Perkongsian Idea Untuk HIP (Highly Immersive Programme) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 6 October 2018

Perkongsian Idea Untuk HIP (Highly Immersive Programme)

Assalamualaikum...

Untuk melaksanakan HIP tidaklah sesusah yang disangka. Asalkan ada kerjasama dengan rakan-rakan guru yang lain, sudah cukup untuk menjadikan program tersebut berjaya. Penat memang penat, tapi bila tengok murid-murid bersungguh menggunakan bahan-bahan yang guru mereka hasilkan, memang berbaloi. Rasa hilang kepenatan membuatnya tu... Kann...

SK Senggora, Maran, Pahang

Cikgu Emynordiana berkongsi gambar-gambar dan video pelancaran HIP di sekolah beliau. Tuan PPD Maran pun turun untuk pelancaran... Hebat! 👏👏 Saya memang suka tengok lukisan kat lantai tu... Bukan sahaja menjadi daya penarik kat dalam sekolah, tempat tu juga akan jadi 'port' murid-murid beraktiviti. 








Siap ada pondok / pokok khas untuk HIP... Mantappp! Tahniah Emy & team! Saya tahu bukan senang nak sediakan semua ni. Demi anak didik, gitulah... Apa pun, yang penting kerjasama dari semua 


SK Kuala Tahan, Jerantut, Pahang

Teacher Nor Idayu Idrus dari SK Kuala Tahan berkongsi gambar projek-projek HIP yang telah mereka laksanakan. Mungkin ada yang sesuai dan boleh kita ambil dan jalankan di sekolah... Jom tengok!


HIP Outreach : Culture Exchange Programme bersama murid-murid dari Canadian International School of Singapore




Introduction to the World of English to Aborigines Students


HIP Extra Class


Vocab Polish Up Programme



Program a conversation/dialogue a day... Murid-murid berlatih menulis dialogue dalam buku khas.


Semoga perkongsian ini dapat menginspirasikan guru-guru lain dalam 'menghidupkan' HIP di sekolah masing-masing. Kredit kepada Teacher Emynordiana Jamil dan Teacher Nor Idayu Idrus di atas perkongsian gambar serta video...


Nota kaki: The best way to appreciate someone is to imagine your life without them. 😔

3 comments:

  1. Thanks a lot for the materials and sharing info. May Allah bless you for your effort. Thank you again.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum dear,
    thank you for the information
    god bless u !
    from
    SKKBRP Langkap, Perak

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...tqsm ...
    Very good info.
    From
    Sk. Kasagaan Pitas Sabah

    ReplyDelete