Assalamualaikum semua!
Bulan lepas, seorang pelajar UiTM Puncak Alam minta saya bantu memberikan sedikit penjelasan tentang perjalanan kelas menggunakan ICT dan FrogVLE. Beliau request untuk turut serta dalam kelas saya... Beliau merupakan pelajar B.Ed. TESL tahun pertama. Saya bersetuju untuk membantu setakat yang termampu. Kebetulan, pada hari beliau observe saya, saya juga dicerap oleh Penolong Kanan. Aktiviti 2 in 1 di bulan Ramadhan! Huhu...
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:-
1) Brainstorming
Widget yang digunakan adalah MEDIA dan WALL
Murid-murid menonton video tentang keunikan Sabah & Sarawak
Kemudian, murid-murid mencatat di wall sekurang-kurangnya satu perkataan berkaitan Sabah/Sarawak. Kalau nak catat lebih pun boleh jer...
Contohnya, Sabah tea, Iban, Kadazan, Kuching, Mount Kinabalu etc...
Aktiviti mencatat ni dibuat bertujuan untuk memastikan murid-murid tahun 5 saya fokus menonton video yang dipaparkan... Selain itu, penggunaan widget WALL juga menggalakkan komunikasi 2 hala antara murid dengan murid-murid yang lain mahupun murid dengan guru.
2) Sharing Session
Widget yang digunakan adalah POLL, ABTEXT dan RANDOM NAME
Murid-murid diminta untuk membuat pilihan menerusi Poll yang disediakan. Mereka memilih samada Sabah atau Sarawak.
Kemudian, mereka perlu membuat carian tempat menarik/istimewa menggunakan Google Search untuk dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
Disini, diselitkan elemen gamifikasi dimana penggunaan Random Name digunakan dalam membuat pilihan murid. Nama siapa yang naik, dia yang kena buat sharing... giteww! Hehe... So, saya pilih lebih kurang 10 orang murid untuk share.
3) Comprehension
Widget yang digunakan adalah MEDIA. Murid juga menggunakan EMAIL untuk aktiviti ini.
Murid-murid membaca teks dan kemudiannya menjawab kesemua soalan yang diberikan. Teks tersebut saya perolehi dari buku teks.
Murid menjawab dan jawapan diemail kepada guru untuk disemak. So, again di sini, komunikasi 2 hala berlaku apabila saya memberi respon kepada email yang mereka hantarkan tersebut.
4) Reflection
Sekali lagi saya menggunakan widget POLL bagi menggantikan traffic light untuk mengukur tahap kefahaman murid-murid saya.
Okay, ni saya kongsikan link site saya yang sangat simple untuk rujukan kalian semua...
Selesai sesi ini, esoknya saya sambung pula dengan aktiviti menghasilkan brosur 8 panel tentang tempat-tempat menarik di Sabah & Sarawak. Aktiviti ini merupakan aktiviti berpasangan (pair work) dimana mereka perlu membuat carian maklumat tentang tempat-tempat menarik (sekurang-kurangnya 6) untuk dilawati di Sabah / Sarawak. Untuk memotivasikan mereka, saya jadikan aktiviti ini sebagai pertandingan. Pemenang dapat duit raya! Haha...
Pecahan 8 panel adalah seperti berikut:-
1) Tajuk & slogan
2) Tempat menarik 1
3) Tempat menarik 2
4) Tempat menarik 3
5) Tempat menarik 4
6) Tempat menarik 5
7) Tempat menarik 6
8) Nama ahli kumpulan, alamat email
Murid-murid diminta berkolaborasi bersama partner masing-masing untuk mencari gambar dan maklumat di internet seperti harga tiket, waktu operasi, daya tarikan tempat tersebut, dan lain-lain informasi yang boleh membantu pelancong mendapatkan maklumat menerusi brosur yang telah mereka hasilkan tu... Saya beri masa 2 hari untuk mereka siapkan brosur tersebut.
Pemilihan brosur terbaik diserahkan kepada murid-murid 100%. Mereka yang menilai hasil kawan-kawan berdasarkan kreativiti, maklumat dan kekemasan hasil kerja.
Ni haa pemenangnya! |
Aktiviti macam ni bukan sahaja sesuai untuk murid sekolah rendah, malah ianya juga boleh dilaksanakan diperingkat sekolah menengah... Disamping belajar mengenal tempat-tempat di Malaysia, kemahiran mencari maklumat juga dapat diperkemaskan. Jika murid anda mampu dan berkemahiran tinggi, boleh minta murid sediakan brosur menggunakan perisian WORD atau lain-lain aplikasi. Pasti lebih mantap hasilnya! Aktiviti ini juga sesuai untuk dijalankan semasa program pasca UPSR nanti ni...
Nak lebih awesome? Bagi murid-murid anda experience tonton video Virtual Reality. Search kat youtube; Sabah/Sarawak Virtual Reality... Gunakan google cardboard/VR box untuk menonton! Memang best wei! Ni salah satu contoh video VR tentang Sipadan Island. Sapa ada google cardboard ke VR box ke, boleh try tengok...
Nota kaki: Note to self! "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain." HR. Ahmad.
No comments:
Post a Comment