Cara Bahagi Murid Dalam Kumpulan Dalam Tempoh Seminit - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 6 August 2018

Cara Bahagi Murid Dalam Kumpulan Dalam Tempoh Seminit


Hai gaise! Assalamualaikum...

Saya terjumpa satu aplikasi yang dapat membantu guru untuk membahagikan peserta atau murid yang ramai ke dalam kumpulan kecil dengan pantas. Sebagai guru, ada masanya kita nak tentukan kumpulan tetapi bimbang pilihan kita akan mengecewakan murid kerana selalunya mereka memang nak berkumpul dengan kawan-kawan rapat sahaja. Dengan penggunaan aplikasi ini, soal bias dapat di tolak  ke tepi. Komputer yang generate, jadi, murid pun tak boleh kata apa... Selain itu, pembahagian kumpulan juga dapat dilakukan dengan sangat sistematik dan cepat. Kurang seminit, semuanya selesai! Saya memang suka benda-benda yang cepat macam ni, tak la kita buang masa dengan benda remeh temeh kan... Hehe... 

Selain dari itu, saya juga mendapati aplikasi ini sangat berguna untuk kursus-kursus yang memerlukan kita sebagai fasilitator untuk membahagi peserta ke dalam kumpulan kecil. Mudah dan pantas disamping nampak professional, lebih tersusun dan kemas. Paperless, of coz... Tak perlu nak gulung atau gunting kertas lagi. Bukan semua kaedah lama tu tak seronok di amalkan, cuma bagi saya setakat nak bahagi kumpulan, elok kita guna cara termudah macam ni...Kann? Hehe... 

Tutorial adalah seperti dalam gambar... Klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih besar.  😉



***Sangat mudah jika anda mempunyai softcopy senarai nama. Copy paste sahaja, SIAP!!! 😁 


Next, selain wheel of fortune, fruit machine (rujuk post lama saya), anda juga boleh menggunakan aplikasi name picker versi ini. Yang ini sesuai sekiranya anda ingin menjalankan aktiviti kuiz, cabutan bertuah, aktiviti soal jawab dll yang memerlukan anda memilih seorang peserta/murid dalam satu-satu masa. 



Okay, semoga perkongsian saya hari ini memberi manfaat kepada anda semua... Hehe... Jangan lupa... Kenang daku dalam doamu! Gitewww... Hahaha... 😂 Babai! 

Nota kaki: Good friends are like stars. You don't always see them but you know they are there! 💓

1 comment:

  1. Sangat2 membantu.. Terima kasih.... Semoga puan sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan...

    ReplyDelete