Alhamdulillah... Rezeki bila pakcik saya belanja one night stay kat apartment di Marina Island Resort, Pangkor, minggu lalu. Nice and peaceful place. Saya suka. Sangat tenang di sini...Actually, dia buat family gathering di situ untuk celebrate birthday. Memandangkan dia tahu saya masih dalam mode bersedih, dia invite saya untuk join sekali dan berikan satu apartment untuk saya sekeluarga. Ini adalah kali kedua dia belanja saya sekeluarga tidur di resort ni. Sebelum ni saya pergi dengan mama, kali ni dengan adik pula... Terima kasih banyak-banyak, Pak Wan & family! Semoga Allah murahkan rezeki dan sentiasa diberikan kebaikan dan kegembiraan sebagaimana kalian menggembirakan saya sekeluarga. Ameen...
D'Sea 1 bedroom - Apartment
Apartment ni bagi saya memang luas... Cuma katilnya ada satu katil queen di depan dan satu katil super single kat dalam bilik. So, kalau korang ada family yang besar, pandai-pandai ler... Bawak ler apa-apa yang patut. Huhu. Kalau tidak, pilih apartment yang lain. Ada je yang dua bilik, tiga bilik... Cuma bajetnya lebih la sikit... kan... Hehe... So far dari segi kebersihan memang bagus. Bilik bersih. Kat living room tu dilengkapi dengan kitchenette juga (tak nampak dalam gambar... huhu). Kettle, mini bar disediakan juga. Toilet agak kecil, sebab bentuknya memanjang (selorong je)... Tapi walaupun kecil, ada bath tub ye... So, kalau ada anak-anak yang girang gembira asyik nak mandi pool je, boleh la pujuk-pujuk mereka untuk mandi dalam tub pulak. Huhu...
Aktiviti yang boleh dibuat di Marina Island Resort
Sempat saya meronda sekejap tengok-tengok kawasan... Selain pool dewasa, ada juga pool kanak-kanak disediakan... Waktu petang kalau nak beraktiviti kat pantai, boleh je... Ada macam-macam aktiviti juga disediakan... Dorang ni dok naik itik yang kayuh dalam air tu... Ada kayak juga untuk yang minat berkayak. Ditengah-tengah laut tu ada Frenzy Hippo Waterpark... floating playground. Nampak tak floating playground kat tengah laut tu? Huhu...
Ni gambar pool kanak-kanak view dari apartment kami... Pantai kat depan tu je haa...
Selain itu, ada juga disediakan kemudahan bilik bermain untuk kanak-kanak bersebelahan dengan gym.
Aktiviti lain yang boleh dibuat di sini memang banyak. Antaranya adalah memancing, giant garoupa feeding, berbasikal dan ada juga taman mini kura-kura untuk dilawati...
Pada waktu malam, ada tempat rekreasi ala themepark dibuka. Ada go-cart dan macam-macam lagi permainan yang mana semuanya memerlukan modal... Ride kat sini khabarnya mahal juga. So sedialah pitis lebih sikit kalau ramai yang nak pegi ke sini... Huhu... Saya memang tak pergi sebab tak begitu berminat tempat yang hiruk pikuk seperti ini. Mujurlah adik dengan sepupu-sepupu yang lain rajin nak melayan anak/anak buah masing-masing kat tempat macam ni...
It's party time!
Malam tu kitaorang berkumpul untuk celebrate birthday Pak Wan kat bilik ni... Memang kitaorang je dalam bilik ni... Private sangat... Roughly about 25 people all together termasuk kanak-kanak... Memang meriah. Nak makan kita masak-masak sendiri... Thank you, Pak Wan & family.
Staff di sini pun friendly... So, cuti-cuti ni apa lagi... Boleh la plan ke sini. Jarak dari Ipoh lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan untuk ke Marina Island Resort ni. InsyaAllah ada rezeki boleh repeat lagi ke sini. Tapi kali ni dengan duit sendiri. 😇 Nak tahu lebih lanjut, boleh tengok kat laman web mereka... https://marinaisland.com/ Okay, selamat bercuti semua!
Nota kaki: Only those who care about you can hear you when you're quiet.
No comments:
Post a Comment