10 Amalan yang Perempuan Boleh Lakukan Ketika Haid / Nifas - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 4 December 2018

10 Amalan yang Perempuan Boleh Lakukan Ketika Haid / Nifas


Assalamualaikum semua...

Hari ni saya terpanggil untuk menulis tentang amalan atau perkara yang seorang perempuan boleh lakukan ketika mengalami haid / nifas. Oh ya, sebelum tu saya harap anda tak tersalah faham. Saya bukanlah ustazah mahupun ahli agama. Saya menulis adalah berdasarkan hasil pembacaan saya & perkongsian oleh sahabat-sahabat, yang mana saya rasakan bermanfaaf untuk dikongsikan. kadangkala tertanya juga dalam hati, nak solat, tak boleh... Yelah, berdoa memanglah boleh tapi apa amalan lain yang boleh dibuat sepanjang kita 'period' kan... Catatan ni untuk panduan saya yang selalu leka dan terlupa, dan mungkin berguna untuk anak-anak saya serta anak-anak didik saya yang dah mula meningkat dewasa. And yes, mungkin berguna untuk anda juga... Kita sama-sama ingat mengingatkan, insyaAllah... 

1. Berdoa
Angkat tangan, berdoalah sepuasnya... Mengadu pada Allah. Serius, tak guna mengadu pada orang lain, mengadu kat Facebook... Rugi! Sebab apa rugi? Sebab kita hanya dapat perhatian dari manusia tapi kita lupa yang 'memberi', yang 'mengangkat masalah' kita adalah Allah, bukan mahluk lain. Mereka takde daya upaya melainkan Allah. Allahuakbar! Self reminder untuk diri sendiri juga ni... Doakan juga untuk ibubapa dan orang-orang yang kita sayangi... Doakan untuk saya juga ya! 

2. Mendengar bacaan Al-Quran
Dengar pun dapat pahala. Benda simple! Tapi mau ke kita spend time dengar bacaan Al-Quran? 😞 Jom try mula dengan mendengar ayat-ayat ringkas dulu... Contoh macam surah kat bawah ni haa... Surah Al-Mulk yang ada cuma 30 ayat sahaja... 10 minit, selesai! Guna youtube je. Moga-moga Allah izinkan kita untuk terus istiqamah!


3. Membaca tafsir Al-Quran
Yang ni agak heavy untuk orang level biasa-biasa macam saya, tapi tak mustahil untuk dilakukan jika Allah izinkan. Beli la tafsir yang bewarna warni, yang cantik, yang bahasanya mudah difahami untuk create minat membaca tafsir ni... Doakan saya berjaya untuk jadikan ia amalan. Nak quran online siap tafsir boleh tengok kat post saya yang ni ye... Quran 30 juzuk 

4. Berzikir
Amalan paling mudah dan simple nak diamalkan. Tapi kenapa la susah sangat nak istiqamah buat ni, Raihan? 😔 Padahal baca kat dalam hati je pun. Tengah beraktiviti pun masih boleh dilakukan... Isk... isk... Terima kasih, kak Ya. Dia ni dulu, selalu ingatkan saya untuk berzikir semasa driving... 
Antara zikir yang mudah nak diamal, Allahuakbar, Subhanallah, Alhamdulillah, Astagfirullahalazim (Istigfar)... Buat sebanyaknya... Tak payah nak kira sangat berapa kali nak baca, lagi banyak disebut lagi banyak pahalanya...

5. Membaca Buku-buku keagamaan
Boleh baca buku-buku 'ringan' yang mampu memotivasikan diri. Antara yang saya suka, La tahzan... Mudahnya menjemput rezeki... dan banyak lagi... At the moment, saya nak sangat buku La Tahzan ni... Kena cari yang baru, yang lama dah misplaced entah kemana... 

6. Mendengar kuliah
Yang ni pun mudah nak buat cuma nak buat dengan tak je... Sementara scroll newsfeed kat Facebook tu, selalu jumpa orang share ceramah agama... Buka video, tonton/dengar... Kat youtube pun banyak... 

7. Bersedekah
Bersedekah adalah antara benda lain yang boleh dibuat untuk topup pahala. Apa pun, sedekah seikhlasnya. Banyak atau sikit tu tak penting... Yang paling penting adalah keikhlasan. Bersedekah bukan hanya dengan duit, boleh je nak sedekah makanan, barang dll... Sedekah tenaga pun okay, tolong la sesiapa yang memerlukan pertolongan seikhlasnya. Moga-moga Allah mudahkan urusan kita sebagaimana kita memudahkan urusan orang lain... 

8. Berselawat 

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ
Ni pun antara amalan yang simple dan mudah untuk dibuat... Berselawatlah sebanyaknya...

9. Berbuat baik
Buat la apa-apa yang difikirkan baik dan bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Be kind! sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain. Oh ya, buat baik bukan dengan manusia je, dengan haiwan juga ya...  💗
10. Membersihkan telekung
Masa ni boleh la basuh telekung... Nak basuh seminggu sekali pun boleh. Lagi bersih, lagi baik, kann! Kalau ada masa, boleh tolong basuhkan telekung yang ada kat surau ke masjid ke... :)

Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat saya yang sentiasa mendoakan dan selalu ingat-mengingatkan, nasihat menasihati saya sedari dulu lagi... Cuma saya ni yang selalu terlupa dan terleka. Jom kita sama-sama mencuba menjadi lebih baik dari diri kita sendiri yang semalam... Doakan saya terus istiqamah & ditetapkan iman. Semoga kita semua dianugerahkan syurga di akhirat kelak. Ameen...
Nota kaki: Love isn't when you can name a million things you love about the person. Love is when you can't even find words to describe how you feel about them. Love isn't something you say, it's something you feel... I miss my parents. Al-Fatihah... 😭

No comments:

Post a Comment