7 Langkah Mudah Untuk Menghasilkan Font Sendiri - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 24 June 2018

7 Langkah Mudah Untuk Menghasilkan Font Sendiri


Assalamualaikum semua!

Saya tertarik dengan perkongsian Cikgu Saffuan tentang cara untuk menghasilkan font tulisan tangan sendiri. Terima kasih, cikgu atas perkongsian yang dibuat. Yela, teringin jugak nak abadikan kenangan, handwriting kita dalam komputer. Yang bestnya, bukan kita je boleh guna font yang dibuat tu, malah pengguna lain pun boleh download sama. Satu lagi, mana la tau kot-kot laku, ada pulak orang sudi nak donate untuk font yang kita hasilkan tu ke kannn... Dapatlah kumpul barang seposen dua... Gituuu... Hehe... Tak semestinya handwriting saja, tapi kalau korang berbakat, pandai buat tulisan yang kreatif macam tulisan block ke tulisan berangkai ke, tulisan yang berbunga-bunga, yang unik, boleh je jadikan tulisan tu sebagai font komputer. 

Jangan bimbang jika tidak memiliki tablet atau laptop touchscreen kerana korang boleh lakukan aktiviti penghasilan font ni di atas kertas! No worries! Bila sebut tentang kertas dan pen, anda bukan sahaja boleh hasilkan font anda sendiri malah anda boleh juga kembangkan bakat anak murid, orang tua anda atau pun anak-anak anda... Minta mereka tulis atas template yang disediakan. Fuh! Bangga weiii bila tulisan ada dalam komputer! Bayangkan font kita berada sebaris dengan font fofular lain macam Times New Roman, Arial, Comic Sans... Perghhh... Dia punya perasaan... Mak uiihh... Hahahahhaa... Nak buat terus guna tab pun boleh, tapi make sure ada stylus la... Baru ler cun sikit kan. Hehe...

Okay, kaedahnya macam ni...

Satu
Mula-mula anda pegi ke laman ini untuk register akaun... 

Lepas daftar, email pengesahan akan dihantar ke email yang anda guna untuk pendaftaran tadi. Check email anda & klik link yang diberi untuk buat pengesahan...



Dua
Klik pada CREATE A TEMPLATE 
Klik DOWNLOAD TEMPLATE

**Untuk download template, anda boleh buat pilihan samada nak dalam format PDF atau PNG 
**Tandakan kotak DRAW HELPLINES jika anda perlukan garisan sebagai panduan masa nak menulis tu nanti... Tandakan CHARACTERS AS BACKGROUND jika anda perlukan huruf latar... So korang boleh trace je atas latar tu. Tapi yang ni tak sesuai untuk anda yang nak cipta font fancy sebab idea kreatif untuk hasilkan font akan terbatas bila dah diberi guideline macam tu... kan... Better guna kotak kosong je... Kalau nak kotak kosong, kosongkan (uncheck) je kedua-dua kotak tu ok. Hehe...


Tiga
Print template yang didownload tu... Pastu boleh la mula menulis. Boleh guna pelbagai jenis pen... Pen Sharpie ke, pen marker ke, pen artline ke, ikut suka korang laa... nak font yang bagaimana ya... Hehe... 
Kalau nak tulis guna tablet, saya cadangkan anda untuk download template PNG. PNG ni kiranya format imej laa... So, bukak mana-mana aplikasi yang boleh korang coteng-conteng terus atas template tu. Saya guna apps SNote. 


Empat
Bila dah siap tulis, scan kertas tu dan simpan (Save) file dalam komputer.
Bagi yang guna tablet, save terus image (template yang dah siap ditulis) dalam tablet. Pastu, transfer kan image tersebut masuk ke dalam laptop. Terpulang samada nak transfer via email ke atau paling mudah guna telegram je... send je kat diri sendiri, buka telegram kat desktop, wallaaaa! Dah ada file yang dikehendaki tu... Hehe... 

Lima
Pergi ke menu MY FONT kemudian klik UPLOAD TEMPLATE
Pilih file yang dah disimpan tadi tu, dan upload kan kat situ... File dalam format JPEG pun boleh tau!
Kemudian, klik ADD CHARACTERS TO YOUR FONT, tunggu untuk diproses... 



Enam
Pergi ke menu BUILD FONT
Masukkan nama tulisan 
Klik BUILD



Tujuh
Last skali, boleh la download font tersebut dalam komputer, bila dah siap download, buka file tersebut, klik INSTALL. Buka aplikasi Word ke Power Point ke, tengok kat FONT, ada tak font yang anda install tu. Hehe...

**Anda juga boleh gunakan fungsi SHARE untuk kongsikan font yang dah dihasilkan di media sosial. 



Yayyy! Font dah siap dan sedia untuk digunakan... Oh ya, kalau anda nak cari pendapatan dengan bina font pun boleh tau, masukkan font anda ke www.dafont.com kemudian set kan kat licence - DONATIONWARE gitewww... Yela, mana la tau ada company yang nak guna font yang anda hasilkan tu, kot dia nak donate beribu riban... Pakcik Kayo!!! Dah kaya nanti jangan lupa kat saya pulak! Hahahaha.... 




Rujukan  saya: http://muhammadsaffuan.weebly.com/jurnal/cara-buat-font-tulisan-tangan-sendiri

Kalau ada yang berminat nak menggunakan font tulisan tangan saya, sila klik link dibawah...


Akhir kata, saya ambil kesempatan dalam bulan Raya ni untuk memohon seribu kemaafan kepada semua sahabat rakan dan taulan, followers serta readers Raihan Jalaludin's Blog. Andai kata ada tersilap kata, terlanjur bicara atau mungkin tulisan saya mengguris perasaan anda, saya mohon maaf... Yang buruk itu datangnya dari saya dan yang baik itu dari Allah SWT. Salam kosong-kosong! Cheers!~

Nota kaki: The greatest test of courage on earth is to bear defeat without losing heart. 💗

1 comment: