuailah untuk hakak yang sedang berdukala ni... Hahhah...
Untuk merawat sakit tulang, urat dan badan.
Ayat 82 :
Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat
Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat
Okay, ni semua hasil carian saya menerusi google / blog lain... Saya tak quote sumber sebab semua almost the same. Tak tau yang mana satu sumber asal. Sebagai orang Islam, tak salah rasanya kalau kita berusaha dan yakin dengan kelebihan ayat-ayat suci Al-Quran untuk dijadikan amalan dalam kehidupan sehari-hari. Walau bagaimana pun, kena ingat, segala amalan yang dilakukan adalah sebagai ikhtiar, usaha... Bukan amalan yang menentukan doa kita termakbul atau tidak. Kita hanya boleh berusaha meminta dan terus berdoa, Allah yang menentukan segalanya. Semoga doa-doa kita diangkat dan diperkenankan olehNya, Ameen... š
Andai kata ada kesilapan maklumat, mohon maklum kepada saya ya... Terima kasih.
Andai kata ada kesilapan maklumat, mohon maklum kepada saya ya... Terima kasih.
Nota kaki: May Allah answer my secret prayers. Ameen...
maaf kak, post ni dh lama tp sy yakin ramai lg yg masih membacanya. sy rsa kita semua perlu kaji balik sumber atau dalil2 yg menjanjikan fadilat yasin ini, termasuk brpa kali membacanya dsb. hasil google dlm masa yg singkat saja sy temui q&a mufti wilayah persekutuan yg menyatakan kebanyakan hadith berkaitan yasin adalah daif atau palsu: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1150-irsyad-al-hadith-siri-ke-58-kelebihan-membaca-dan-surah
ReplyDeletetp sudah pasti ini bukan bermaksud kita tidak perlu membaca yasin. maaf jika terkasar bahasa ya.