Aplikasi Mirroring Percuma - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 23 November 2018

Aplikasi Mirroring Percuma


Assalamualaikum semua...

Kelmarin saya diminta untuk ambil satu slot untuk LADAP di sekolah. Saya buat sharing tentang mirroring. Saya perkenalkan rakan-rakan guru di sekolah saya dengan satu aplikasi mirorring yang boleh dimuat turun dari Google Play Store. Tak perlu device tambahan seperti screencast, miracast, chromecast dan sebagainya... Yang ni sesuai untuk guru-guru beginner yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia miror-mirror on the wall... Hehe... 

Kenapa mudah?

Pertama, anda tak perlu upgrade peralatan ICT anda. Anda boleh guna peralatan sedia ada untuk melaksanakan PdPC menggunakan teknik mirroring ni... Kiranya boleh berdigital ink lah... Murid boleh tulis jawapan atas tablet/phone dan murid lain boleh lihat segalanya di paparan screen kat depan kelas... Tak dinafikan, di sekolah tak semua peralatan seperti LCD tu up to date... Di makmal komputer di sekolah saya pun guna LCD lama je. Tapi pada saya untuk mengikut peredaran zaman, kita tak semestinya perlu melabur banyak... Kita cuma perlu lebih kreatif sikit je untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan orang lain... Gituu!

Kedua, aplikasi ini percuma dan mudah digunakan. Macam biasa, untuk buat mirroring ni perlukan laptop dan tablet/smartphone. Connect kedua-duanya pada wifi yang sama. 

Ketiga, anda tak perlukan apa-apa device tambahan. Jadi, tak perlu risau pasal kos dan juga cara nak gunakan device atau masalah terlupa nak bawak device... dsb... 

Bagaimana menggunakannya?

Well, apps ni hanya untuk Android user sahaja buat masa ni... Sila ke Google Play Store,  download SCREEN MIRROR kat phone/tab korang...

Kemudian, cara nak gunakannya, kat laptop anda, buka browser dan taipkan URL http://screenmirrorapp.com 

Buka aplikasi pada telefon/tab, klik Start Scan, scan QR code yang terpampang pada laptop anda... Siap!

Paparan pada telefon/tablet anda sekarang sudah boleh dilihat dari dalam laptop anda! Nak paparkan ke henfon lain pun boleh. Yay!

Nak stop mirroring, klik kat apps - Stop Mirroring


Contoh paparan surat khabar digital

Apa benda kreatif yang boleh dibuat dengan teknik mirroring? 

Selain digital ink, selain nak paparkan screen telefon/tab kat laptop, korang boleh juga try gunakan teknik ni untuk acah-acah jadikan macam siaran langsung event sekolah korang... Kalau dewan korang ada LCD, semasa acara berlangsung, korang buat ler teknik mirroring ni, on kan camera kat phone dan halakan kamera phone korang kat budak-budak/tetamu... Fuhhh... muka dorang keluar kat screen weihh... Haha... Saya pernah try buat, budak-budak memang overjoyed sebab tengok muka masing-masing masuk dalam screen... 😁 Maklum la sekolah rendah, camni la nak bagi depa ralit sikit... Kalau tak asyik nak menyembang dengan kawan sebelah je... Cuba korang try! Mesti best. Ala-ala live broadcast macam kat dalam tv.. Hehe.

Jemput baca post saya yang terdahulu tentang mirroring...

http://www.raihanjalaludin.com/2017/10/cara-mudah-memaparkan-screen-telefon.html

Okay la, semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat bercuti!

Nota kaki: At times you may think everything is going wrong. Yet you don't realize that Allah is setting everything right. 

7 comments:

  1. connect wifi yang sama..wifi perlu ada internet? kalau takde boleh buat jugak?

    ReplyDelete
  2. Perlu internet sebab laptop perlu masuk ke laman screenmirrorapp.com terlebih dahulu untuk mendapatkan qr code.

    ReplyDelete
  3. Boleh paparkan aplikasi yg mana satu sebab dekat google store byk apps

    ReplyDelete
  4. Klik je kat perkataan SCREEN MIRROR tu ya..boleh download terus. sy dah bg link kat situ. :)

    ReplyDelete
  5. cmna app screen mirror tu.bnyk sgt app..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih perkongsian ilmu. Sy dah berjaya mirrorkan sscreen phone dengan laptop. Terima kasih banyak.. Semoga Allah merahmati anda.

    ReplyDelete