Perasmian Speaker's Corner SK Rapat Jaya - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 19 November 2018

Perasmian Speaker's Corner SK Rapat Jaya


Beberapa hari sibuk attend taklimat la apa la, tau-tau dapat maklumat yang Guru Besar minta saya handle untuk Program Perasmian Speaker's Corner yang akan dijalankan pada masa yang sama dengan Hari Anugerah Cemerlang di sekolah. Maka, berhuhuhu je la saya... Agak mencabar task yang diberi. Homaigad! Apabila disemak, saya menggalas 4-5 tugas penting yang satu pun tak mula buat lagi masa tu... Masa cuma tinggal 2 hari. Ya, dua hari! Huks... Saya kena handle sijil yang beratus-ratus helai termasuk sijil guru-guru, buku program (printed & digital version), latih murid untuk public speaking & handle majlis perasmian Speaker's Corner kami... Huk hukkk... Yang merasmi bukan orang biasa-biasa pulak tu, isteri Menteri Besar Perak... Yang Berbahagia Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Bt. Dato' Mohammed Radzi. Fuh... Memang agak stress.

Syukur alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. I managed to complete all the tasks. Sambil taip, sambil dengar budak berlatih public speaking. Semua senses perlu diaktifkan serentak. Mata tengok komputer. Tangan menaip. Telinga mendengar. Mulut mengomen. Haha. Multitasking sangat rasanya. Sangat lega bila semuanya dah selesai! Ada tiga acara serentak pada hari tu, Hari Anugerah Cemerlang, Perasmian Speaker's Corner dan juga pameran Sains & pendidikan seni... Hebat cikgu-cikgu sekolah saya kannn! Huhu... Semua selesai dengan jayanya... Syukur!





Terima kasih dan tahniah buat dua orang murid tahun 5 ni, Nur Arissa Syafia dan Nur Zulaikha Farzana kerana mampu untuk berucap dengan penuh yakin sekali walaupun berlatih kurang dari 10 kali dalam tempoh yang sangat-sangat singkat, 2 hari je... Kalian memang hebat! Tahniah sekali lagi... Terima kasih yang tidak terhingga kepada murid-murid yang sepatutnya bercuti tetapi mereka sanggup hadir untuk memeriahkan majlis kecil ni... Alhamdulillah!



Nota kaki : Keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 

1 comment:

  1. Congratulations. I just browsed thru your blog to get the idea of this speaker's corner. Thank you for sharing. Actually, I am a very practical type of person so I hardly got any views of decorating a corner to make it a platform for students to speak. Well, some superiors just want to see the spot instead of the action. So I give in and have to create one corner that only Allah knows if anyone wants to speak there.

    ReplyDelete