Resepi Laksa Asam Noxxa - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 22 July 2018

Resepi Laksa Asam Noxxa


Hai semua!

Sebelum ni saya pernah dengar tentang pengalaman rakan-rakan yang lain tentang mudahnya membuat kuah laksa menggunakan periuk Noxxa ni. Antara percaya atau tidak, saya pun mencuba dengan jayanya. Hahahaa... 

And yessss! Jawapannya memang betul amat mudah untuk kita buat kuah laksa dengan periuk ni. Dengan saiznya yang besar; 8liter, dan yang paling best, tak payah nak buat kerja yang paling renyah which is membuang tulang ikan. Part ni memang paling saya tak gemar sebab bukan sahaja tangan kita akan terlekat bau hanyir malah kadang-kadang terpaksa menanggung kesakitan akibat tercucuk tulang ikan di jari... Hehe... 

Okay ni resepinya... Simple dan sedap!

Bahan-bahannya:-

Sebungkus laksa basah. Nak guna yang kering pun boleh...
6 ekor ikan sardin/selayang saiz besar
1 batang serai diketuk... (kalau kecil, letak 2 batang)
Seketul belacan saiz lebih kurang 3 sudu jika dihancurkan...
8-10 biji cili padi
Sekuntum bunga kantan
Seikat daun kesum... Leraikan dari batang. Ambik daun je...
6 asam keping
1 sudu besar petis (otak udang)
garam

Bahan lain untuk hiasan (optional)
Timun
Bawang besar
nenas
salad
telur rebus
cili padi
limai kasturi


Cara-caranya
1. Celur laksa basah.
**Kalau guna laksa kering, tak perlu rendam, masukkan dalam innerpot, masukkan air sehingga laksa terendam. Gunakan fungsi HP10
2. Guntingkan kepala ikan sardin/selayang/kembung dan bersihkan isi perutnya. Susun dalam innerpot. Kemudian, gunakan fungsi HP 50-60 (Bergantung banyak mana ikan yang digunakan). Tulang ikan akan reput macam ikan sardin dalam tin yang kita biasa beli tu. Bila dah reput maka mudahlah untuk kita hancurkan ikan tersebut menggunakan pengisar. Sejukkan. Pastu, blend skali dengan tulangnya... Haha.. Jangan lupa masa nak blend tu masukkan skali cili padi dan belacan. Sekali jalan! Hehe...
3. Tuang kesemua bahan yang dikisar dalam innerpot. Masukkan serai, bunga kantan, daun kesum, asam keping dan petis.
4. Tambah air mengikut kepekatan yang dikehendaki.
5. Didihkan semula kuah dengan mode Stir Fry. Tambah garam secukup rasa.

Okay, sekian sahaja perkongsian kali ini. Selamat berNoxxa, uollss!~ Hehe... 😁

Nota kaki: A recipe has no soul. You, as the cook, must bring soul to the recipe. - Thomas Keller

No comments:

Post a Comment