Bengkel Hour of Code SK Rapat Jaya - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 29 July 2018

Bengkel Hour of Code SK Rapat Jaya


Assalamualaikum...

Semalam sempat saya berbengkel dengan murid-murid tahun 2, 3 dan 5 untuk memenuhi Kempen Hour of Code ni di sekolah kami. Pengalaman baru untuk murid-murid saya dalam mempelajari coding dan pengalaman baru juga buat saya untuk handle bengkel seperti ini bersama murid-murid. 

Untuk memudahkan saya mengendalikan murid-murid, saya daftarkan diri sebagai guru di https://studio.code.org/users/sign_in supaya saya boleh wujudkan kelas (Section) dan masukkan murid-murid berkenaan dalam kelas saya. Dengan cara ini, saya dapat melihat progress murid-murid saya, berapa games mereka dah buat dan saya boleh kenalpasti samada mereka sudah betul-betul selesai satu-satu game tu... Selain itu, cara ini memudahkan saya mengurus ID dan katalaluan murid kerana ia akan tersimpan dalam dashboard saya. Murid-murid juga akan diberikan link khas yang memudahkan mereka untuk membuat aktiviti login dsb. 





Setelah selesai bercoding yang mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk Minecraft, sijil dapat di print dan di serahkan kepada murid-murid. Oh ya, kami buat bersama-sama, sebab tu kami dapat selesaikan dalam masa lebih kurang sama... Cuma ada beberapa orang murid saya yang agak advanced selesai terlebih dahulu. Ada antaranya yang lemah dalam pelajaran tapi dalam bab coding, mereka lebih pantas dari saya! Hahaha... Hebat kan! 

Link rujukan untuk guru-guru yang ingin turut serta dalam kempen Hour of Code adalah :-




Program ni bukanlah semestinya dijalankan sepanjang kempen ni berlangsung je, boleh je nak jalankan pada bila-bila masa. Murid-murid pun boleh je nak buat sendiri kalau mereka mahu teruskan dengan game yang lain... Takde masalah... Mereka boleh go on seberapa banyak game lain yang mereka suka. Boleh baca post saya yang terdahulu tentang Hour of Code ni ya... 

Bye, gais! Selamat berkoding... Jangan lupa #hourofcode dan #mydigitalmaker 😎


Nota kaki: "Some people can be mean and treat you poorly. Don't take it personally. It says nothing about you but a lot about them." 

No comments:

Post a Comment