Resepi Nasi Ayam Mudah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 6 November 2018

Resepi Nasi Ayam Mudah


Assalamualaikum semua.

Cuti agak panjang kali ini. Jadi hari ni saya cuba penuhi masa dengan memasak. Pagi-pagi lagi saya dah keluar ke kedai beli bahan-bahan yang sepatutnya. Nasi ayam ni resepi arwah mama saya... Kalau dulu masa dia ada, saya sekadar membantu gitu-gitu je... Sebab mama saya memang sangat suka memasak, walaupun segalanya dikerjakan di atas wheelchair, tetap dia yang akan uruskan semuanya. Bak kata orang, masakan yang dimasak dengan kasih sayang, memang akan menjadi dan rasa sedap. Alhamdulillah, hari ni saya try buat sendiri. Kami memang suka sangat nasi ayam style ni. Simple je, tapi memang mudah disediakan dan kena dengan selera... Yang penting, tanpa perasa tambahan. Since hari ni adik & adik ipar saya datang makan sama di sini, saya masak agak banyak...

Bahan-bahan untuk ayam dan nasi (5-6 orang makan):-

1 1/2 biji bawang besar & 8 ulas bawang kecil - ditumbuk / chop
12 cm halia (Sejak guna measuring apps kat phone, tepat ukuran... Huhu) - 10 cm halia tu diketuk dan dipecahkan kasar manakala lagi 2 cm dihiris 
10 ketul peha ayam 
1/2 cawan kicap manis
6 sudu sos tiram
serbuk lada putih
daun sup / daun bawang
beras basmathi di basuh di toskan (ikut la nak banyak mana... kalau nak pakai beras biasa pun ok je...)
Sesudu planta
garam

Cara - caranya :-

1) Basuh beras dan toskan. Masukkan dalam periuk nasi.
2) Rebus semua ayam bersama halia yang diketuk kasar. Lebihkan air sebab nanti nak masak nasi pun nak guna air rebusan ayam ni. Pastu nak tinggalkan untuk sup pulak...
3) Agak-agak ayam dan 90% masak, boleh angkat ayam masuk ke dalam bekas untuk diperap dengan kicap manis, lada putih dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan dalam 1/2 jam. 
4) Masukkan air rebusan ayam dalam periuk nasi. Simpan sikit air rebusan tu untuk sup. Agak-agak macam nak masak nasi putih. Untuk basmathi kena lebihkan sikit air. Masukkan sesudu planta, halia yang 2cm dihiris tu. Tambah garam secukupnya. 
**Misal kata air rebusan tak cukup, boleh tambah sedikit air dalam nasi tu... 
5) Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang yang ditumbuk/chop tadi... Tumis sampai kekuningan. Tutup api. Agihkan bawang tersebut kepada dua bahagian. Senduk terus masukkan dalam periuk nasi dan lebihan air rebusan ayam untuk dijadikan sup. Selesai part ni, dah boleh didihkan sup, masukkan daun sup / daun bawang. Sup siap! Nasi pun dah boleh di masak... 
6) Panaskan minyak untuk goreng ayam. 
**Yang ni kena hati-hati ye, kemungkinan ada letup-letup jugak sikit... 
7) Angkat ayam yang dah siap digoreng, kalau rajin boleh ketuk dan potong kecil macam makan kat kedai tu... Saya tak potong pun... Simbah kicap baki perapan tadi. Ayam pun dah settle... Kita buat sos...

Bahan untuk sos cili :-

10 tangkai cili padi
4 biji tomato 
6 ulas bawang putih
1 1/2 cawan air

Blend kesemuanya. Kemudian, tambahkan sos tomato untuk memekatkan. Masukkan garam dan gula secukupnya. Siap! Sos ni perlu disimpan dalam fridge ye. 

Nasi ayam dah siap. Boleh sediakan timun dan salad sekali. Hari ni saya tambah dengan taugeh yang ditumis. Orang Ipoh memang makan nasi ayam dengan taugeh. Try la. Sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.

Nota kaki : We may never be able to thank our parents enough for all they've done, but ask Allah to forgive them and grant them Jannah, insyaAllah... Rindu mama saya... Allahuakbar... 😔

No comments:

Post a Comment