Hai semua!
Selamat bercuti uollsss... Hehe... Saya nak panjangkan ilmu yang disampaikan oleh sahabat saya, Ustaz Huszarudin, kepada korang semua. Kalau ikutkan dari minggu lepas lagi dia dah kongsikan dengan saya, tapi biasalah, Raihan agak busy sikit sejak dua menjak ni... Hahahah...
Okay, perkongsian beliau kali ni adalah tentang bagaimana korang sebenarnya boleh masukkan post dan video yang ada dalam Facebook ke dalam site Frog VLE korang... Yelah, zaman sekarang ni, penggunaan Facebook ni macam pusat segala macam sumber kan... Video bersepah yang best-best. Dan satu lagi most school sekarang ni memang ada Facebook page sendiri. Jadi mungkin ada banyak video-video aktiviti sekolah yang di upload di page tu... Jadi, bagi memudahkan korang nak masukkan video-video tu dalam site, bolehlah ikuti kaedah yang dikongsikan oleh Ustaz ni ye...
Suka saya mengingatkan bahawa korang jangan pulak terkejut bila bukak site korang tu di sekolah, bahan dari facebook tu tak appear... Kan ke internet di sekolah disekat untuk guna fesbuk... Haaa... So, faham-faham je la ye... Kalau nak tengok video dan post tu semua, kena guna line internet sendiri laa hokayy! Gunalah hotspot dari phone uollss ye... Tapi untuk parents, rasanya takde masalah sebab memang parents tak guna internet sekolah... Melainkan kalau parents tu cikgu cikgi gak laa... Hehehee...
Download Nota : Cara Masukkan Post & Video Facebook Dalam Site Frog VLE
Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat. Jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain juga! Good nite, people!~ 💙
Nota kaki: Sometimes you need to burn bridges to stop yourself from crossing them again!
Terima kasih kerana berkongsi.
ReplyDeleteTqvm..dear
ReplyDelete