Panduan Penggunaan Frogplay - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 14 April 2018

Panduan Penggunaan Frogplay


Hai semua! Cuti-cuti ni korang buat apa? Saya baru je habis buat kelas intensif untuk murid-murid saya pagi tadi. Kebetulan sekarang ni saya melatih pasukan Scrabble, jadi saya ambil kesempatan untuk buat kelas intensif sekaligus... Kiranya 2 dalam 1 laa ni... Dah tiga Sabtu berturut-turut setakat ni. Harap-harapnya ada hasil yang baik nanti. Walaupun agak penat, ku gagahkan jua. Sebab bulan ni kebetulan saya banyak terlibat dengan program yang menyebabkan saya terpaksa berada di luar sekolah. Kalau tidak saya tak la rajin sangat nak buat kelas pada hari Sabtu. Banyak komitmen katanyaaa... Hukk... Hukss... 😅

Baiklah... Perkongsian kali ini adalah tentang cara bagaimana Frogplay dapat digunakan secara maksimum di dalam bilik darjah. Sekali lagi perkongsian kali ini dikongsikan oleh Ustaz Huszarudin Hussin dari SK Lok Heng Selatan. Saya memang salute kat dia ni, sangat komited dan rajin membuat perkongsian terutama berkaitan FrogVLE. Cuba korang tengok tutorial yang dibuat sangat teliti dan tersusun satu per satu. Jadi, memang mudah untuk guru-guru yang baru nak mengorak langkah menggunakan FrogVLE, Frogplay ni salah satu elemen yang mudah untuk cikgu gunakan. Tak perlu nak pening kepala buat soalan, dengan menggunakan Frogplay, soalan sudh tersedia. Kongsikan saja dengan murid-murid ya!























Sekiranya anda memerlukan nota versi cetak, boleh klik di pautan di bawah... Nota dalam bentuk pdf tersedia untuk di muat turun...


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua... Terima kasih, Ustaz Huszarudin! 😇
Bagi yang berminat nak explore lebih lanjut bagaimana anda boleh menggunakan elemen gamifikasi dalam FrogVLE selain Frogplay, boleh baca post saya yang terdahulu - Modul Gamifikasi dalam PdPC via Frog VLE

Nota kaki: Selagi kau percayakan Tuhan, kau tak perlu takut dengan yang bernama ujian! - The Bingkisan Hati 

No comments:

Post a Comment