Salam gais!
Kebetulan kat rumah ada kernal jagung, so saya try buat popcorn guna periuk Noxxa. Alhamdulillah menjadi! Huhuhuu... Berjaya! 😁 Sebenarnya saya buat popcorn ni semasa cuti panjang haritu... Hari ni baru sempat nak hapdet resepi... Busy sesangat katanya... Huhu...
Bahan-bahannya
1/2 buku butter
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
2 sudu kecil vanilla
1 sudu kecil baking soda
1 cawan biji jagung
2 sudu minyak masak
Cara-caranya
1) Cairkan 2 sudu besar butter dan 2 sudu minyak masak dalam Noxxa menggunakan mod Stir Fry. Kemudian, masukkan biji jagung.
2) Tutup periuk, set HP 2, popcorn akan meletop-letop dalam periuk masa tu...
3) Keluarkan wap.
4) Buka penutup dan keluarkan semua popcorn. Ada sedikit jagung yang tak kembang jadi popcorn tu saya asingkan dan buang macam tu je... Malas nak repeat step. Huhu...
5) Dengar mod stir fry, cairkan baki butter tu, masukkan gula perang dan kacau hingga sebati.
6) Masukkan vanilla dan juga baking soda. Tunggu mendidih.
7) Masukkan popcorn dan gaul rata.
8) Siap untuk dihidang!
Nota kaki: Stop wishing, start doing, Raihan...
No comments:
Post a Comment