Enjin Carian Tanpa Jejak - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 7 November 2018

Enjin Carian Tanpa Jejak


Assalamualaikum

Baru-baru ni saya terbaca tentang satu enjin carian yang pada saya agak baik kerana ia tidak menyimpan jejak carian kita. Kiranya memang private habis laa... Kalau download apps DuckDuckGo kat telefon, lepas search atau masuk ke mana-mana laman, kita hanya perlu tekan satu butang sahaja dan semua data terhapus. Mengurangkan risiko digodam (hacked). 

Tiada history yang dapat dikesan 

Khabarnya DuckDuckGo sememangnya berjanji untuk menjaga privasi kita sebagai pengguna. Segala carian yang dibuat tidak akan dapat dikesan setelah pengguna menutup browser / aplikasi pada telefon. Saya try, memang terhapus segalanya. Setiap kali nak masuk ke mana-mana laman, memang kena taip satu per satu URL nya... 

Tidak menyimpan data serta maklumat peribadi pengguna

Menurut DuckDuckGo, mereka mempunyai polisi dimana mereka tidak menyimpan dan berkongsi data serta maklumat peribadi pengguna. So, risiko untuk di hacked tu rasanya agak rendah la kot dengan penggunaan enjin carian ni...

Tiada iklan yang di targetkan kepada kita

Saya cuba buka beberapa laman di mana saya perasan ada yang iklannya tak muncul. Hmmm... Sebelum ni pernah terdengar tentang pengguna Facebook dihujani dengan lambakan iklan berkaitan dengan apa yang mereka search di laman sesawang... Bila tengok FB, keluar iklan-iklan berkaitan dengan apa yang mereka pernah search... Ni la kot yang di namakan iklan yang ditargetkan kepada kita... Rasanya laa... 

Apa pun, terpulang kepada anda untuk menggunakannya atau pun tidak. Saya pun sekadar cuba-cuba. Biasa la bila dapat info baru, pasti nak explore & cuba menggunakan... Bagus atau tidak, anda nilaikan sendiri ya... Apa pun, untuk segala urusan berkaitan bank & yang terkait dengan maklumat peribadi, pastikan ada logo kunci warna hijau tu kat (omnibox)  browser korang ye... 

Download :- 



Nota kaki: Worrying about the dunya is a darkness in the heart, worrying about akhirah is a light in the heart.

No comments:

Post a Comment